ads

Sabtu, 3 Ogos 2013

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


PERCUTIAN ADIK SEKELUARGA <b>DI TAWAU</b> (MAMI SANGAT <b>...</b>

Posted: 19 Jul 2013 10:10 AM PDT

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia.

Wahh.. dah masuk 10 hari kita berpuasa kan. Mami rasa meriah sangat Ramadhan tahun ni. Hari pertama puasa, adik ipar sekeluarga tiba di Tawau dari KL pukul 3 petang. Masa tu mami sibuk siapkan rumah dan bilik tetamu agar adik selesa merehatkan diri sepanjang berada di Tawau. Ingatkan mami sorang je yang sibuk.., rupa-rupanya.., daddy pun siap belikan tilam baru untuk keselesaan adik bongsunya yang sedang mengandung 6 bulan. 

Mami happy sangat sepanjang mereka berada kat rumah mami. Macam biasa.., tulang mami ni ringan je nak nak masak macam2 jenis makanan tuk mereka rasa. Ye lah kan, sekali-sekala jumpa. Lagipun, mami kan memang suke masak.. 

Sepanjang 1 minggu mereka berada kat rumah , sempat juge mami hidangkan beberapa juadah khas untuk santapan berbuka puasa & sahur dengan mereka. Antaranya ayam masak kicap Sarawak, udang butter, udang galah masak lemak, nasi kuning, nasi lalap, ayam kurma, sayur lemak labu, bubur kacang, pecal Jawa, nasi hujan panas, puding labu dan banyak lagi. 


 Udang butter.. udang ni sebesar tapak tangan tau..
kat Tawau murah je.. RM35/kg.
 Udang galah masak lemak
 Pisang hijau.. hah..yang ni memang special.. sebab
payah nak jumpe kat tempat lain selain Tawau.
Aktiviti sepanjang berada di Tawau.. memang pack juge. Walaupun berpuasa, tapi kaki ni ligat je nak berjalan dengan mereka. Bukan jalan kaki pon.. naik kete lah.. Secara rasminya.. mami jadik "tour guide" selama seminggu hehehe.. Ye lah.. mami ni tak reti drive. Dah le tuh.. mami ni ader masalah dengan arah kiri dan kanan tau. Tangan tunjuk arah kiri.. mulut sebut kanan... ahahahahaha... Apa kes tuh.. Seriesss... kalau bab2 tunjuk arah ni.. mami kena tengok tangan mami dulu... baru mami dapat cam yang mana satu kiri dan yang mana satu kanan.. Hahahahaha... bunyik macam tak logik kan.. tapi memang itulah masalah mami dari kecik sampailah dah tua ni..

Ok.. lupakan pasal masalah mami tu. Kita sambung citer tadi.. Mami bawak dorang p Kampung Tinagat tuk beli ikan & udang fresh direct dari nelayan kecil. So memang dapat yang xtra segar & extra murah. Malamnyer.. p central market tuk merasa sayap ayam bakar Tawau.. perghh.. sapa2 singgah ke Tawau.. memang tak sah kalau tak merasa sayap (kepak) ayam bakar + sambal kicap manis pedas. Bukan sebarangan sambal kicap tau.. mami dah puas merantau seluruh Sabah dan jalan2 kat KL.. confirm tak jumpa sambal kicap macam kat Tawau. Sambal kicapnya.., pekat, manis, pedas dengan sedikit aroma limau. Perghh.. memang menyengat.

Daddy pun tak mau kalah nampaknya.., malam tu.. tiba2 ajak kitaorang makan kat gerai seafood di bandar Sabindo. 

Malam tu kami order... udang butter, sotong goreng tepung, ikan merah masak 3 rasa, kangkung belacan, softshell crap & tiram mentah dengan lemon. Minum... chinese tea je..(make sure amik yang panas). Actually kalau kita makan seafood.., elok minum minuman beralkali. Sebab seafood ialah asid & chinese tea pulak ialah alkali. Balance lah kalau macam tuh.. takde lah kita alami kenaikan paras asid urik dalam darah.. (penyebab utama gout).

Esoknya..., daddy merancang untuk membawa mereka ke Kalabakan untuk mendapatkan udang galah. Nak tau rupe udang galah?



Kat Tawau udang ni dijual ikut saiz. Yang beso macam kat atas ni RM24/kg dan yang kecil-kecil RM12 - RM15/kg. Memang masyuklah nak makan.. Yang besar tak bape sesuai di tumis atau goreng sebab isinya liat dan kurang manis. So sedap di buat gulai lemak. Yang kecik2 tu baru sedap di goreng tepung atau tumis masam manis. Malam tu, yg mami goreng tepung, tak sempat pun di gambar.. licin licau..
Hari-hari terakhir di Tawau.. mami bawak mereka pergi habiskan masa dengan membeli beberapa item WAJIB beli sebelum balik ke KL. Nak tau aper.. jom tengok..
 Amplang sotong ikan berempah
 Putu ubi kayu.. makanan tradisi kaun Bajau.
Ni yang mentah (parutan ubi kayu). Kalau nak buat kuih lapis ubi kayu gula merah pun boleh. Atau kukus je & makan dengan ikan bakar bersama sambal tumis.
 Biskut bangkek kelapa.. makanan tradisi suku Bugis.
 Kuih Cincin.. ni sekali kena.. pasti nak lagi..
Ni mami ader jual.. sape2 nak sila klik SINI. Hehehehe.. iklan kejap.
 Yang ni.. the marvelous emping belinjo lemak manis..


Udang kering gred triple A (besar, bersih & tanpa habuk)
 Butang baju melayu mutiara asli
 Kejap2.. nak iklan lagi ni.. Sesiapa nak order.. boleh klik SINI
Bila mereka nak bertolak ke airport pada 17/7/2013.. mami sebenarnya sedih.. sebab best sangat bile mereka kat rumah mami. In shaa Allah.. ader kelapangan rezeki nanti.. kita jumpa lagi..
Sementara tu.. teruskan lah berusaha untuk memenuhi keperluan kita.. dunia & akhirat..


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved