10 di papar - Google Blog Search |
dairishare: Majalah Rolling Stone <b>Di</b> Baikot Kerana <b>Papar</b> Muka <b>...</b> Posted: 18 Jul 2013 08:30 PM PDT Boston - Penduduk di Massachusetts, kecewa dengan muka depan majalah Rolling Stone yang memaparkan wajah pengebom acara Marathon Boston, Dzhokhar Tsarnaev, lapor portal hiburan TMZ.com. Bagaimanapun, editor majalah itu mengeluarkan kenyataan dengan memberitahu ia bertujuan untuk menyedarkan orang ramai dan belajar daripada tragedi yang menggegarkan bandar mereka. "Kami bersimpati dengan mangsa-mangsa kejadian pengeboman Boston. Tetapi muka depan majalah keluaran minggu ini adalah hasil tradisi kewartawanan dan komitmen yang selama ini diberikan oleh Rolling Stone dalam membuat liputan yang serius dan bijak," katanya. Tambah kenyataan itu lagi, fakta usia Dzhokhar Tsarnaev yang berada dalam lingkungan yang sama dengan kebanyakan pembacanya, secara tidak langsung menjadikan ia sesuatu yang penting bagi masyarakat di Boston untuk mengkaji kerumitan isu tersebut. Selain mendapat pemahaman yang lebih lengkap tentang bagaimana tragedi seperti itu boleh berlaku. Dalam pada itu, TMZ.com turut melaporkan, farmasi CVS dan pasar raya Boston, Roche Bros telah memboikot majalah tersebut kerana muka depan yang dianggap kontroversi dan tidak menghormati mangsa-mangsa pengeboman maraton pada April lalu. - Agensi. |
Efek Spy <b>Papar</b> Entri Terkini <b>di</b> Sidebar - HasrulHassan Posted: 17 Jul 2013 02:07 AM PDT As-Salam. Widget ini dah lama saya pakai di blog lain, dan nampaknya ok. Ia satu gajet atau widget yang boleh diletakkan di blog untuk menarik perhatian pengunjung yang lain. Widget ini merupakan spy slider memaparkan entri terkini di bahagian sidebar blog. Ia sebuah widget yang memaparkan entri-entri yang baru diterbitkan dalam blog anda, dalam sela masa tertentu di dalam ruang khas yang boleh dioptimasi berdasarkan kehendak. Ciri paling menarik mengenai widget ini ialah kebolehannya untuk memaparkan entri-entri terkini dalam satu ruang khas - dalam jumlah tertentu pada kadar tertentu dalam satu-satu masa. Ia membolehkan anda jimatkan ruang blog anda, tetapi dalam masa yang sama tidak mengabaikan perkara penting yang perlu anda tonjolkan iaitu entri-entri anda. Widget ini boleh hadkan jumlah entri untuk dipaparkan secara keseluruhan dan secara berjujukan. Contohnya, anda ada 10 entri terkini, tetapi dalam satu-satu masa anda mahu hanya 3 entri dipaparkan, maka widget ini akan hanya papar 3 entri terkini terawal, dan kemudiannya 3 entri kemudiannya dalam satu sela masa sehingga ke entri ke 10. Ia kemudian ulang semula dari awal. Ciri-Ciri Widget Efek Spy Papar Entri Terkini
Salin dan buat ubahsuaian pada pemboleh-ubah tertentu Widget ini telah diselaraskan untuk dipaparkan pada sidebar sederhana besar dengan had kelebaran 300px. Jika mahu kecilkan atau ubah kepada saiz yang anda mahukan, sila ubah pada bahagian css spylist. Perletakkan imej thumbnail juga boleh diubah samada mahu di sebelah kanan atau kiri. Anda juga boleh letakkan border pada kekotak paparan dengan memberikan nilai 1-5 pada css spylist border. Paling penting anda perlu tuliskan alamat url blog anda di bahagian home_page.= "URL BLOG ANDA". Anda juga boleh gunakan ini untuk idea sewaan tapak iklan daripada blogniaga-blogniaga atau mempromosikan blog-blog lain. Ok. Rasanya mudah je kan? Kalau ada masalah, jangan segan-segan bertanya. Selamat mencuba. |
You are subscribed to email updates from di papar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan