10 di tawau - Google Blog Search |
28/8/2013: Polis Berkas 20 Individu Atas Pelbagai Kesalahan <b>Di</b> <b>...</b> Posted: 28 Aug 2013 12:58 AM PDT Polis memberkas 20 individu atas pelbagai kesalahan termasuk 16 warga asing yang disyaki melanggar Akta Imigresen dalam Operasi Cegah Jenayah Bersepadu hari ini. Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata kesemua yang ditahan itu adalah sebahagian daripada 76 individu berumur lingkungan 20 hingga 50 tahun yang diperiksa dalam operasi tiga jam, bermula 5.30 pagi. Bercakap kepada pemberita di Tawau, jelasnya 16-orang ditahan mengikut Akta Imigresen dengan 11 daripadanya wanita warganegara Filipina manakala selebihnya warganegara Indonesia. Dalam operasi di Kampung Kampung Jati, Kampung Belacan, Kampung Pisang dan Batu 4 Jalan Apas, tiga orang ditahan kerana disyaki memiliki dokumen pengenalan diri palsu manakala seorang lagi ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya. Awang Besar berkata operasi itu yang disertai enam pegawai dan 36 anggota polis, termasuk 10 anggota dari Pasukan Gerakan Am, enam pegawai Imigresen dan dua pegawai Jabatan Pendaftaran Negara, memeriksa 28 buah rumah. ~FLA/BERNAMA ~mdre |
You are subscribed to email updates from di tawau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan