ads

Khamis, 12 September 2013

di negeri sabah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Gaji Rakyat Kelantan Paling Rendah? <b>Sabah Negeri</b> Termiskin <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 08 Sep 2013 06:20 PM PDT

Sabah-VS-Kelantan

Jikalau anda masih ingat lagi Datuk Seri Najib pernah menegaskan (SEPERTI DI SINI) tahun lepas (tahun 2012) yang mana negeri Sabah bukan lagi negeri termiskin tetapi negeri Kelantan adalah negeri termsikin di Malaysia. Hari ini…..

Secara rasminya negeri Sabah yang terkenal dengan sumber alam semula jadinya seperti balak yang bermutu tinggi dan minyak serta gas diumumkan sebagai negeri termiskin di Malaysia.

Sabah Termiskin MalaysiaKOTA BHARU 8 Sept. – Purata pendapatan bulanan isi rumah rakyat Kelantan adalah yang terendah jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain pada tahun lalu.

Berdasarkan hasil kajian Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan, purata pendapatan bulanan isi rumah rakyat negeri ini ialah RM3,168, diikuti Kedah RM3,425 serta Perlis (RM3,538).

Jumlah tersebut amat rendah berbanding purata bulanan pendapatan isi rumah bagi Malaysia iaitu sebanyak RM5,000.

Pada masa yang sama, Kelantan merupakan negeri kedua termiskin dengan jumlah kemiskinan sebanyak 2.7 peratus manakala Sabah di tangga terbawah dengan 8.1 peratus pada 2012.

Bagaimanapun Kelantan mencatatkan penurunan yang drastik sejak 1990 yang ketika itu mencatatkan kadar kemiskinan sebanyak 29.6 peratus.

Sumber : Utusan Malaysia

Apa yang Berita Semasa perhatikan adalah, GLC dilihat kurang berminat untuk melabur di Kelantan. Berita Semasa tidak pasti apa sebabnya. Contohnya perledangan kepala sawit. Tanah terbentang luas di Kelantan tetapi GLC sanggup melabur di negara lain yang banyak risikonya contohnya di Indonesia dan Afrika. Akhirnya, apa yang jadi sekarang? Banyak tanah-tanah persendirian terpaksa pajak kepada syarikat persendirian termausklah syarikat non bumiputra.

Sebelum ini, pernah tercetusnya kontroversi apabila rakyat negeri Johor dicop sebagai rakyat termiskin di Malaysia dek kerana kos sara hidup di sana yang terus melambung tinggi akibat kemasukan & pembangunan bertali arus yang banyak dikhususkan untuk rakyat Singapura berbelanja berbanding rakyat Kelantan seperti laporan Berita Semasa (DI SINI)

Apa kata anda terutamanya rakyat Kelantan dan Sabah apabila negeri anda menjadi negeri termiskin di Malaysia dan juga merupakan rakyat yang menerima gaji terendah di Malaysia?

05/09/2013: Polis <b>Sabah</b> mengklasifikasikan lima bandar utama <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 04 Sep 2013 05:50 PM PDT

Polis Sabah mengklasifikasikan lima bandar utama di negeri ini sebagai kawasan berisiko tinggi berlaku jenayah dan menyumbang 75-peratus daripada keseluruhan indeks jenayah.

Kawasan berkenaan ialah Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Lahad Datu dan Penampang.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata polis sedang memantau keadaan itu agar tidak mencapai tahap mencemaskan.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Balai Polis Kampung Bebuloh di Labuan.

Menurutnya, Polis Sabah akan terus memantau kegiatan lima kumpulan kongsi gelap yang disenaraikan di negeri ini.

Malah, polis telah mengumpul maklumat berkaitan kegiatan dan latar belakang kumpulan berkenaan.

Ends/alizaali/Bernama.

~mfja~

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved