ads

Selasa, 13 Ogos 2013

10 di kota marudu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota marudu - Google Blog Search


03/05/2013: Kolej Komuniti <b>Kota Marudu</b> bakal jadikan daerah itu <b>...</b>

Posted: 03 May 2013 01:33 AM PDT

Kewujudan Kolej Komuniti Kota Marudu bakal menjadikan daerah berkenaan sebagai hab pendidikan di Utara Sabah.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili juga yakin pelajar kolej tersebut mampu membantu membangunkan ekonomi Kota Marudu.

Ini sesuai dengan peranan kolej komuniti untuk melahirkan komuniti berilmu dan berkemahiran.

Datuk Maximus berucap merasmikan Program Mendekati Rakyat Kota Marudu Bersama Kolej Komuniti di Kota Marudu.

Beliau berharap kolej itu juga berupaya mencapai sasaran 1 graduan 1 keluarga menjelang 2020.

Sehingga kini sebanyak 84 buah kolej komuniti diwujudkan di seluruh negara sejak 2000 manakala di Sabah sahaja 8 kolej dibangunkan iaitu di Tawau, Semporna, Lahad Datu, Sandakan, Beaufort, Penampang, Kota Marudu dan Tambunan.

Kolej Komuniti Kota Marudu dijangka beroperasi mulai Oktober depan dengan menawarkan bidang penyamanan udara sebagai kursus sepenuh masa selain kursus pendek pada hujung minggu.

Ends/busri     an/tam

~mfja~

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved