10 di semporna - Google Blog Search |
29/8/2013: Nelayan Dibebaskan Setelah Dirompak Perompak <b>...</b> Posted: 29 Aug 2013 01:36 AM PDT Polis kontinjen Sabah mengesahkan kes kehilangan seorang daripada 2 beradik yang sedang memukat di perairan Semporna lewat petang Selasa sebagai selesai, berikutan mangsa terbabit telah kembali ke pangkuan keluarganya kira-kira 4 petang KELMARIN. Pesuruhjaya Polis Sabah Dato Hamza Taib memberitahu, dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6 petang Selasa lalu, dua beradik yang sedang memukat dihampiri sebuah tongkang dengan beserta 11-penjenayah untuk bertanyakan arah sebuah pulau. Seorang daripada mereka telah mengikuti penjenayah tersebut untuk menunjuk arah. Bagaimanapun mangsa berkenaan hanya kembali kepangkuan keluarganya dengan menumpang bot nelayan petang kelmarin dan membuat laporan di Balai Polis Semporna. Dato Hamza bercakap demikian dalam sidang media,majlis rumah terbuka Aidilfitri PDRM Sabah,di Kepayan kota kinabalu. Kejadian disiasat mengikut seksyen 3(1)Akta Culik 1961, dan dikategorikan kes rompak. Polis juga sedang menyiasat laporan mangsa berkenaan yang menyatakan perompak terbabit juga memiliki senjata dan telah merompak sebuah bot dan menahan 10-nelayan berkenaan. Mereka turut merampas wang dan telefon bimbit sebelum membebaskan tahanan berkenaan tanpa sebarang kecederaan. Masih belum diketahui samada ia membabitkan warga tempatan dan kaitannya dengan pengganas Sulu. ~id/ss ~mdre |
Nelayan Ditahan <b>Di Semporna</b> - Malaysian Digest Posted: 28 Aug 2013 04:53 PM PDT KUALA LUMPUR: Sekumpulan nelayan ditahan oleh lelaki bersenjata berhampiran Pulau Mabul, Semporna, Sabah. Kejadian dilaporkan mangsa setelah dibebaskan kumpulan senjata berkenaan. Kejadian berlaku apabila sekumpulan nelayan berkenaan dihampiri sebuah bot laju dari pulau Umadal kira-kira jam 6.30 petang Selasa. Memetik laporan sebuah portal berita , Ketua Polis Daerah Semporna Timbalan Superintendan Firdaus Francis Abdullah memberitahu kejadian dilaporan berlaku diantara jam 6:30 dan 9:30 malam. Semua mangsa adalah nelayan dari sekitar semporna. Dalam pada itu, pihak pasukan keselamatan sedang mengesan kumpulan lelaki bersenjata yang menahan nelayan berhampiran Pulau Mabul, Semporna. Ketua pengarah kawasan keselamatan khas pantai timur Sabah (Esscom) Datuk Mohammad Mentek berkata pihaknya sedang meningkatkan keselamatan di semua pos kawalan di perairan Sabah. Mentek mengesahkan kejadian itu tiada kena mengena dengan serangan pengganas Sulu sambil memberi jaminan pasukan keselamatan sentiasa menjaga perairan Sabah khususnya di kawasan tumpuan pelancongan. Si bawah Esscom, lima batalion ditempatkan bagi mengawal keselamatan pantai timur Sabah. Klik video untuk laporan penuh Astro Awani. -Astro Awani |
You are subscribed to email updates from di semporna - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan