10 di kinabatangan - Google Blog Search |
- Lima lagi gajah Borneo <b>di Kinabatangan</b> dipasang kolar satelit | N9 <b>...</b>
- bila aku bercerita...: Memancing <b>di</b> Kg Bilit <b>kinabatangan</b>
- sabahkini.net: JUHARI GANTI BUNG <b>DI KINABATANGAN</b>
Lima lagi gajah Borneo <b>di Kinabatangan</b> dipasang kolar satelit | N9 <b>...</b> Posted: 16 Jun 2013 06:09 AM PDT KINABATANGAN, 16 Jun : Lima gajah Borneo yang mendiami kawasan berhampiran Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) di Lot 5 Sanktuari Hidupan Liar Hilir Kinabatangan (LKWS), dipasang kolar satelit dalam satu operasi dari 4 hingga 6 Jun. Operasi ini adalah sebahagian daripada projek kerjasama antara Jabatan Hidupan Liar Sabah (SWD), NGO HUTAN dan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC), kata kenyataan bersama SWD dan DGFC. Projek ini dibiayai Tabung Pemuliharaan Gajah Asia, Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika; Mohamed bin Zayed Species Conservation Fund, Elephant Family; Zoo Houston; dan Zoo Columbus. Operasi ini diketuai dua wanita muda iaitu pelajar Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di Cardiff University dan ditugaskan ke DGFC Nurzhafarina Othman dan pakar veterinar hidupan liar Mexico yang ditugaskan ke Unit Penyelamat Hidupan Liar SWD dan DGFC Dr Diana Ramirez. Dr Diana Ramirez berkata, hanya dalam tempoh tiga hari, pasukan mereka berjaya memasang kolar satelit pada empat gajah betina dan seekor gajah jantan. "Kami memasang kolar itu pada seekor gajah betina yang telah dipasang tag pada Oktober 2011 dan menamakannya sebagai Putut, tiga gajah betina baharu yang dipilih rakan kami, Nurzhafarina, yang sedang menjalani pengajian peringkat PhD mengenai tingkah laku sosial gajah di kawasan Kinabatangan, dan menamakan mereka sebagai Ita, Bell dan Tess; dan seekor gajah jantan berusia dalam lingkungan 30 hingga 40 tahun yang diberi nama Sejati. "Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan saya, terutama kepada semua petugas dari Unit Penyelamat Hidupan Liar kami dan petugas dari Unit Penjagaan Sungai serta petugas DGFC dan pelajar kerana tugas cemerlang yang mereka laksanakan," kata Ramirez. Nurzhafarina pula berkata, pemasangan kolar satelit pada lima gajah berkenaan menjadikan jumlah haiwan itu yang dikesan pergerakan mereka sekarang ialah lapan. "Tujuan utama kolar ini dipasang ialah untuk mengumpul data tambahan daripada individu berbeza bagi memudahkan usaha mengurus gajah Borneo di kawasan Kinabatangan, di samping untuk mengetahui perilaku pergaulan sosial dalam kalangan gajah betina melalui penggunaan alat GPS, yang juga antara komponen penting bagi pengajian saya di peringkat PhD," katanya. – BERNAMA |
bila aku bercerita...: Memancing <b>di</b> Kg Bilit <b>kinabatangan</b> Posted: 20 May 2013 06:26 AM PDT Trip memancing ni nda dirancang rapi, main ikut-ikut saja. (kejadian berlaku pada hujung tahun 2012 masa cuti sekolah, baru buat cerita di sini sebab bosan hehe) Kebetulan pakcik-pakcik ku pegi rumah nenek di Kg Bilit, jadi aku pun apa lagi besiap la juga mau memancing. Hentam saja lah janji dapat lepas gian memancing. Dipendekkan cerita, kami pun apa lagi sampai saja di rumah nenek ku, mencari cacing di bawah kolong sampai kena marah lagi haha. Tapi bukan aku la yang kena marah, aku jadi bos saja menunggu cacing. Hm hasil pancingan kami boleh tahan juga la, walaupun memancing di siring sungai saja. Tapi adik ku si aming yang jadi juara sebab pancingnya yang banyak dapat udang dan ikan. aku? adalah satu dua ekor huhu |
sabahkini.net: JUHARI GANTI BUNG <b>DI KINABATANGAN</b> Posted: 09 Apr 2013 07:37 AM PDT EKSKLUSIF....Juhari menjelaskan sokongan Suku Sungai kepada BN masih kekal semasa sesi wawancara eksklusif. Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI SANDAKAN : Timbalan Presiden Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) Juhari Hj Janan menyeru kepada suku kaum bangsa Sungai bukan sahaja di kawasan Kinabatangan, Sugut, Beluran; bahkan di seluruh pelusuk Sabah agar menyokong sepenuhnya calon-calon BN yang bakal bertanding pada PRU 13 ini. Katanya, sokongan padu yang tidak berbelah bahagi terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) ini nyata BN akan dapat membentuk semula kerajaan selepas PRU 13 nanti untuk menumbangkan parti pembangkang. Juhari berkata demikian ketika di wawancara Sabahkini.Net semasa beliau mengikuti lawatan kerja Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Pangkalan KD Sri Sandakan kelmarin. Beliau menambah di Sabah sahaja mempunyai 11 orang calon BN yang terdiri daripada suku Sungai yang akan bertanding di beberapa kawasan tertentu dan diharap masyaraat suku Sungai di negeri ini agar memberikan sokongan seterusnya memberikan kemenangan besar terhadap calon-calon tersebut. Juhari menambah, sejak Barisan Nsional menerajui kerajaan negeri Sabah pada tahun 1994 sehingga sekarang, kebajikan masyarakat Sungai dan bangsa lain terus terpelihara. "Ini jelas membuktikan bahawa kerajaan BN di peringkat Negeri di bawah pucuk pimpinan Datuk Seri Musa Hj Aman dan juga di bawah kepimpinan peringkat kerajaan pusat, Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang tiada noktanya terus membela rakyat dalam pelbagai aspek," kata Juhari. Katanya lagi, mengenai manifesto ataupun akur janji yang dilancarkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri; 90 peratus rakyat yang ada di negara ini tidak kira Melayu, Cina, India, Iban termasuk KDM; telah menyokong sepenuhnya akur janti tersebut kerana membawa kebahagian kepada semua rakyat jelata yang bergelar Warganegara Malaysia. "Parti pembangkang seperti Pakatan Rakyat hanya pandai bercakap tapi tak serupa bikin terlalu banyak menabur pelbagai janji tetapi tidak menjadi realiti inilah kerja-kerja pembangkang yang suka menabur fitnah dan memaki hamun kafir mengkafirkan sesama sendiri, tetapi bukan semudah itu untuk meracuni buah fikiran rakyat," ujarnya. Dalam perkembangan berkaitan, bangsa Sungai di kawasan Kinabatangan 90 peratus mahukan Juhari Hj Janan sebagai calon Parlimen Kinabatangan pada PRU 13 untuk menggantikan tempat Datuk Bung Moktar Radin. Dilihat dari beberapa sudut, Juhari Janan memang layak dicalonkan jika pucuk pimpinan BN/UMNO memberi laluan untuk calon Parlimen kerana mengikut sumber yang boleh dipercayai; Juhari Janan adalah seorang aktivis masyarakat dalam aktiviti belia lebih 20 tahun yang lalu dan pernah mendapat gelaran daripada kerajaan Malaysia yang bergelar 'Tokoh Belia Negara'. |
You are subscribed to email updates from di kinabatangan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan