ads

Selasa, 17 September 2013

10 di lahad datu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Najib perlu selesai segera isu pencerobohan <b>di Lahad Datu</b> <b>...</b>

Posted: 23 Feb 2013 10:57 PM PST

KUALA LUMPUR, 23 FEB: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak patut meluangkan masa melawat Lahad Datuk dan bertemu orang ramai di kawasan itu untuk mengetahui sendiri keresahan dan kebimbangan mereka terhadap 150 penceroboh Sulu.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, jika Najib mempunyai masa berkempen ke seluruh Malaysia untuk dirinya dan UMNO/Barisan Nasional (BN) walaupun Parlimen belum dibubarkan, tidak ada sebab bagi Najib tidak menyelesaikan kebuntuan pencerobohan Sulu yang masuk minggu ketiga.

Katanya beliau mengalu-alukan lawatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan Kabinetnya ke Felda Sahabat 16 di Lahad Datu, semalam bagi mendapatkan pandangan terus mengenai kebuntuan antara pasukan keselamatan dan kononnya Tentera Diraja Kesultanan Sulu.

"Saya juga berkesempatan melawat Felda Sabahat 16 di Lahad Datu dua hari lalu bersama wakil yang dilantik DAP Sabah, termasuk Jimmy Wong Sze Phing, Naib Pengerusi DAP Negeri, Frederick  Fung, Setiausaha Negeri Dr Edwin Bosi, Setiausaha Publisiti Negeri, Chan Foong Hin, Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Hiew King Cheu dan Penolong Setiausaha Penganjur Kebangsaan DAP, Vincent Wu," katanya dalam kenyataan media, semalam.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, lawatan kami ke Lahad Datu pada 20 Feb itu bertujuan mendapatkan fakta untuk menentukan keadaan sebenar di tempat kejadian mengenai kebimbangan penduduk tempatan, menunjukkan solidariti dengan rakyat di Lahad Datu yang terkesan dengan kejadian itu dan menghantar mesej jelas kepada Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah, khususnya Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah, untuk memberi tumpuan menyelesaikan segera kebuntuan yang melanda rakyat Sabah.

"Saya gembira kerana matlamat kami tercapai kerana selepas itu Ketua Menteri Sabah dan rombongan Kabinetnya melawat Felda Sahabat 16 untuk mendapatkan taklimat di pos keselamatan General Operations Force (GOF) di sana," katanya.

Menurutnya, namun itu tidak memadai jika Perdana Menteri tidak meluangkan masa menyelesaikan masalah penduduk di Lahad Datu sedangkan sibuk berkempen untuk memenangkan dirinya dan BN walaupun Parlimen belum dibubarkan.

"Jika pemimpin DAP boleh mengetepikan kempen pilihan raya untuk melawat Lahad Datu, tidak ada Perdana Menteri tidak boleh melakukan perkara yang sama.

"Bolehkah Najib menjelaskan kepada penduduk Lahad Datu, Sabah dan Malaysia bagaimana 150 penceroboh Sulu mampu melepasi kawalan tentera laut, askar dan polis sehingga mereka bertahan di Kg Tanduo di Felda Sabahat 17 sejak 9 Febuari lalu," ujarnya.

Bagaimanapun, katanya, banyak soalan yang dilontarkan rakyat Malaysia di media sosial yang belum dijawab Perdana Menteri atau arahkan Menteri sesuai atau agensi Persekutuan untuk memberi jawapan.

"Polis tida sepatutnya terbabit dalam memulihkan situasi di Sabah kerana ia bukan soal keselamatan dalam negara dan setakat ini polis dilihat tidak mampu mengusirkan penceroboh berkenaan.

"Ahli politik telah campur tangan dan sebab itu situasi buntu ini berterusan. Polis tidak terlatih untuk melakukan serangan di kawasan musuh, di mana musuh menembak semula. Ini bukannya perhimpunan Bersih. Mereka tidak ada mortar, artileri, kenderaan Infantri atau Pasukan Khas yang mahir dalam intipan, Pasukan Udara dan Tentera Laut. Ini sepatutnya tugas Tentera memandangkan ia adalah ancaman luar, senjata mereka lengkap dan mereka terlatih untuk itu.

"Situasi itu sepatutnya diurus oleh Komander Briged kelima tanpa membiarkan semua adat tertib ini. Ini adalah tugas Menteri Pertahanan, nampaknya dia bercuti dan tentera sedang dimalukan oleh sekumpulan pengganas. Terdapat satu lagi badut, kononnya Laksamana, tanpa malu berkata perbelanjaan pertahanan kita sangat bagus (dengan kapal selam tak guna) sehingga serangan 1511 tidak akan berulang lagi.," katanya.

Kit Siang berkata, Perdana Menteri perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa Menteri Dalam negeri dan polis yang menguruskan situasi itu sedangkan ia sepatutnya diuruskan Menteri Pertahanan dan tentera agar ia tidak berlarutan. – Roketkini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved