ads

Jumaat, 11 Oktober 2013

10 di keningau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


09/10/2013: Lapan belas buah kenderaan ditahan polis <b>di Keningau</b> <b>...</b>

Posted: 09 Oct 2013 01:43 AM PDT

Lapan belas buah kenderaan terdiri daripada motosikal, kereta dan pacuan empat roda ditahan Polis Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau, dalam satu operasi membanteras kegiatan lumba haram dan samseng jalan di Apin-Apin Keningau, Ahad lalu.
Ketua IPD Keningau, DSP Robert Salisip@David berkata, operasi yang diketuai Ketua Trafik IPD Keningau, Inspektor Ronaidi Mohamad Jaafar bersama lima anggota trafik dan lima anggota sukarelawan tersebut bagi mencegah kegiatan lumba haram yang sering diadakan pada malam minggu dan cuti umum di sekitar daerah itu.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Pemberita RTM di Keningau.
Menurut DSP Robert, operasi mencegah lumba haram dan samseng jalanan akan diteruskan dari semasa ke semasa kerana membahayakan diri dan pengguna jalan raya lain.
Kesemua kenderaan yang dirampas dibawa ke IPD Keningau untuk tindakan lanjut.

Maria              (Loy/Razali-Cov-Firdaus)

~mfja~

Maahad Tahfiz <b>di Keningau</b> | ibn_bacoks

Posted: 17 Sep 2013 06:39 PM PDT

Rumah > Uncategorized > Maahad Tahfiz di Keningau

image

Dr Facebook Mazlan Aliman

ALHAMDULILLAH, impian Sdr Hishamudin Sulaiman untuk membangunkan sebuah Tahfiz di Keningau bakal menjadi kenyataan.

Seorang hambaAllah telah mewaqafkan tanah hampir 5 ekar kpd sdr Hishamudin. Geran pun sudah diserahkan.

Beliau mohon jasabaik saya untuk sampaikan hajat kepada YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang untuk melakukan pecah tanah pembinaannya hujung tahun ini.

Hajat Hisamuddin dengan adanya institusi Pendidikan Islam, ia melahirkan lebih ramai hafiz/hafizah dan murabbi dalam masyarakat. Kejahilan masyarakat dapat diatasi.

Bumi Sabah sangat subur untuk Islam.Moga usaha gigih kita diberkati Allah.

P/s bergambar di tapak Tahfiz.

2/9/2013: Mangsa Melecur Akibat Kebakaran <b>Di Keningau</b> Kini <b>...</b>

Posted: 02 Sep 2013 03:49 AM PDT

Seorang mangsa melecur akibat kebakaran di Kampung Tiga Tayar, Keningau, SEMALAM.

Kecederaan mangsa bagaimanapun dilaporkan tidak teruk dan mangsa kini dirawat di Hospital Keningau.

Menurut Ketua Operasi yang juga Ketua Jabatan Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Keningau, Janil Jaya, kebakaran pada 10.22-minit malam itu turut mengakibatkan sebuah rumah musnah, manakala sebuah lagi separa musnah.

Beliau yang dihubungi pemberita RTM di Keningau memaklumkan pihaknya dengan kekuatan tujuh anggota bersama sebuah kenderaan, berjaya memadam api sepenuhnya pada 12.05-minit PAGI TADI.

Punca kebakaran dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

~alizaali/Loy/Int

~mdre

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved