ads

Ahad, 1 September 2013

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota kinabalu - Google Blog Search


Yanayonet: 4 hari 3 malam <b>di Sabah</b>.

Posted: 16 Aug 2013 01:29 AM PDT

Hujung bulan Jun itu hari aku ada pergi bercuti 4 hari 3 malam ke Sabah syurga makanan ni.
8 orang semuanya dan sumpah best gila Sabah. Rasa macam nak pergi lagi. Banyak kali.
Tiket satu kepala RM136 pergi balik naik MAS. Aku tahu murah so jange deki.

Khamis, 27 Jun 2013

Awal pagi sampai dekat Kota Kinabalu International Airport. Pertama kali jejak kan kaki dekat Sabah jadinya macam teruja sikit sebab dah lama simpan niat nak ke situ tapi tak kesampaian. Dekat sana dah ada travel agent tunggu. Jadi dia bawaklah naik bas persiaran mencari makanan sebab masing-masing dah kebulur teruk. Dengar cerita soto sabah sedap. Makanya aku cubalah. Rasa dia hmmmmmmm ok ok je sebab aku rasa kedai tu yang problem kot. Sambal dia rasa macam dah lama sangat. Air kelapa dia pulak tawar sebab terlalu banyak ais dia letak. Bila dapat makanan kurang menyelerakan macam ni kan, rasa macam nak senyum pun tak ikhlas tau.




Sebelum check in, jalan-jalan pusing bandar Kota Kinabalu sambil main cak cak dengan topeng patung kayu atas ni dulu.

Jadinya selama 4 hari 3 malam aku menetap dekat sini, Marina Court Condo. Buka mata je terus nampak laut, ngaaaaaa best gilaaaaaaaa!

Bila dah puas tidur masing-masing kena kuatkan diri untuk bangun dan bersiap sebab perut dan mula minta untuk diisi, so kita pun cari makanan dekat Gayang Seafood Restaurant. Serius cakap pekerja dekat sini rude gila. Sudah lah tak senyum, angkat dulang sampai nak kena kepala orang dan tak ada cakap maaf ke apa ke, lepas tu letak pinggan cawan nak hempas hempas pulak, lagi, kita panggil dia buat derk, tak tahu lah kenapa dan apa masalah diorang semua tu tapi yang penting aku tahu yang aku lapar. Disebalik perangai yang pelik tu ada makanan yang sedap tahan dewa. Dekat sini aku belajar makan daging belut. Aku memang jenis penggeli belut tapi bila dia dah hidang depan mata macam rugi gila tak dapat rasa daging belut tu macam mana. Rasa belut sedap macam ikan keli cuma dia lagi lembut. Serius sedap. Total semua makan dekat sini RM362. Puas hati sangat. Tapi bab makan je lah bab customer service memang fail.

So kepada siapa yang lupa rupa bentuk belut macam mana sila lah tengok gambar dekat bawah sini. Bendalah ni lah aku makan. Geli pulak bila tengok gambar ni. HAHAHA

Dalam perjalanan ke Gayang ni kitorang ada singgah dekat tepi jalan untuk rasa lokan dengan puding kelapa. Lokan ni pun pertama kali dalam hidup aku rasa. Sebenarnya nama dia pun aku tak pernah dengar. Tapi serius cakap dalam banyak-banyak makanan dekat Sabah, yang paling win adalah mendalah ni lah. Sos dia sedap sangat sampai tak tahu nak gambarkan macam mana. Sekarang dah terliur balik. Blergh i hate you lokan!

Lepas habis makan dekat Gayang, kami berlapan pergi ke Pasar Malam Sinsuran. Yang lain beli macam-macam tapi nafsu membeli aku belum sampai lagi. So aku cuci mata je lah. Penat berjalan dan tak tahu nak kemana kitorang pun cadangnya nak pergi berkaraoke. Tapi malang tak ada bilik kosong. Dengan kecewanya kami semua balik lah ke kediamanan sementara kami semua, Marina Court Condo.

Jumaat, 28 Jun 2013
Rumah Terbalik, Upside Down House, Sabah.






Dan hasil daripada aksi pelik kami adalah tadaaaaaaa (sila tengok gambar dibawah). Cubaan untuk menjadi cicaks.

Sebenarnya aku tak adalah rasa macam nak tengok isi dalam rumah terbalik ni sangat pun. Dan dalam jadual kami pun tak ada tersenarai pun untuk ke sini. Tapi tiba-tiba ada orang yang baik hati nak belanja tiket so yang lain pun apalagi, masuk je lah. Harga tiket RM10 sahaja. Tapi rasanya tak payah masuk pun tak apa lah kot. Sebab dalam dia tak ada apa sangat. Nak tangkap gambar dekat dalam memang tak boleh. Dekat luar pulak masa dia terhad sangat. Dia sediakan jamban je untuk kita bergambar. Jamban ni dia letak dekat luar rumah. Jamban pun jambanlah. Yang penting boleh feeling feeling cicaks.

Jumaat, 28 Jun 2013
Poring Hot Spring, Sabah
Paling benci tempat ni sebab seram rasa macam nak nangis.



Aku rasa macam tertipu jugak lah dekat sini sebab aku ingatkan Canopy Walk ni ada satu je rupanya ada lima. Dah lah makin lama makin tinggi dan makin panjang. Gila kejam siapa yang cipta benda ni. Hahaha. Aku nak nangis lalu dekat sini. Azab teruk. Tapi tak lah seteruk officemate aku sampai nak gerak sikit pun tak boleh. Sabar ye Mun. Tapi bila dah lepas lima-lima aku rasa macam aku ni hebat gila. Dia punya bangga sampai sekarang. Kalau naik space shot yang tinggi gila tu tak adalah aku takut sangat sebab kita yang kena naik dia. Kena tunggu je benda tu bergerak sendiri. Tapi dekat sini kita yang kena gerakkan diri kita sendiri. Kalau tak gerak sampai esok lusa pun masih dekat situ. Sumpah tak nak naik lagi. Huarghffffttttttt!

Lepastu cadang nak ke kaki Gunung Kinabalu dan Ladang Lembu Kundasang tapi tak jadi sebab hujan. Sedih dan pedih. Baru nak feeling feeling pergi obesi. Ciskek betul.

Malam.
Pasar Malam Philipino.
Best gila makan dekat sini. Serius cakap tapi sini lagi mahal dari Gayang.

Sabtu, 29 Jun 2013
Manukan Island, Sabah





Air dia memang best memang cantik. Tapi tak puas kalau sehari je dapat turun laut. Sedangkan itu hari aku tiga hari dekat Redang pun tak puas. Inikan pulak beberapa jam macam ni. 

Malam makan dekat Pasar Malam Philipino lagi. Yummmyyy!
Pulang ke pangkal jalan. Eh pulang ke Kuala Lumpur.

Sabah memang best. Ada satu benda berubah bila aku pergi sana. Sebenarnya aku ni bukan jenis pemakan makanan laut. Kira macam sebelum ni makanan yang selalu aku elak adalah seafood. Sebab lidah aku kata tak sedap. Nak kata alah tak lah jugak. Tapi bila aku sampai je Sabah lidah ni terus kata seafood ni sedap. Makanya mulai harini aku dah pandai dan suka makan Seafood. Kahkah. Suka. Okaylah sampai sini jelah. Panjang sangat dah ni aku menaip. Letih nak fikir apa menda aku buat dekat mana aku pergi sampai aku terpaksa buka balik twitter aku sebab aku lupa tempat mana aku pergi dulu tempat mana aku pergi kendian sebab cerita ni dah berbulan. Sekarang baru ada mood untuk menaip. Hiks. Selamat hari raya. Entry raya nanti aku buat. Nak tunggu mood tu sampai dulu. Tak tahu bila. Kbai

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved