10 di tawau - Google Blog Search |
BN Kekal <b>Di Tawau</b>, Petisyen PKR Ditolak | Politik - Rakyat News Posted: 14 Sep 2013 03:59 AM PDT
KUALA LUMPUR 14 Sept - Petisyen membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang difailkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi parlimen Tawau ditolak Mahkamah Pilihan Raya lantas mengekalkan Barisan Nasional (BN) sebagai pemerintah kawasan tersebut. Keputusan dibuat oleh Hakim Supang Lian selepas mendapati daftar pemilih yang dicabar pempetisyen telah disahkan mahkamah mengikut Seksyen 9A Akta Pilihan Raya. Tambah Supang, bantahan seharusnya dilakukan pada tempoh bantahan selepas daftar pemilih diwartakan. Petisyen difailkan oleh Datuk Kong Hong Mong dari PKR pada 12 Jun lalu di Mahkamah Tinggi Tawau mencabar keputusan PRU13 yang dimenangi oleh Datuk Mary Yap Kain Ching dari BN. Kong didalam petisyennya meletakkan empat responden dengan Suruhanjaya Pilihan Raya sebagai responden pertama, Pegawai Pilihan Raya Negeri Sabah sebagai responden kedua manakala Pengurus Pilihan Raya dan Ahli Parlimen Tawau Datuk Mary sebagai responden ketiga dan keempat. Mahkamah kemudiannya memutuskan supaya Kong membayar kos kepada keempat-empat responden RM30,000 setiap satu. Pada PRU13 lalu, BN menang dalam pertandingan empat penjuru dengan kutipan undi 21,331 mengatasi PKR yang memperoleh 16,352 undi Last Updated on Saturday, 14 September 2013 16:54 |
You are subscribed to email updates from di tawau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan