ads

Selasa, 3 September 2013

10 di beluran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


3 polis trafik terbunuh <b>di Beluran</b> dalam kemalangan | Satu Sabah

Posted: 29 Aug 2013 11:46 PM PDT

beluran

KEADAAN kereta peronda polis yang remuk dalam nahas.

Beluran: Lima termasuk tiga anggota polis trafik terbunuh, manakala empat lagi parah apabila sebuah kereta peronda polis bertembung dengan sebuah pikap dalam kemalangan ngeri di Kilometer 53, Jalan Beluran-Telupid, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 4.40 petang itu, anggota daripada Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beluran, Koperal Saudi Meting, Koperal Hedzrin Ginan dan Lans Koperal Khairul Firdaus Abraham meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di seluruh anggota badan.

Ketua Polis Daerah Beluran Deputi Superintendan V Shivanathan berkata, dua lagi mangsa yang terkorban penumpang pikap, Masiah Jailani, 47, serta adiknya, Layni Jailani, 45.

Menurutnya, mangsa yang parah seorang anggota polis trafik, Konstabel Zaini Mohd Radzuan dan tiga individu termasuk pemandu pikap terbabit yang belum dikenali identiti mereka. Semua mereka menerima rawatan di Hospital Beluran, di sini.

"Ketika kejadian empat anggota polis trafik terbabit yang menaiki Proton Waja dalam perjalanan pulang ke IPD Beluran selepas menjalankan tugas di Telupid.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tigaanggotatrafikajal/Article/index_html

Comments

comments

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved