ads

Rabu, 21 Ogos 2013

10 di kudat - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kudat - Google Blog Search


Maut tong diesel terbakar <b>di Kudat</b>, Sabah ~ Sabahan Info

Posted: 05 Aug 2013 08:11 PM PDT

Kudat: Seorang lelaki maut apabila tong berisi diesel yang dipindahkannya dari sebuah bot ke sebuah bot lain, dipercayai untuk diseludup ke negara jiran, tiba-tiba meletup di Jeti Pasar Ikan Kudat, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, mayat mangsa yang masih belum dikenal pasti identiti dan berusia awal 30-an ditemui terapung oleh sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada jam 2.40 petang semalam, sebaik selesai memadam kebakaran.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki dikenali sebagai Jaffar, 30-an, bersama teman wanitanya, Diana, 20-an, yang kebetulan berada berhampiran lokasi kejadian turut melecur dan dikejarkan ke Hospital Kudat untuk rawatan lanjut.

Ketika kejadian, mangsa dipercayai sedang memunggah 10 tong berisi diesel dari sebuah bot ke sebuah bot lain sebelum tiba-tiba berlaku letupan yang mengakibatkan kebakaran.

ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran di jeti.

Letupan kuat itu menyebabkan satu lagi bot yang diletakkan berhampiran turut terbakar manakala mangsa terhumban ke laut dan dipercayai lemas sebelum ditemui pasukan penyelamat.
p/s: Pengajaran dia, jangan seludup minyak!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved