ads

Rabu, 21 Ogos 2013

10 di sipitang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


Mayat dua beradik ditemui <b>di</b> perairan <b>Sipitang</b> – BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 30 Jul 2013 04:40 AM PDT

by Adrian Nandu. Posted on July 30, 2013, Tuesday

LABUAN: Mayat dua nelayan yang hilang sejak Sabtu lalu ditemui di pesisiran pantai Kampung Pelakat, Sipitang kelmarin pada jam 9 pagi.

Ketua Penguatkuasa Maritim Daerah, Komander (M) Che Adnan Md Isa berkata kedua-dua mangsa merupakan adik-beradik dan dikenalpasti sebagai Saban Latip berumur 32 tahun dan adiknya, Amran Latip, 30.

"Kedua-dua mayat itu ditemui dalam keadaan terapung di sekitar pesisiran pantai berhampiran lokasi kejadian.

"Kedua-dua mangsa seterusnya digegaskan ke Hospital Sipitang dengan bantuan pasukan bomba dan penyelamat," katanya.

Sebelum itu, adik beradik terbabit telah turun ke laut pada Sabtu lalu jam 6.30 petang untuk memancing di perairan Pulau Daat di sini.

Menurut laporan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), bot yang digunakan oleh mangsa ditemui oleh nelayan tempatan, namun kedua beradik itu gagal ditemui.

Kedua-dua mangsa itu dikhuatiri lemas disebabkan oleh cuaca buruk pada ketika itu.

APMM telah menghentikan operasi mencari dan menyelamat pada jam 10 pagi kelmarin.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved