ads

Rabu, 12 Jun 2013

10 di semporna - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di semporna - Google Blog Search


Letupan <b>Di</b> Kampung Air <b>Semporna</b> Tiada Kaitan <b>...</b> - Mountdweller

Posted: 12 Jun 2013 03:37 AM PDT

Published: Rabu Jun 12, 2013 MYT 6:04:00 PM
Updated: Rabu Jun 12, 2013 MYT 6:05:50 PM
KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib menolak dakwaan insiden letupan yang mengakibatkan seorang warga Pakistan maut di Kampung Air, Semporna pada Selasa mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.
"Siasatan tidak menunjukkan apa-apa unsur berkaitan dengan pengganas," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini, Rabu.
Beliau berkata, mangsa mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah dan telah menetap di Sabah dalam tempoh kurang dari setahun dan menjalankan perniagaan di Semporna secara sambilan.
Dalam insiden kira-kira 4.20 pagi Selasa, Attaulah Hukmat Khan, 35, maut manakala empat rakan senegara yang berusia antara 22 hingga 50 tahun tidak cedera.
Sementara itu, Hamza berkata, jumlah tangkapan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) setakat ini adalah seramai 132orang.
"Ada yang telah dibebaskan...ada yang telah dirujuk kepada pihak imigresen. Walau bagaimanapun ada yang dituduh dan dibicarakan, setakat ini masih belumdijatuhkan hukuman kerana kes tersebut masih dalam proses pendengaran," katanya.
Terdahulu, Hamza menyerahkan cek Skim Pampasan Ex-Gratia bernilai RM1,347 kepada balu Wira Negara yang terkorban dalam serangan hendap kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, Allahyarham Sarjan Mejar Baharin Hamit, Sumiati Suarah, 51.
Menurutnya, sumbangan itu diberikan kepada anggota keluarga polis yang terkorban semasa Operasi Daulat termasuk melibatkan kecederaan dan kematian semasa menjalankan tugas rasmi.
Beliau berkata, agihan pembayaran sumbangan itu akan diberikan secara bulanan sehingga anak-anak mencapai umur 21 tahun berbanding sebelum ini diberikan bayaran sekali gus.
Terdahulu ketika berucap, Hamza berkata Polis Diraja Malaysia telah meluluskan bayaran Ex-Gratia Bencana Kerja bagi anggota polis yang terkorban dalam Ops Daulat dan bayaran diberikan kepada waris mereka. - mStar

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved