ads

Isnin, 9 September 2013

di negeri sabah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Pemilihan UMNO : Semakin rancak, konflik antara Musa dan Shafie <b>...</b>

Posted: 16 Aug 2013 09:48 PM PDT

Mohd Ridhuan AB

KUALA LUMPUR, Ogos 17 : Menjelang pemilihan UMNO pada Oktober ini  , percaturan dan cabaran untuk jawatan Naib Presiden semakin rancak dimana ramai calon baru dijangka akan menawarkan diri. Tiga penyandang Naib Presiden iaitu Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal dijangka akan  menghadapi cabaran yang getir di pemilihan kali ini.

The Malaysian Times (TMT) difahamkan, lebih daripada sembilan calon akan menawarkan diri untuk jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti kali ini termasuk bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ali Rustam, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Abdul Samad dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Ali Rustam dan Isa Samad belum mengumumkan hasrat mereka secara rasmi tetapi telah memberikan "isyarat' positif kepada pihak media baru – baru ini.

Berdasarkan maklumat yang diterima dari sumber dalaman UMNO, Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir juga dikatakan mengintai peluang untuk bertanding jawatan Naib Presiden bagi mewakili generasi baru.  Mukhriz dikatakan sedang menilai cadangan tersebut dan dijangka akan mengambil keputusan dalam masa terdekat ini. Ramai yang meramalkan faktor Tun Dr Mahathir juga akan menjadi salah satu dorongan kuat untuk Mukhriz untuk bertanding jawatan Naib Presiden dalam pemilihan parti kali ini yang diramalkan lebih terbuka .

Disamping itu beberapa pemimpin lain juga dijangka akan mengumumkan hasrat mereka dalam masa terdekat ini selepas bulan September.

Bahang pemilihan UMNO khususnya untuk jawatan Naib Presiden semakin rancak  di negeri Sabah setelah UMNO negeri itu mahu mencalonkan 'bos' mereka Musa Aman kali. Keputusan tersebut dijangka akan memberikan tamparan kuat kepada kepada Shafie Apdal yang telah mengumumkan hasratnya awal – awal lagi akan mempertahankan jawatan Naib Presidenya yang dimenanginya di pemilihan parti pada 2009.

Pemerhati politik berpandangan UMNO Sabah itu dijangka akan mencetuskan satu konflik yang terbuka di negderi itu antara penyokong Musa Aman dan Shafie Apdal sekiranya dua calon dari negeri itu menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden.

Semalam dalam satu kenyataan Umno Sabah berkata  akan "berkomunikasi" dengan rakan Umno di Semenanjung berhubung kewajaran mencalonkan Ketua Menteri dan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman bertanding satu daripada tiga jawatan naib presiden Umno pada pemilihan parti Oktober ini.

"Sebagai pemimpin dari Sabah, kami mempunyai alasan kukuh dan kami berpendapat mereka dapat diyakinkan dan bersetuju dengan kami bahawa Musapilihan terbaik untuk mengisi satu daripada tiga jawatan naib presiden," kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubugan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Salleh yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri dan Setiausaha BadanPerhubungan Umno negeri Datuk Seri Yahya Hussin baru-baru ini bahawa Umno Sbah sudah bersedia menggerakkan jenteranya sekiranya Musa memutuskan bertanding jawatan itu.

Yahya juga dipetik sebagai berkata setakat ini lebih 20 Bahagian Umno telah mengikrarkan sokongan padu kepada Musa, dan menambah Ketua Menteri ialah antara tiga calon teratas bagi jawatan Majlis Tertinggi Umno dalam pemilihan parti bagi dua penggal berturut-turut.

"Sokongan padu daripada lebih 20 Bahagian itu atas keyakinan mereka terhadap keupayaan dan kapasiti Datuk Seri Musa sebagai pemimpin parti," kata Timbalan Ketua Menteri.

Salleh berkata kejayaan Musa menerajui Barisan Nasional (BN) Sabah mengekalkan kuasa di negeri ini dengan majoriti dua pertiga dengan memenangi 48

daripada 60 kawasan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-13 Mei lepas, telah membuktikan komitmen, kerja keras dan kesetiaan beliau kepada parti.

BN negeri juga memenangi 22 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah untuk menyumbang kepada pembentukan kerajaan BN di peringkat persekutuan.

Salleh juga melahirkan keyakinan Musa akan mampu, bersama-sama dengan pemimpin yang lain, memperkukuhkan Umno untuk menang selesa dalam pilihan raya umum akan datang.

"Beliau (Musa) akan memberikan pendapatnya secara jujur dan ikhlas mewakili bukan sahaja Sabah tetapi juga anggota parti.

"Naib Presiden ialah jawatan penting dalam parti dan anggota mesti diberikan pilihan. Kami pasti akan memberikan pandangan kami kepada rakan-rakan di Kuala Lumpur mengenai Ketua Menteri kami.

"Apa pun, Musa yang akan memberikan kata putus (sama ada akan bertanding atau tidak) selepas menimbangkan semua faktor demi kebaikan Sabah dan parti," kata Salleh. – TMT 

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved