10 di lahad datu - Google Blog Search |
Esscom Jadi Pemangkin Pembangunan Sosioekonomi <b>Di Lahad Datu</b> Posted: 30 Jul 2013 01:00 AM PDT Kategori Dari ParlimenEsscom Jadi Pemangkin Pembangunan Sosioekonomi Di Lahad DatuKUALA LUMPUR, 30 Julai – Penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menjadi pemangkin program pembangunan sosioekonomi kepada perkembangan keselamatan kawasan perairan Pantai Timur Sabah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata dengan penubuhan ESSCOM, keadaan keselamatan yang terkawal tanpa ancaman baharu memberi keyakinan kepada masyarakat setempatuntuk meneruskan aktiviti ekonomi dan sosial di daerah itu. Beliau berkata kehadiran polis dan tentera yang mengawal keselamatan mengembalikan keyakinan masyarakat di situ untuk menjalankan aktiviti harian seperti biasa. "Pencerobohan itu tidak pernah mendapat sokongan daripada majoriti penduduk Sulu di Sabah, yang turut mengutuk tindakan kumpulan bersenjata itu, dan menyatakan sokongan penuh mereka kepada kerajaan," katanya ketika menjawab soalan Senator Datuk Dr Johari Mat pada persidangan Dewan Negara di sini, Selasa. Johari ingin tahu kesan ekonomi, sosiobudaya dan keselamatan yang dialami oleh masyarakat Lahad Datu ekoran daripada pencerobohan, serta langkah-langkah yang diambil untuk mengatasi masalah ini. Daerah Semporna dikejutkan dengan peristiwa berdarah apabila kumpulan pengganas dari selatan Filipina menyerang hendap anggota keselamatan di Kampung Simunul yang mengorbankan enam anggota pasukan keselamatan. Tambah Shahidan, walaupun beberapa pihak menuduh kerajaan sebagai mengadakan drama berunsurkan politik semasa pencerobohan dan tangkapan awal dibuat, tetapi mula menyedari bahawa ini merupakan satu pencerobohan besar yang mengancam nyawa. Selain penubuhan ESSCOM, beliau berkata usaha bersepadu yang dijalankan oleh kementerian-kementerian, agensi-agensi kerajaan dan semua pihak agar keadaan pulih seperti sedia kala dan mampu memberi keyakinan kepada rakyat, para pelabur dan pelancong untuk terus melawat dan melabur ke negeri itu. "Penduduk Kampung Tanduo juga dipindahkan ke penempatan terbaru dan pelbagai lagi kemudahan sosioekonomi akan dibangunkan di kawasan tersebut termasuk pembinaan surau, taman permainan dan kedai runcit," katanya. Berita Bertarikh Pada 30 July 2013 4:00 PM |
VIDEO : EKSLUSIF !! Pantomen Khas Buat Pahlawan Negara <b>Di</b> <b>...</b> Posted: 02 Aug 2013 01:08 AM PDT SEBAK!! Menitis juga air mata menonton babak-babak dalam video ini apabila mengimbas kembali wira-wira yang terkorban serta susah payah dan rintangan yang terpaksa diharungi mereka dalam mempertahankan kedaulatan negara kita yang tercinta. Video ini khas ditayangkan sempena Sambutan Hari Pahlawan 2013 yang disambut pada 31 Julai yang lalu. Semoga semangat pahlawan yang telah gugur turut meresap dalam jiwa kita di alam maya mempertahan negara dari peluru fitnah dan dusta.... |
You are subscribed to email updates from di lahad datu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan