ads

Selasa, 18 Jun 2013

10 di papar - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di papar - Google Blog Search


Saman Halim Saad bakal <b>papar</b> kebejatan kronisme | Dr. Dzul&#39;s Blog

Posted: 18 Jun 2013 08:46 PM PDT

1. Saman jutawan Tan Sri Halim Saad terhadap tiga pihak  defenden; kerajaan  Malaysia, Khazanah Nasional Berhad dan Tan Sri Nor Mohamad Yaakop bakal mendedahkan pelbagai hakikat 'kebejatan tadbir-urus korporat' yang kerap didakwa pihak pembangkang dari era pentadbiran Tun Dr Mahathir dan dasar ekonominya sebagai Mahathirnomics!
2. Andainya kes ini tidak dipaksa mengikuti 'penyelesaian di luar mahkamah' seperti seorang lagi korporat Melayu Tan Sri Tajuddin Ramli, rakyat akan berpeluang mendapat 'pencerahan minda' tentang tata-kelola 'Corporate Malaysia' dan fenomena "Political Business" atau "Perniagaan Politik"– sebuah 'dunia perniagaan korporat' yang terhindar daripada pengetahuan orang Melayu teramai khasnya dan rakyat amnya.
3. Hanya segelintir 'Melayu-Umnoputera' yang 'bertuah' (privileged) – satu 'class' yang mendapat 'patronage' (penaungan) daripada perlaksanaan polisi ini dalam 'gelombang penswastaan mega' Mahathirnomics. Kepercayaan Tun Mahathir terhadap penjanaan kekayaan (Wealth Creation) melalui metodologi ini yakni Pasaran Saham (Equity Market) dan 'Pemilikan Saham Korporat' (Corporate Equity) bagi mencipta 'satu kelas kapitalis Melayu yang super-kaya' adalah sangat jelas. Hampir-hampir Mahathirnomics adalah sinonim dengan 'kelas Kapitalis Melayu super-rich' itu.
4. Mengapa Halim Saad memilih tarikh 27 April 2013, tiga hari sebelum pembubaran Dewan Rakyat tidak sukar untuk diselami. Namun, hanya Halim Saad sahaja yang tahu jawapan setepatnya kepada 'soalan-RM1 bilion' ini. Penulis bersedia memberi 'bacaan'nya tetapi itu bukanlah matlamat penulisan ini.
5. Apa tujuan penulisan ini? Tujuannya ialah 'Pencerahan minda' rakyat supaya tabiat buruk ini tidak diulangi, sama ada 'pemangsaan' sesama kelompok mereka sendiri atau lebih penting lagi bagaimana kekayaan negara berakhir dalam pemilikan  parti pemerintah dalam amalan 'Kapitalisme Kroni' atau 'Crony Capitalism'. 'Nominee' atau 'Penama' yang mendapat 'naungan' atau 'patronage' penguasa politik adalah 'pemegang amanah' parti-parti tersebut. Barisan Nasional sudah terlalu selesa dengan cara begini hingga lahirlah contoh-contoh seperti Fleet Holding milik Umno, Multi-Purpose Holding milik MCA dan Maika Holding milik MIC.
6. Kapitalisme Kroni or 'Crony Capitalism' adalah satu fenomena yang tidak asing dalam bidang ilmu 'Political Economy' atau lebih khusus lagi dalam "Political Business". Di Malaysia, tokoh-tokoh akademik yang telah menumpu bidang ini antara lainya ialah Profesor Jomo Sundram dan Profesor Terrence Gomez. Mereka menghasil puluhan buku dan terbitan akademik yang sangat kritis terhadap 'amalan sumbang' (incestuous relationship) antara penguasa politik dan segelintir elit bisnes khasnya sejak era Tun Mahathir sehingga mempopularkan istilah 'Mahathirnomics'.
7. Halim Saad adalah contoh 'nominee' Umno seperti ditegaskan Tun Mahathir sendiri dalam penjelasannya. Walaubagimana pun atas ukuran dan tuntutan keadilan, wajarkah beliau diperlakukan seperti yang bakal kita perincikan ini, tidak juga sesuatu yang mudah untuk kita hukumi. Aspek ini memerlukan wacana dan penelitian yang lebih mendalam dan sekarang ini telah menjadi kes tumpuan di mahkamah. Meskipun Halim berhutang sejumlah RM26 bilion pada kemuncak Krisis Kewangan Asia 1997 itu dan RM13 bilion selepas bayaran sebahagian dibuat, aset Renong-UEM masih punya nilai pasaran yang tinggi. Plus Expressway sahaja di bawah UEM berjaya menjana terbitan RM30 bilion dalam bentuk sukuk dan Prolink Sdn Bhd contohnya yang dimiliki Renong, mempunyai 'land bank' 25,000 ekar tanah di Johor yang kini adalah Iskandar Malaysia.  Anggaran nilai pasaran melebihi RM21 bilion. Maka tidak mudah juga untuk kita persalahkan hanya 'kroni-kroni' Umno ini sahaja tentunya.
8.  Sejauh mana Halim Saad seorang akauntan asalnya, turut menambah nilai aset Renong-UEM adalah satu pertikaian yang tidak akan berkesudahan. Penulis 'tawakuf' dalam membuat hukuman dari segi ini. Betul lah dia 'kroni' tetapi bayangkan kalau dia tidak 'kroni' dan tidak pula dia perlu bersaing dalam kancah yang sarat amalan 'kronisme'. Itulah jenayah Mahathirnomics – yang tidak pernah memberikan 'padang yang sama-rata' untuk melahirkan 'local champions' kepada semua. Yang 'dinaunginya' pun dia 'pancung' juga apabila bertembung kepentingan.
9. Tegasnya kesimpulan tema : Perbalahan atau 'perang korporat' di antara penguasa politik-pemimpin parti yang 'memangsakan' kroninya sendiri. Renong dan UEM sebagai satu "Kumpulan", pada kemuncak kejayaan mereka, memilikki 9 lagi syarikat awam (PLCs). Struktur ekuiti juga tidak mudah dirungkaikan. Sementara UEM memilikki 32.5% ekuiti dalam Renong Berhad, UEM pula dimilikki 37.1% oleh Renong Berhad (yakni pegangan saham bersilang atau cross-holding). Tan Sri Halim Saad sendiri memilikki 16.5% ekuiti Renong sekali gus menjadi pemilik utama ke atas 'Kumpulan' konglomerat ini.
10. Sebagai kesimpulan kes, Halim Saad telah mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan bagi menuntut penyelesaian pembayaran sebanyak RM1.3 bilion yang didakwanya adalah baki dari tawaran kepadanya sebagai 'galakan' (inducement) supaya beliau melepaskan seluruh pegangannya dalam Renong Berhad dan United Engineers Motor (UEM) dan menjual 'Kumpulannya' ini kepada Khazanah pada tahun 2001.
11. Halim Saad mendakwa pengambilalihan Khazanah ke atas Renong dan UEM itu berlaku dengan kerelaan beliau kerana beliau dijanjikan akan mendapat beberapa bayaran antara lainnya: i. RM1.3 bilion yakni RM325 juta akan dibayar secara tunai dan RM325 juta dalam bentuk 'cash equivalent' dan bakinya RM650 juta dalam bentuk tanah 'Prolink Development' yang kini adalah Iskandar Malaysia ii. Khazanah akan membeli saham Halim sebanyak 16% blok dalam Renong dengan harga RM1.25 sesaham berjumlah RM485 juta. iii. Sebuah syarikat alam sekitar bernama Kualiti Alam Sdn Bhd akan dipindahmilikkan kepada Halim Saad bernilai RM1.805 juta
12. Kini setelah 12 tahun menantikan bayaran bakinya, Halim mengesahkan beliau telah tertipu untuk melakukan sedemikian atau 'fraudulently induced' dengan pihak defenden tidak punya niat untuk membayar keseluruhan tawaran tersebut. Sehingga ke saat penulisan ini, Halim menyatakan mendapat bayaran sebanyak RM165 juta sahaja…….….sambung baca di sini…

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved