ads

Isnin, 3 Jun 2013

di negeri sabah - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

di negeri sabah - Google Blog Search


<b>DI</b> MANA DATUK SALLEH DALAM KABINET <b>NEGERI SABAH</b> 2013?

Posted: 10 May 2013 05:17 AM PDT

Senarai kabinet negeri Sabah yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan TYT negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin , petang tadi sangat-sangat memeranjatkan pemerhati politik Sabah. Situasi panik seketika itu berlaku berikutan dua situasi yang diluar jangkaan umum.
Pertama ialah senarai kabinet negeri Sabah pasca PRU13 ini tidak tersenarai ADUN USUKAN, YB Datuk Seri Dr. Salleh Tun Said yang sebelum ini disebut-sebut akan kembali menyertai kabinet Datuk Musa Aman setelah dicalonkan semula pada PRU 13 lepas dan mencatat majoriti besar di DUN USUKAN. Datuk Salleh adalah merupakan nama paling popular bersandarkan kedudukannya sebagai timbalan pengerusi Perhubungan negeri. Selain itu, Datuk Salleh juga dilihat antara yang paling kuat dan lantang mempertahankan kepimpinan Datuk Musa Aman tatkala menghadapi krisis kepercayaan dari parti-parti komponen BN Sabah terutama LDP. Datuk Salleh adalah antara bekas Ketua Menteri Sabah era sistem penggiliran dan juga mantan menteri Kewangan Sabah. Jika dilihat kepada pengalaman luas beliau dalam kabinet, adalah diluar jangkaan Datuk Salleh tidak dibawa masuk dalam kabinet negeri.
Kedua yang 'menggemparkan' senarai kabinet negeri Sabah 2013 ini ialah pengguguran timbalan menteri di jabatan ketua Menteri iaitu Datuk Nasir Tun Sakaran. pada PRU 13 yang lepas Datuk Nasir juga mencatat kemenangan majoriti besar di DUN SENALLANG.
Biasanya barisan kabinet yang dibentuk adalah mencerminkan satu teamwork yang boleh berkerjasama. Sayugia dingatkan bahawa pasukan kerja adalah sangat penting terutama berkaitan dengan kesetiaan dan kepatuhan kepada ketua.
KOTA KINABALU: Lima muka baru dilantik sebagai anggota Jemaah Menteri Sabah yang menerima watikah pelantikan dan mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri di sini hari ini.

Mereka ialah Datuk Teo Chee Kang, Datuk Radin Malleh, Datuk Siringan Gubat, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Datuk Jainab Ahmad Ayid.

Tan Sri Joseph Pairin Kitingan mendahului istiadat penyerahan watikah pelantikan dan angkat sumpah, diikuti Datuk Yahya Hussin dan Datuk Raymond Tan Shu Kiah.

Anggota Jemaah Menteri yang dikekalkan ialah Datuk Hajiji Mohd Noor dan Datuk Masidi Manjun.
Mereka mengangkat sumpah di hadapan Juhar disaksikan Hakim Mahkamah Tinggi P. Ravinthran.

Turun mengangkat sumpah ialah barisan pembantu menteri seramai 18 orang.

Sembilan muka baharu dilantik sebagai pembantu menteri ialah Datuk Arifin Mohd Arif, Masiung Banah, Datuk Ramlee Marahaban, Datuk Zakaria Idris, Datuk Joachim Gunsalam, Datuk Hamisa Samad, Datuk Nilwan Kabang, Datuk Kamarlin Ombi dan Anita Baranting.

Pembantu menteri yang dikekalkan ialah Datuk Edward Yong Oui Fah, Datuk Ellron Angin, Datuk Michael Asang, Datuk Bobbey Ahfang Suan, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar, Datuk Sirin Karno, Datuk Musbah Jamli, Datuk Bolkiah Ismail dan Pang Yuk Ming.

BN Sabah melakar kejayaan dalam pilihan raya umum ke-13 yang menyaksikan BN mengekalkan kuasa dengan majoriti dua pertiga, memperoleh 48 daripada 60 kerusi dalam Dewan Undangan Negeri manakala pembangkang memenangi 12 kerusi berbanding tiga pada 2008.

Berikutan itu Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mengangkat sumpah jawatan buat penggal keempat Isnin lepas.

Turut hadir pada majlis itu ialah isteri Yang Dipertua Negeri Toh Puan Norlidah RMJasnidan Musa serta isteri Datin Seri Faridah Tusin.

Kunjungan Hormat kepada TYT Yang <b>Di</b>-Pertua <b>Negeri Sabah</b> <b>...</b>

Posted: 01 May 2013 04:06 AM PDT

gambar-group-kunjungan-tyt-latestPersatuan Seni Silat Cekak Negeri Sabah telah mengadakan kunjungan kehormat mengadap Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah pada 30 April 2013.

Tujuan kunjungan hormat tersebut ialah bagi memaklumkan berkenaan dengan Majlis Makan Malam Amal yang dijangka akan diadakan pada 26 Oktober 2013 di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu, Sabah.

YM Syeikh Dr. Hj Md Radzi Hj Hanafi Al-Qadahi berbual-bual dengan TYTRombongan telah diketuai oleh YM Syeikh Dr. Hj Md Radzi Hj Hanafi Al-Qadahi yang merupakan Guru Utama dan Presiden Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia telah turut disertai oleh seramai 8 pemimpin-pemimpin kanan persatuan sama ada di peringkat negeri mahupun kebangsaan dan turut disertai oleh 2 orang srikandi sebagai tanda penghargaan atas penghormatan yang diberikan.  Antara pemimpin-pemimpin tersebut ialah Setiausaha Agung Persekutuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi Malaysia iaitu Encik Amin Zainul di peringkat negeri pula disertai oleh Tn Haji Amrullah Kassim selaku penasihat, Tn Haji Awang Masri Kefli selaku YDP, En. Syafiq Abdullah selaku Naib YDP, Tn Haji Sulaiman Asri, TJ, Puan Zaiton Jaineh, Puan Hani Sandra.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved