ads

Rabu, 7 Ogos 2013

10 di semporna - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


04/08/2013: Pewujudan perkampungan tersusun <b>di Semporna</b> <b>...</b>

Posted: 03 Aug 2013 08:04 PM PDT

Hasrat kerajaan mewujudkan sebuah perkampungan tersusun di Semporna bakal menjadi kenyataan.

Pembantu Menteri Kewangan Negeri Datuk Ramlee Marhaban optimis kerana bagi maksud itu, kerajaan kini giat menjalankan operasi bancian di beberapa perkampungan sekitar daerah itu dan antara yang terlibat ialah Kampung Simunul, Dap-Dap, Ice Box, Sri Jaya, Kampung Batu, Seri Aman dan Kampung Selamat.

Beliau berkata demikian pada Majlis Berbuka Puasa bersama dengan anggota pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) di Semporna.

Datuk Ramlee, yang juga ADUN Bugaya, berkata Esscom menugaskan kira-kira 150 orang bagi membantu menjayakan operasi bancian iaitu sebahagian usaha kerajaan untuk mempertingkat tahap keselamatan di kawasan pantai timur Sabah, termasuk daerah Semporna.

Beliau turut meminta pemimpin melaporkan kepada pihak keselamatan jika terdapat 'kehadiran orang yang meragukan' yang boleh mengganggu ketenteraman masyarakat setempat.
Ends/FLA/BERNAMA

~mfja~

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved