ads

Ahad, 18 Ogos 2013

10 di beluran - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di beluran - Google Blog Search


Kanak-kanak perempuan hilang sejak 16 hari lalu <b>di Beluran</b> ABN <b>...</b>

Posted: 14 Aug 2013 08:07 AM PDT

BELURAN – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dilapor hilang sejak 16 hari lepas ketika bermain bersendirian di hadapan rumahnya di Kampung Meliau Telupid, di sini.

Kehilangan Musteliveh Merajok, murid Tahun Satu sebuah sekolah rendah di Telupid sejak 23 Julai lepas dilaporkan oleh bapa angkat kanak-kanak itu, Minggu Hendry, 31, semalam.

Ketua Polis Daerah Beluran DSP Shivanathan Velautham berkata mengikut laporan itu, kali terakhir Minggu dikatakan melihat Musteliveh ialah ketika kanak-kanak itu sedang bermain sendirian di luar rumah mereka kira-kira pukul 8 malam.

Beliau berkata bapa angkat kanak-kanak itu dikatakan cuba mencari di sekitar rumah tetapi tidak menemui Musteliveh dan dia juga mendakwa lambat membuat laporan polis kerana mencari sendiri anak angkatnya itu termasuk bertanya saudara dan rakan-rakan.

"Berikutan laporan itu, polis melancarkan operasi mengesan kanak-kanak perempuan itu termasuk menghebahkan kepada balai polis di seluruh negeri ini," katanya.

Shivanathan berkata bapa angkat kanak-kanak itu juga mendakwa dia menjaga Musteliveh sejak bayi selepas diserahkan oleh seorang wanita tidak dikenali di rumahnya.

Orang ramai yang ternampak atau mempunyai maklumat mengenai kanak-kanak perempuan itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Jefferey Kadisun di talian 013-7443442 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran di talian 089-511222
sambungan 213 atau balai polis berhampiran. – Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved