ads

Selasa, 23 Julai 2013

10 di kota belud - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kota belud - Google Blog Search


RAHMAN DAHLAN NAK BUAT PASAR BARU <b>DI KOTA BELUD</b>

Posted: 16 Jul 2013 10:00 PM PDT

Setelah bergelar menteri, MP Kota Belud, Datuk Rahman Dahlan ' terlalu' banyak idea yang ingin dilakukan kepada masyarakat Kota belud. Belumpun idea pembinaan rumah rakyat yang dicanangkan oleh belum dalam FB, kini beliau tampil lagi dengan idea ingin membina bangunan baru untuk dijadikan Pasar Besar. Sebagai rekod, Pasar Besar kota belud sekarang terletak di tengah-tengah pekan, dan sedikit sebanyak menyumbang kepada kesesakan di pekan tersebut.

Sebagai blogger, idea pembinaan Pasar Besar ini sangat menarik perhatian saya kerana menurut Datuk Rahman dahlan, seperti yang di postkan dalam Wall Fb peribadinya.... "Ramai yang mengadu kepada saya bahawa pasar Kota Belud yang terletak di tengah-tengah pekan Kota Belud adalah antara penyebab utama kesesakan lalu lintas di situ. Saya bercadang untuk membina bangunan pasar baru Kota Belud di lokasi lain (ada cadangan lokasi?) dan mengubahsuai bangunan pasar sekarang ini untuk dijadikkan Pusat Perlancongan yang akan mempamirkan kehebatan kebudayaan penduduk Kota Belud. Apa pandangan sahabat semua?

Namun pada hemat saya, lokasi Pasar besar yang berada di tengah-tengah pekan sekarang ini,bukanlah faktor besar yang menyebabkan kesesakan. walaupun ia merupakan salah satu dari faktor itu. Apa yang menjadi sebab utama ialah keadaan Jalanraya yang memasuki pekan ini yang sempit dan tidak dapat menampung kesesakan bilangan kenderaan yang memasuki ekan tersebut. Dari segenap pelusuk jalan masuk ke pekan kota belud boleh dikatakan mengalami kesesakan.Dari Kadamaian misalnya melalui jalan Hospital, Tamu, ia juga sesak walaupun pengguna tidak berhasrat ke Pasar besar yang terletak agak jauh..dan pasar tani yang menjadi tumpuan.

Jalan dari Tempasuk juga iaitu melalui jalan kampung Bobot menuruni Jalan Masjid pekan Kota Belud turut mengalami kesesakan. begitu juga dari jalan lebak Moyoh. Hampir ke semua susur jalan memasuki Pekan ini mengalami kesesakan. Daripada pemerhatian, mendapati bahawa keadaan jalan raya yang sempit, ketiadaan tempat parking, serta ketiadaan jalan alternatif untuk keluar dari pekan KB, menjadi punca kepada kesesakan yang dialami saban hari.

Sebagai alternatif, Majlis kerajaan tempatan boleh membuat jalan sementera keluar dari sebelah Kg Kota belud iaitu di kawasan Bangunan Baru Alapbana, supaya kenderaan yang menggunakan kemudahan di kawasan tersebut termasuk pasaraya Gmart dapat keluar melalui jalan tersebut terutama bagi pengguna di kawasan Tempasuk dan Usukan. Bagi kawasan Kadamaian, mungkin susur jalan baru dapat difikirkan berdekatan Pasar Tani menuju ke JKR.

Apa yang ditakuti ialah permindahan bangunan Pasar besar nanti tidak akan menyelesaikan masalah kesesakan yang dialami seperti pembinaan jalan raya Bypass Kudat -KB..yang kononnya dulu dikatakan akan mengekang kemasukan kenderaan dari Kota Marudu dan Kudat seterusnya menyelesaikan kesesakan di pekan KB. Akhirnya setelah beberapa tahun berlalu, isu kesesakan di pekan KB terus meruncing.

Pemindahan Pasar besar KB ke lokasi lain , pada saya sangat tepat, kerana tidak manis ia berada di tengah-tengah pekan. Namun ia perlu dirancang termasuk mencari lokasi yang sesuai..dan pada hemat saya kawasan yang berpotensi ialah kawasan berdekatan dengan pusingan bulatan di Kg, Sembirai..walaupun agak jauh tetapi agak sesuai memandangkan ia berdekatan dengan jalanraya Bypass Kudat-KB dan kemudian berdekatan dengan lokasi pendaratan ikan bagi nelayan-nelayan kecil di perkampungan pesisir pantai. Walaupun begitu masalah banjir yang kerap berlaku di kawasan itu perlu juga diambil kira.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved