ads

Jumaat, 20 September 2013

10 di tenom - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


Kampung &#39;keretapi&#39; <b>Tenom</b>, mencari jalan pulang… Oleh Wong <b>...</b>

Posted: 18 Sep 2013 06:27 PM PDT

junz 3(Suntingan Hafiz Zainuddin)

BARU-baru ini saya ke Kampung Pangi. Ia hanya mengambil masa 30 minit menggunakan keretapi usang itu dari stesen Tenom. Kata orang, kampung ini istimewa. Untuk melihat sendiri apa yang berlaku, sekitar jam tujuh pagi lagi saya sudah terpacak menunggu keretapi sampai.

Hari itu merupakan suatu pagi yang indah dengan udara yang dingin, segar dan nyaman. Hari itulah pertama kali dalam hidup saya melihat anak-anak yang beruniform sekolah bermain-bain dalam gerabak yang mereka naiki. Sudah tentu, ia suatu pemandangan yang jauh sama sekali berbeza dengan anak-anak berpakaian sekolah duduk menghadap ipad masing-masing dalam komuter di Kuala Lumpur.

30 minit terasa seperti lima minit. Belum sempat puas saya nikmati udara dan pemandangan indah sepanjang perjalanan dengan sungai dan pohon-pohon kayu yang menghijau, saya tiba di Kampung Pangi. Begitu seperti dalam perjalanan, kampung ini juga menjanjikan pemandangan alam semulajadi yang indah-indah. Saya menghela nafas dengan perasaan yang amat tenang dan damai.

Di stesen keretapi Pangi, mata saya menangkap satu pergerakan aneh. Seorang lelaki yang sedang berdiri di atas papan sambil bergelongsor diatas landasan dengan kayuhan. Tidak tertangguh saya menghampiri lelaki itu dan saya dapati beliau sedang mengemudi kenderaannya di atas landasan keretapi.

junz 1Rupa-rupanya, itulah jenis kenderaan yang digunakan penduduk kampung ini sejak sekian lamanya disebabkan tiada jaringan jalan raya. Perasaan saya bercampur-aduk. Timbul perasaan sedih pada masa yang sama kagum dengan kreativiti penduduk kampung ini.

Dalam perbualan saya, saya dapati pengangkutan ini bukan sahaja untuk memudahkan penduduk kampung mengangkut barang tetapi juga satu keperluan terpenting jika berlaku kecemasan seperti sakit dan sebagainya memandangkan jadual keretapi yang bertolak dari Stesen Tenom ke Kampung Pangi hanya pada jam 9.30 pagi dan tiga petang sahaja.

Berniaga di Tamu

Sumber pendapatan utama bagi penduduk Kampung Pangi adalah seperti getah, meniaga sayur dan tanam-tanaman lain serta memburu babi hutan. Justeru, untuk menjual hasil yang diperoleh, mereka harus tiba awal pagi untuk berdagang di Tamu (pasar pagi).

Pun begitu, oleh kerana kerana kekangan jadual keretapi yang lewat, mereka cuma mampu tiba ke Tamu paling awal jam 10 pagi untuk berniaga. Menurut penduduk, jam 10 pagi agak lewat untuk memulakan perniagaan dan terlalu awal pula untuk menutup meja pada jam satu petang. Tetapi, hanya itulah pilihan yang mereka ada.

Jikalau terdapat ahli keluarga yang sakit selepas jam tiga petang, mereka terpaksa menunggu sehingga keesokkan harinya untuk mendapatkan rawatan perubatan. Tetapi, jika ada antara mereka yang  tenat, terpaksalah berkayuh ke pekan dengan menggunakan kenderaan istimewa itu.

Ia mengambil masa sekitar dua jam untuk berkayuh' ke pekan Tenom dan sejam pula untuk pulang kerana terpaksa melalui laluan berbukit..

Kalau keretapi datang, cepat-cepat angkat…

junz 2Terlajak saya di kampung itu, saya mengambil kesempatan bertanyakan mengenai pengendalian kenderaan istimewa itu. Katanya, seseoran yang mahu mengendalikan kenderaan itu perlulah berlatih untuk mengelakkan sebarang kemalangan.

"Awak perlu berlatih dengan baik secara fizikal untuk 'berkayuh' troli tu dengan berhati-hati. Awak kena berhati-hati bila ia memecut semasa menuruni bukit kerana ia boleh tergelincir dari landasan dan mencederakan diri awak.

"Apabila awak sedar keretapi sedang datang samada awak melihatnya atau mendengar honnya, awak perlu hentikan troli dengan serta-merta dan mengangkatnya keluar dari landasan. Selepas keretapi lalu, baru awak boleh teruskan perjalanan," jelasnya.

Apa yang berlangsung sehingga saat ini di Kampung Pangi benar-benar membuatkan saya jauh termenung. Kampung tanpa jalan ini merupakan tempat berteduh bagi 500 orang penduduk yang tak jemu berkayuh balik ke rumah selama ini.

Ini merupakan satu pengalaman dari pengamatan yang tidak mungkin saya lupakan. Jika ada apa-apa yang harus saya ingati pada masa yang akan datang, sudah pasti ianya adalah kisah perjalanan pulang ke rumah yang 'tanpa jalannya'.-Roketkini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved