10 di papar - Google Blog Search |
HIZAZ BANTU SAFA BANDARAYA TUMPASKAN SAFA <b>PAPAR</b> Posted: 15 Aug 2013 03:37 AM PDT Mohd Hizaz (jersi hijau) menjaringkan empat gol ketika beraksi dalam perlawanan itu. KOTA KINABALU: Bekas penyerang Mykids Soccer Sabah, Mohd Hizaz Lokman meledakkan empat gol untuk membantu pasukan bawah 13 tahun Safa Bandaraya Kota Kinabalu menumpaskan pasukan bawah 13 Safa Papar 5-2 dalam perlawanan bola sepak persahabatan di padang C Kompleks Sukan Likas di sini, Rabu lepas. Safa Bandaraya mendahului pasukan pelawat 3-1 pada babak separuh masa pertama menerusi jaringan Mohd Hizaz Lokman (dua gol) dan satu gol lagi dihasilkan Mohd Aiman Azahari. Gol Safa Papar diperoleh menerusi Kurnia Izzudin. Safa Bandaraya yang turut diperkuatkan pemain bawah 13 tahun skuad negara, Xsavier Xcico Felix membantu pasukan tuan rumah meneruskan gandingan berkesan pada saingan separuh masa kedua. Ini membolehkan penyerang Mohd Hizaz terus beraksi cemerlang dengan menambah jaringan bagi melengkapkan hatriknya serta menghasilkan gol kelima buat pasukan tuan rumah. Pemain Safa Papar, Kurnia pula menyumbang satu gol lagi bagi pasukannya, gol kedua peribadi pada minit-minit akhir permainan. Barisan pemain kedua-dua pasukan bergambar sebagai kenangan sebelum perlawanan. Jurulatih skuad bawah 13 Safa Bandaraya, Michael Wong, berkata perlawanan itu sebagai persiapan pasukannya menghadapi Kejohanan bolasepak bawah 13 Zon Pantai Barat yang berlangsung di Tuaran pada 22 Ogos ini dan Piala Borneo di Kota Kinabalu tidak lama lagi. Mengenai kejohanan di Tuaran itu, katanya, Safa Bandaraya akan berentap dengan pasukan dari Kota Belud dan Tuaran. "Pasukan yang akan menjuarai kejohanan ini nanti akan mewakili Pantai Barat ke kejohanan antara zon," katanya. |
You are subscribed to email updates from di papar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan