ads

Ahad, 28 Julai 2013

10 di ranau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


Program Ziarah Mahabbah <b>di</b> Kg Gusi <b>Ranau</b> - penggerak dakwah <b>...</b>

Posted: 24 Jul 2013 07:24 PM PDT





Program Ziarah Mahabbah di Kg Gusi Ranau
Tarikh                   : 20/06/2013 – 22/06/2013 (Khamis - Sabtu)
Anjuran                : JAKIM Sabah kerjasama JHEAINS Ranau.    
                Pada 20/06/2013, Program Ziarah Mahabbah diadakan di Kg Gusi Ranau, anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah Daerah Ranau yang  memakan masa perjalanan  kira-kira 4 jam jalan darat dan terpaksa menaiki bot melalui sungai selama kira-kira hampir 2 jam. Jarak dari pekan Ranau ke Kg Gusi iaitu kira-kira 95km. Menurut profail Kg Gusi Ranau terdapat 40 buah keluarga Islam (seramai 230 orang) daripada jumlah keseluruhan penduduk Kg Gusi iaitu seramai 230 orang. Kampung tersebut merupakan kawasan perkampungan  yang terdiri daripada bangsa sungai. Program ini dijalankan bermula pada 20 Jun 2013 hingga 22 Jun 2013 yang dihadiri oleh Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Ranau iaitu Ustazah Zatuliffah Mohd Aslie, Penggerak Dakwah JAKIM iaitu Us Mohd Sobi Hadipin, Us Zaidi Karim serta staf JHEAINS Ranau iaitu Us Ahmad Masnin Abdullah, Ketua Unit Bahagian Dakwah JHEAINS Ranau, Us Rusdi Abdul Kadir selaku Imam Daerah Ranau, Us Mohd Farid Soinin, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah, Imam Kariah iaitu Imam Hamid Mohammad, Imam Asidi Yusuf, Imam Rabinin Lamin, Imam Sapinin Jahasin, Imam Arsat Badin dan sukarela Rakan Masjid Pekan Ranau serta 4 orang pembekal AZ HEBAT. Rombongan yang datang ke kg Gusi seramai 17 orang.
                Pada 20 Jun 2013 bersamaan hari khamis, semua rombongan berkumpul di masjid Ar Rahman Pekan Ranau kira-kira jam 08.30 am. Kami bertolak ke Kg Gusi kira-kira jam 9.30 am dengan menaiki kenderaan jabatan dan 3 buah kenderaan pacuan 4 roda. Perjalanan darat memakan masa hampir 4 jam untuk sampai ke Kg Karagasan kerana bentuk jalan rayanya yang tidak bertar dan bentuk jalannya yang berbatu besar. Kami sampai di Kg Karagasan kira-kira jam 2.30 pm. Kami meneruskan perjalanan ke kg Gusi dengan melalui dua jalan. Us. Ahmad Masnin memimpin jalan darat untuk ke Kg Gusi dengan menggunakan kenderaan Jabatan dan sebuah kenderaan pacuan 4 roda iaitu pembekal AZ HEBAT untuk mengangkat barang-barang. Imam Hamid memimpin jalan sungai dengan menaiki bot iaitu seramai 9 orang untuk bot pertama dan bot kedua seramai 7 orang. Kami sampai di Kg Gusi pada jam 5.25 pm. Manakala rombongan Us Ahmad Masnin sampai pada jam 5.45 pm. Selepas solat asar secara berjemaah, kami mula memasang khemah dan mula mengemas tempat barang-barang. Selepas Solat Maghrib, kami menghidupkan suasana kampung dengan membaca surah Yassin dan tahlil yang dipimpin Imam Arjunah Yahya. Selepas solat Isyak, kami bersama-sama penduduk kampung yang datang menjamu makan malam.
                Pada hari kedua iaitu 21 Jun 2013, pagi subuh diisi dengan kuliah subuh yang disampaikan oleh Us Zaidi Karim, Penggerak Dakwah JAKIM. Pada jam 08.00 pagi program bermula dengan Halaqah bab Thaharah yang di kendalikan oleh Us Mohd Sobi Hadipin sehinggalah jam 11.00 am. Seterusnya penduduk balik bersiap-siap untuk solat jumaat. Selepas solat jumaat, kami beramah mesra serta makan tengahari dengan penduduk kampung yang hadir dan kira-kira jam 2 petang, majlis penangguhan program Ziarah Mahabbah diadakan di dalam surau Kg Gusi Ranau.
                Acara penangguhan majlis dilancarkan dengan dimulakan bacaan doa majlis oleh Imam Hamid Mohammad selaku  Imam Qariah Mukim Kaingaran, seterusnya ucapan alu-aluan wakil penduduk Kg Gusi iaitu Arjunah Yahya . Beliau  melahirkan tanda rasa gembira dan terima kasih di atas program yang dianjurkan di kampung tersebut dan beliau membentangkan maklumat ringkas penduduk muslim di Kg Gusi Ranau. Beliau juga mengharapkan agar pada masa akan datang program seumpama diadakan sekali lagi di kampung tersebut. Beliau juga mengharapkan agar anak muda di kampung tersebut diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran di Pusat Latihan Dakwah Kudat.
                Seterusnya Ustazah Zatuliffah Mohd Aslie, Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Ranau sebagai wakil Pengarah JAKIM Sabah memberikan ucapan alu-aluan serta Tazkirah sebagai mengakhiri majlis penangguhan program tersebut. Beliau telah mengucapkan tanda syukur kepada Allah swt diatas pertemuan serta hajat untuk melangkah kaki ke kampung tersebut yang memakan masa agak lama untuk sampai. Beliau menyampaikan salam Pengarah JAKIM Sabah yang tidak dapat hadir bersama-sama dalam program tersebut. Beliau meneruskan ucapannya dengan mengatakan bahawa walaupun pengisian program tersebut agak "santai", tetapi sasarannya adalah untuk menyampaikan tentang kefahaman bab Thoharah. Katanya, pendekatan tersebut sangat sesuai dilancarkan   di semua kampung di daerah Ranau. Beliau mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih diatas kerjasama penduduk kampong dan dengan lafaz "Bismillahhirrahmannirrahim" majlis penangguhan tersebut dirasmikan. Seterusnya program diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada Ahli jawatankuasa surau, penyampaian cendera kenangan perasmi dan  penyampaian sumbangan kepada 40 keluarga  yang disampaikan oleh Ustazah Zatuliffah Mohd Aslie. Majlis berakhir dengan alunan selawat dan pelukan bersama penduduk kampung.
                Selepas waktu asar, kami berjalan mengelilingi kampung tersebut dan menziarahi rumah ke rumah seterusnya menyampaikan sumbangan tersebut. Selepas solat Maghrib, Kuliah maghrib di sampaikan oleh Us Farid Soinin, Pegawai Penyelaras Masjid Daerah. Selepas solat isyak, kami dijemput ke majlis kenduri arwah dan memimpin bacaan Yassin dan Tahlil.
                Pada keesokan harinya 22 Jun 2013 bersamaan hari sabtu, selepas sarapan pagi, kami mula berkemas dan membersihkan kawasan surau dan bertolak balik kira-kira jam 9.00 am. Kami sampai di Pekan Ranau kira-kira jam 4.00 pm.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved