ads

Rabu, 10 Julai 2013

10 di tenom - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


Penyokong Pembangkang <b>Di Tenom</b> "Berlarian" Kecut Melihat <b>...</b>

Posted: 24 Apr 2013 12:23 AM PDT


PENYOKONG parti pembangkang di Tenom seolah-olah tidak bermaya melihat tekanan yang mereka hadapi seolah-olah "kecut" dan "berlarian" ingin meninggalkan parti apabila melihat sokongan yang diberikan kepada Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri dan BN amat dasyat.

Senario ini dilihat apabila "parti bilis" seperti SAPP dan STAR termasuk PKR dilihat tidak dapat menyaingi kekuatan BN daripada segi sokongan. Walaupun parti SAPP, STAR dan PKR mendakwa bahawa penyokong mereka ramai di Parlimen Tenom, tetapi hakikat sebenarnya adalah tidak. Dakwaan tersebut sebenarnya hanya menjurus kepada beberapa kampung yang menjadi pusat tumpuan mereka sahaja tetapi kampung-kampung lain tidak menerima kehadiran parti berkenaan.

Naaaaa....inilah yang dinamakan "kecut"......tingu punya tingu, mimang nda ramai bha penyokong parti pembangkang di Tenom tu. Dalam setiap aktiviti parti pembangkang, mereka selalu utarakan bahawa sambutan terhadap parti adalah amat memberangsangkan. Lihat sajalah semasa hari penamaan calon pada 20 April yang lepas itu. Nda berapa ramai sebenarnya penyokong tu......itu sebenarnya adalah psikologi parti bahawa sokongan tidak kuat.

Kedatangan PM yang ditunggu oleh masyarakat Tenom yang mula datang sejak dari 6.30 pagi ditelah mula sambut meriah oleh mereka. Khemah yang disediakan penuh dengan orang ramai yang dianggarkan seramai  9 ribu orang menyatakan sokongan mereka terhadap PM tidak berbelah bagi termasuk dengan memakai baju "Gelombang Biru".

Dalam ucapannya, PM menyatakan bahawa kerajaan persekutuan sentiasa memberikan perhatian terhadap Sabah termasuk mengimbangi pembangunan antara Sabah dan Semenanjung. Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan sentiasa menyokong penuh pemberian tanah oleh kerajaan negeri kepada rakyat

P/S : TATAP BN......NDA DA PELUANG PEMBANGKANG MAU KASI RAMPAS KERUSI DUN ATAUPUN PARLIMEN DI TENOM TU.

DAP/PKR Jadikan Ahli Parti <b>Di Tenom</b> Sebagai "Hamba" Dapatkan <b>...</b>

Posted: 23 Apr 2013 11:14 PM PDT


GARA-GARA tidak mendapat sokongan yang padu daripada pengundi dan masyarakat di Tenom, parti DAP/PKR telah menjadikan ahli-ahli mereka yang kebanyakannya orang Tenom sebagai "HAMBA" untuk mendapatkan sokongan rakyat. Waduhhhh.....melampau juga????
Rombongan mereka sekitar dalam 50 orang itu telah dikerahkan untuk berlegar-legar di kawasan pekan Tenom sempena lawatan Dato Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri ke Tenom pagi tadi, 24 April 2013.

Taktik yang digunakan oleh DAP/PKR itu adalah jalan pintas untuk berjumpa dengan pengundi tanpa perlu bersusah-payah mengeluarkan kewangan. Kehadiran masyarakat dari seluruh pelusuk daerah Tenom ketika itu yang ingin menemui PM dipergunakan dengan licik oleh DAP/PKR tanpa menyedari bahawa mereka telah diekori. Sempat lagi mereka itu kasi promosi kapada kami. Hahaha.....naaaa....kadapatan suda kamurang tu.

Melalui taktik yang digunakan itu, saya....hihihi...."MR. TJ" sampat di kasi kempen lagi oleh mereka. Sia make 'donno' ja la padahal dalam hati sia ketawakan mereka. Cakap pun tidak pandai, macam mana mahu berkempen. Fakta tidak ada, merapu, kutuk kerajaan padahal anak-anak mereka menerima bantuan daripada kerajaan.....malah hantam jak suru pengundi supaya sokong DAP/STAR. Hahaha....kesian mereka tu.

Tinjauan "Mr. TJ" dengan menemui semula beberapa orang masyarakat yang di kasi kempen oleh mereka sebelumnya.....kebanyakan mereka 'kabur-kaabur' dan tidak faham penerangan oleh DAP/PKR itu. Menurut mereka lagi bahawa kedatangan mereka ke pekan Tenom adalah untuk memberikan sokongan kepada kerajaan dan dan kedatangan PM.

Apa yang melucukan juga ialah apabila 3 orang yang "MR. TJ" temui itu adalah kebetulan penyokong PKR. Sempatlah "MR. TJ" risik-risik pendapat mereka tu berkaitan dengan PKR dan BN. Menurut mereka,...."kami ni mana-mana saja, memang kami sokong PKR tapi kadang kala kami tidak yakin dengan PKR kerana susah mau cakap la. Tingu la nanti."

Menyentuh berkaitan peluang calon bagi kerusi P.181 Tenom iaitu MASDIN BIN TUMAS, pengundi ketika ditanya ada yang tidak mengenali beliau dan tidak yakin bahawa beliau boleh mencabar. "MR. TJ" juga sempat bertanya berkaitan peluang calon parti pembangkang lain iaitu HASMIN @ AZROY BIN ABDULLAH, parti STAR;  JAINEH BIN JUAYA @ JIMMY JAWATAH, parti SAPP; MUTANG @ SYLVESTER BIN DAWAT, parti KITA.....menurut mereka, macam rojak sudah muka-muka calon tu sampai tidak tahu siapa mahu pilih tetapi mereka yakin akan sokong parti yang sudah berjasa kepada rakyat.

Apa macam itu PKR/DAP???? Jangan jadikan ahli-ahli parti kamurang tu sebagai "Hamba" untuk memenuhi percaturan kamurang tu di peringkat pusat. Susah la kalau itu macam. Aiyaaaaa............

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved