ads

Khamis, 1 Ogos 2013

di negeri sabah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


Kastam nafi berlaku penyeludupan diesel <b>di Sabah</b> – BorneoPost <b>...</b>

Posted: 29 Jul 2013 10:32 AM PDT

by RUZAINI ZULKIFLIruzainiub@gmail.com. Posted on July 30, 2013, Tuesday

KOTA KINABALU: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menafikan berlakunya kegiatan penyeludupan diesel sehingga menyumbang kepada faktor kekurangan bekalan bahan api berkenaan di negeri ini.

Pengarahnya, Datuk Janathan Kandok berkata pihaknya setakat ini tidak menerima sebarang kegiatan berhubung kegiatan atau mana-mana percubaan berkaitan penyeludupan di lokasi-lokasi pendaratan yang sah di negeri Sabah.

"Kita tidak menerima sebarang laporan berkenaan berlaku aktiviti penyeludupan diesel termasuklah tempat-tempat pendaratan yang sah seperti pelabuhan-pelabuhan di Kota Kinabalu, Menumbok, Kunak, Tawau dan Lahad Datu.

"Sehubungan itu, Kastam menolak dakwaan bahawa isu bekalan diesel yang berkurangan sejak kebelakangan ini adalah disebabkan kegiatan penyeludupan kerana kita telah mengawal seketat-ketatnya mana-mana lokasi yang di bawah penguatkuasaan kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menangkis dakwaan berlaku aktiviti seludup membabitkan bekalan minyak diesel di negeri ini dalam sidang media di pejabatnya, Wisma Kastam di sini kelmarin.

Terdahulu, masalah berkenaan dikatakan meruncing sejak minggu lalu di mana beribu-ribu pengguna jalan raya telah terjejas berikutan kehabisan bekalan diesel di kebanyakan stesen minyak sedia ada.

Bagaimanapun, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayib tampil membuat kenyataan masalah terbabit adalah disebabkan kelewatan penghantaran oleh depot yang bertanggungjawabkan.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved