10 di sandakan - Google Blog Search |
Aktiviti memasak punca kebakaran ragut tiga nyawa <b>di Sandakan</b> <b>...</b> Posted: 27 Jul 2013 07:15 AM PDT SANDAKAN – Siasatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah mendapati kebakaran yang meragut tiga nyawa di Kampung Muhibbah berpunca daripada aktiviti memasak. Pengarahnya Nordin Pauzi berkata bahan binaan mudah terbakar turut menjadi faktor api pantas merebak. "Penemuan ketiga-tiga mayat di dalam tandas menunjukkan mereka cuba menyelamatkan diri, namun gagal kerana api merebak dengan cepat dan rumah berkenaan terbakar keseluruhan," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat lokasi kejadian. Kebakaran itu mengorbankan Juliana Sikin, 24, yang kurang upaya, adiknya Kamisah, 17, dan anak saudara mereka, Nurnilam Sari Solong, 6. Nordin berkata kejadian kebakaran itu perlu diambil serius oleh penduduk kampung atas air itu dan mereka perlu menyedari penempatan di situ agak padat, tiada laluan keluar atau laluan kecemasan yang sesuai di samping struktur binaan tidak kekal dan mudah terbakar. Menurutnya rumah yang musnah terbakar merangkumi tujuh bilik dan lima daripadanya kosong, manakala sebuah bilik dijadikan kedai oleh penyewa dan sebuah bilik disewa oleh dua beradik yang maut dalam kejadian itu. Nordin menasihatkan orang ramai mengambil langkah selamat dan berhati-hati dalam penggunaan bahan api dan peralatan elektrik khususnya semasa musim perayaan. – Bernama |
You are subscribed to email updates from di sandakan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan