ads

Jumaat, 26 Julai 2013

10 di keningau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


rawatan darussyifa&#39; sabah <b>di keningau</b> - ABU NUHA CORNER

Posted: 03 Jul 2013 08:44 AM PDT

Abu Nuha Corner mengalu-alukan para pembaca :

1) Menghantar sebarang maklumat program atau aktiviti dakwah dan bukan berasaskan komersil khususnya sekitar Kota Kinabalu @ Pantai Barat Selatan dan Sabah amnya untuk dihebahkan di blog ini. Bahan yang bersesuaian, lengkap (seperti foto, banner dll) serta tepat akan dipaparkan di blog ini dalam tempoh tertentu.

2) Menghantar undangan untuk Abu Nuha atau rakan-rakan pendakwah sama ada JHEAINS atau Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) Sabah mengisi program dakwah di kawasan berdekatan dan bersesuaian sama ada di masjid, surau, jabatan kerajaan dan swasta dan sebagainya.

3) Menghantar undangan untuk Abu Nuha Corner membuat liputan sebarang aktiviti dakwah di lokasi yang berdekatan. Berikan maklumat lebih awal dan terperinci untuk memudahkan lokasi dikunjungi. Aktiviti yang bersesuaian akan dikongsikan untuk tatapan pembaca di blog ini.

4) Menghantar berita, laporan atau catatan aktiviti dakwah sekitar Sabah untuk dipaparkan di blog ini tanpa Abu Nuha Corner berkunjung ke lokasi berkenaan. Catatan yang menarik, lengkap dengan foto dan menepati citarasa Abu Nuha Corner akan dikongsikan bersama.

Contoh program @ aktiviti dakwah adalah seperti kelas pengajian agama, ceramah, kuliah, forum, kursus-kursus, seminar, majlis qurban, aqiqah, khatam al-Quran, pertemuan, ziarah hospital, muallaf atau ulama dan seumpamanya. Sama ada ia dianjurkan oleh masjid, surau, kampung, jabatan kerajaan, swasta, NGO, parti atau individu persendirian.

Hantar maklumat program berkenaan ke mesej Facebook Abu Nuha atau emel ke ma_alhafiz@yahoo.com. Sertakan nama pemberi maklumat atau urusetia dan nombor telefon untuk rujukan dan pertanyaan lanjut. Maklumkan juga sasaran audien (sama ada terbuka, tertutup atau ada umur tertentu). Maklumat yang lengkap dan paling penting MENEPATI CITARASA Abu Nuha Corner akan disiarkan. Mari kita bersama-sama menyebarkan maklumat dan aktiviti dakwah demi perkembangan Islam. Terima kasih.

Pengalaman <b>di</b> Sabah - <b>Keningau</b> dan Tambunan - memmetlenggeng

Posted: 23 Jul 2013 08:53 AM PDT


Ini adalah pengalaman pertama saya pergi Keningau. Saya pergi bersama-sama pegawai dari Sabah. Tidak banyak berhenti dan juga bukan pergi untuk bercuti. Maka pengalaman yang ada mungkin sedikit berbeza atau tidaklah membantu seratus peratus bagi mereka yang ingin bercuti di sini. Apapun saya tetap paparkan kalau-kalau ia masih membantu.

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa yang ada di Keningau. Memanglah dari mata kasarnya macam tidak banyak tempat untuk di lawat di sini, tetapi bagi saya, Sabah adalah sebuah negeri yang sangat kaya dengan alam semulajadi. Saya sangat suka dengan tempat-tempat yang hijau. Ada beberapa kawasan perlancongan di sini, tetapi lebih baik mencari banyak informasi dari Sabah Tourism dulu sebelum datang.







Pekan Keningau terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari Kota Kinabalu. Banjaran yang melintang di kawasan ini adalah bersambung dengan banjaran di gunung Kinabalu yang masyur itu. Ia dipanngil Banjaran Crocker. Terdapat sebuah kawasan peranginan di sini bagi peminat-peminat alam sekitar. Sumber utama ekonominya selain dari kayu balak, adalah pertanian. Saya dimaklumkan, ada penduduk mendapat rezeki dari tanah-tanah yang diteroka dan dibeli balaknya oleh tauke-tauke balak. Harga balak  sangat mahal di pasaran bergantung kepada jenis kayunya. Mungkin juga dari hasilan balak itu mereka memulakan projek pertanian. Antara kegiatan pertanian yang sangat terkenal di Keningau ialah kulit kayu manis. Selain itu ia turut terkenal dengan rusa payaunya (rusa liar).

Untuk sampai ke pekan Keningau terdapat dua jalan utama. Satu melalui papar-keningau (highway Kimanis-keningau) dan satu lagi melalui Tambunan. Semasa pergi kami melalui jalan papar keningau dan balik kami melalui Tambunan. Kedua-dua jalan agak ok dan tidak bermasalah, kecuali masalah-masalah kecil serta jalan yang berselekoh-selekoh. Ada bas ekpress dari Kota Kinabalu yang pergi ke Pekan keningau ini. Anda boleh juga menyewa kereta atau teksi.

Pekan Keningau

Pekan Keningau tidaklah besar sangat. tetapi ia boleh dikira sebagai sebuah bandar kecil juga. Sudah banyak kemajuan. Jangan fikir negeri Sabah ini negeri miskin yang penduduknya tinggal di atas pokok. Apa yang ada di K.K atau di semenanjung, terdapat juga di sini. Keluasannya mungkin kecil sedikit dari bandar Kajang tetapi ia mempunyai banyak hotel tempat untuk menginap, jadi anda tidak usah risau kalau datang ke sini.













Laluan lama ke K.K dari Keningau

Ini lagi satu pengalaman menarik. Pernahkan anda lalu di sebuah jalan yang digenangi air umpama banjir sepanjang masa? Anda lihatlah sendiri seperti gambar yang saya tempel di sini. Sebenarnya kawasan lawatan saya itu adalah di kampung Apin-Apin dalam daerah Keningau juga. Dari kampung ini terdapat sebatang jalan lama yang boleh tembus ke jalan raya Tambunan  menuju ke Kota-Kinabalu. Kata pegawai di sini, lama dulu, sebelum highway wujud, inilah laluan utama jika hendak ke Kota Kinabalu, penduduk tidak ada pilihan. Mula-mula sampai saya agak terpinga-pinga, betulkah laluan itu pernah jadi laluan utama ke Kota Kinabalu? Jalannya jalan tanah merah yang dikelilingi hutan. Apapun, sekarang sudah ada jalan utama, namun ia masih diguna pakai sebagai jalan short cut ke Tambunan. Saya suka dengan kawasan ini, terasa macam dalam filem-filem lama pula.












Pengalaman menarik - graviti terbalik di highway Kimanis-keningau

Diantara highway Kimanis-keningau, ada terdapat satu kawasan anti graviti. Anda berhentikan kereta disini, tarik hand break hingga berhenti dan kemudian lepaskan semula hand break itu, anda akan dapati kereta bergerak sendiri ke belakang seperti ditarik, sedangkan jalan ini adalah jalan rata, bukan menurun. Tidak logik ia boleh bergerak dengan laju sendiri kebelakang, tambahan pula kenderaan itu berat, macam kenderaan kami, Toyota Hilux. Kawasan ini di kilometer 28.2.

Sebenarnya fenomena ini sama seperti yang berlaku di satu tempat di Pulau Jeju Korea. Dari segi logiknya, ia mungkin terjadi di sebabkan medan magnet atau anti graviti yang berlaku. Tidak ada hantu yang menarik kenderaan itu dari belakang. Usah percaya kepada perkara tahyul. Saya sangat teruja, tak payahlah ke Pulau Jeju di korea. Negara kita pun ada banyak tempat menarik juga. (saya akan upload video di you tube kemudian)


Jalanraya Penampang-Tambunan

Saya tidak singgah di Pekan tambunan. Hanya lalu sahaja. Ia adalah sebuah pekan kecil dengan produk pertanian utamanya halia. Untuk sampai ke Tambunan dari K.K haruslah melalui jalanraya Penampang Tambunan. Jalannya tidaklah teruk, cuma ia mempunyai selekoh yang banyak. Pemandu saya kata, pegawai yang datang buat lawatan sebelum ini mabuk dan muntah-muntah ketika melalui jalan ini. Suami saya yang pernah ke Keningau juga beritahu dia dan kawannya mabuk di jalan ini. Tetapi lain pula dengan saya. Saya sangat excited. Ia adalah sebuah kawasan alam semula jadi yang masih terpelihara. Suasananya sangat sejuk, malah lebih sejuk dari Cameron Highland! Sepanjang jalan itu saya menyaksikan sungai-sungai yang indah dan pohon-pohon hijau yang menyegarkan. Kami langsung tidak buka air-cond (atas permintaan saya) dan membuka tingkap. Sejuknya...

Di beberapa kawasan di sepanjang jalan terdapat peniaga yang menjual sayur-sayuran. Mujurlah saya dari semenanjung, Kalau tinggal di sini memang sudah borong habis sayur-sayur itu. Untung juga kawasan ini tidak tercemar dengan kegiatan penarahan gunung seperti yang berlaku di Cameron Highland, jadi ia masih kekal segar dan menenangkan. Saya sangat teringin membawa anak-anak datang kemari. Tetapi ada satu perkara yang ingin diterangkan, di sini ramai penduduk beragama Kristian. Mereka membela banyak anjing sebagai haiwan kesayangan atau penjaga. Anjing-anjing berkeliaran di merata tempat seperti kucing. Hati-hati memandu, jangan sampai terlanggar.

Sepanjang melalui Jalanraya ini, terdapat beberapa tempat yang menarik boleh disinggahi. Ada taman rama-rama dan pusat penyelidikan Raflessia. Dikiri kanan juga banyak kawasan penanaman padi dan sungai-sungai mengalir indah belum tercemar.

















0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved