10 di sandakan - Google Blog Search |
17 majikan <b>di Sandakan</b> tidak daftar pekerja: Perkeso ABN News | BM Posted: 17 Jun 2013 09:11 PM PDT SANDAKAN – Seramai 17 majikan di sekitar daerah ini dikesan tidak mendaftarkan pekerja mereka dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam tempoh lima bulan pertama, tahun ini. Pengurus Pejabat Perkeso Sandakan, Joseph Immanuel berkata, daripada jumlah itu, 12 majikan didakwa di mahkamah manakala lima dikenakan kompaun mengikut Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Beliau berkata demikian dalam teks ucapan pada perasmian Seminar Seranta di sini hari ini yang dibacakan Pegawai Eksekutif Pejabat Perkeso Sandakan Sahriah Sennawing. Menurut Joseph, akta tersebut memperuntukkan setiap majikan yang menggaji seorang atau lebih pekerja, perlu mendaftar dengan Perkeso. Katanya, majikan yang disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan hukuman maksimum penjara dua tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali. Beliau berkata, terdapat seramai 9,709 majikan berdaftar dengan Perkeso di tiga daerah termasuk Sandakan, Beluran dan Kinabatangan membabitkan sejumlah 100,788 pekerja dalam pelbagai sektor. Seminar sehari itu, bertujuan memberi pendedahan mengenai peranan dan faedah Perkeso serta perubahan Akta Keselamatan Sosial 1969 dan Peraturan-Peraturan (Am) Keselamatan Sosial Perkeso 1971. – Bernama |
You are subscribed to email updates from di sandakan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan