10 di tenom - Google Blog Search |
sabahkini.net: KEMENANGAN BN <b>DI TENOM</b> SUDAH DIJANGKA Posted: 08 May 2013 08:46 AM PDT TENOM: Kemenangan calon-calon Barisan Nasional bagi kerusi Parlimen Tenom, Dewan Undangan Negeri (DUN) Melalap dan Kemabong sudah dijangka berdasarkan sokongan rakyat di kawasan ini semakin kuat. Ketua Anak Negeri Angkangon Sangul berkata, kerusi Parlimen Tenom yang berjaya dipertahankan oleh calon BN Datuk Raime Unggi kekal di tangan memandangkan sokongan rakyat yang kuat dan masih mahu pembangunan diteruskan di kawasan ini. Katanya, rakyat di kawasan ini masih menaruhkan kepercayaan kepada BN untuk menerajui kerajaan kerana rekod baik Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak di peringkat Kerajaan Pusat dan Datuk Seri Musa Haji Aman di Peringkat Kerajaan Negeri. "Begitu juga bagi DUN Melalap dan DUN Kemabong yang masing-masing dipertahankan oleh Datuk Radin Malleh dan Datuk Rubin Balang kekal di tangan BN kerana rakyat masih mahu pembangunan di kawasan mereka," katanya ketika diminta mengulas kemenangan BN menyapu bersih tiga kerusi di kawasan ini. Angkangon berkata, kemenangan BN di Parlimen Tenom, DUN Melalap dan DUN Kemabong memang sudah dijangka kerana sokongan rakyat majoriti masih kepada BN. Ini katanya, bermakna kawasan kerusi Parlimen Tenom, DUN Kemabong dan DUN Melalap masih menjadi penyumbang kepada BN Sabah sebagai Simpanan tetap BN. Sementara itu seorang pemimpin masyarakat Cina Kapitan Wong Tet Yun berkata, kemenangan BN di satu kerusi Parlimen dan dua kerusi DUN di kawasan ini sudah dijangka awal kerana perpecahan parti pembangkang itu sendiri. Katanya, parti-parti pembangkang masing-masing meletakkan calon dalam satu kerusi manakala BN hanya meletakkan seorang dalam kerusi itu. "Ini sudah jelas memberi kelebihan dan kemenangan kepada calon-calon BN yang bergabung dalam satu pasukan berbanding pembangkang yang masing-masing beraksi di gelanggang yang sama," katanya. Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen P.181 Tenom menyaksikan kemenangan calon BN Datuk Raime Unggi mendapat undi 9,771 dengan majoriti 3,886 menewaskan pencabar-pencabarnya Masidin Thomas (PKR) dengan Undi 5,885; Hasmin @ Azroy Abdullah (STAR) yang mendapat undi 2,446 undi; Jimmy Jawatah (SAPP) dengan perolehan undi 1,766 dan Mutang @ Sylvester Dawat (KITA) yang hanya mendapat 423 undi. Bagi DUN Kemabong, Datuk Rubin berjaya mempertahankan kerusi yang disandangnya sejak Kerajaan PBS dahulu yang mendapat undi 5,765 dengan majoriti 3,032 menewaskan pencabar-pencabarnya Biou Suyan (PKR) dengan undi 1,155 dan William Ensor Tingkalor (SAPP) yang mendapat undi 1,047. Sementara itu bagi DUN Melalap, Datuk Radin Malleh yang diramalkan banyak pihak akan kecundang kerana kemunculan calon baru, berjaya mempertahankan kerusinya dengan undi 4,643 dan majoriti 2,599 menewaskan pencabar-pencabarnya Roger Stimin (SAPP) dengan undi 2,004; Norita Sual (DAP) dengan undi 1,992 dan Kong Fui Seng (STAR) dengan undi 924. |
You are subscribed to email updates from di tenom - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan