10 di semporna - Google Blog Search |
be a one ~ : kemalangan maut <b>di semporna</b> Posted: 23 Jul 2013 07:49 AM PDT gambar nie ambil kat FB.. tapi Lia dah edit sikit bahagian yang dihitamkan tue sebab tue orang yang terlibat dalam kemalangan .. Marilah bersama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah... Takziah kepada mangsa Berdasarkan info dari FB, kemalangan nie berlaku di antara kawasan Semporna ke TawauSabah.. Bukan nak cakap apalah, tapi bas dari Syarikat nie... Syarikat Manis selalu accident antara satu sama lain ... Macam yang anda tengok di atas nie... Mungkin dah takdirkan tapi adakalanya semua nie berlaku sebab kecuaian pemandu yang suka sangat memandu laju ... Jalan kat Sabah nie, bukan ada jalan yang lurus.... Hampir 80% jalan di Sabah nie macam jalan ular ditambah lagi jalan yang kurang rata... bukit tue memang tak payah cakaplah... Lia memang sangat berpengalaman dengan bas-bas ekspress nie.. Eyalah, dulu-dulu selalu je naik bas pulang balik Sandakan ke Kota Kinabalu dan sebaliknya... Harap-harap lepas nie, tiadalah lagi kejadian seperti ini ... Pemandu-pemandu janganlah suka sangat memandu laju, kalau nak rasa memandu laju tue, pi lah Formula One ka... Tadi juga Lia terima berita pakcik Lia dilanggar ... Kereta Kancil langgar kereta yang dia pandu di traffic light ... alhamdulillah, pakcik ok juga.. kereta pun rosak sikit je, cuma kereta yang melanggar yang rosak teruk ... Apapun.. berhati-hatilah dijalan raya... |
Nelayan parah ditembak ketika memancing <b>di Semporna</b> <b>...</b> Posted: 21 Jun 2013 01:58 AM PDT - 2013-06-21 16:58:32'. SEMPORNA 21 Jun – Seorang nelayan cedera parah selepas ditembak sekumpulan perompak bertopeng ketika memancing ikan di perairan Pulau Larapan di sini awal pagi semalam. Hani Sarabati, 27, berasal dari Kampung Bangau-Bangau di sini terkena satu das tembakan di rusuk kiri dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu. Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Mohd. Firdaus Abdullah berkata, ketika kejadian mangsa keluar memancing di perairan berkenaan bersama anak lelakinya yang berusia tujuh tahun. "Bot mangsa tiba-tiba dihampiri sekumpulan lelaki bertopeng dan bersenjata menaiki bot tanpa enjin yang mengarahkan nelayan itu membuka enjin botnya. "Mangsa bagaimanapun memberi alasan tidak mempunyai peralatan untuk membuka enjinnya menyebabkan salah seorang suspek melepaskan tembakan dan mengenai mangsa," katanya hari ini. Mohd. Firdaus berkata, dalam keadaan kelam-kabut itu mangsa sambil menahan kesakitan menghidupkan enjin dan memecut pulang ke rumahnya sebelum dibawa sanak-saudaranya ke hospital. Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Semporna sebelum dipindahkan ke Hospital Tawau untuk rawatan lanjut. "Mangsa berada dalam keadaan stabil dan masih menerima rawatan. Polis sedang menyiasat bagi mengenal pasti sama ada kumpulan terbabit penduduk tempatan atau warga asing," katanya. Short URL: http://din.huluselangor.net/?p=34903 |
You are subscribed to email updates from di semporna - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan