ads

Rabu, 12 Jun 2013

10 di lahad datu - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di lahad datu - Google Blog Search


Berita <b>Lahad Datu</b> Anwar Ibrahim (SULU)? | Berita Semasa

Posted: 03 Mar 2013 06:09 PM PST

berita lahad datu

Berita Lahad Datu : Jikalau sebelum ini Ketua Pembangkang Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim seringkali dikaitkan dengan pelbagai agen. Dikaitkan sebagai "Agen CIA, Agen Yahudi, agen Kristian, agen India, agen Israel, agen Amerika, agen Cina".

Terbaru, krisis pencerobohan di Lahad Datu, Sabah juga dikatakan ada kaitan dengan Anwar Ibrahim juga yang didakwa sebagai "agen Sulu"…..Anwar Ibrahim adalah penyebabnya :

berita lahad datu

Berita Lahad Datu : Laporan Berita Mengaitkan Anwar Ibrahim Dalam Pencerobohan Lahad Datu Sabah?

Isu Najib Lahad Datu Sabah

Walaupun semalam 3 Mac 2013, aktiviti dan aturcara Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak agak padat juga dengan pelancaran "Jelajah Janji Ditepati" di kompleks Sukan Stadium Kangar, Perlis dan juga pertemuan dengan Raja Perlis Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau, Perlis.

Tetapi, Datuk Seri Najib mengikuti dengan cukup dekat laporan berita Lahad Datu yang mengaitkan penglibatan Anwar ibrahim dalam krisis pencerobohan Lahad Datu sabah ini dan Datuk Najib mahukan siasatan terus dilakukan serta-merta :

Berita Lahad Datu : Malaysia-Filipina Siasat Penglibatan Pembangkang

KANGAR (berita Lahad Datu): Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, sahkan jawatankuasa siasatan khas diwujudkan Malaysia dan Filipina untuk menyiasat dakwaan pembabitan pembangkang dalam kes pencerobohan di Lahad Datu.

Beliau berkata, siasatan itu dijalankan secara berasingan kedua-dua pihak kerana Malaysia dan Filipina sama-sama mahukan kepastian dalam dakwaan itu yang dianggap sebagai serius.

Sementara itu, Perdana Menteri turut memuji tindakan berani penduduk kampung di Semporna yang menumpaskan seorang penceroboh yang dianggap beliau bukti penduduk setempat tidak bersetuju dengan kes pencerobohan di Lahad Datu.

Sumber : Berita Harian

berita lahad datu

Melihatkan berita Lahad Datu yang terkini ini pada pandangan kami, jikalau mahu dilakukan siasatan-siatan seperti ini lakukanlah selepas selesai krisis pencerobohan pengganas di Lahad Datu Sabah ini. Yang paling penting sebenarnya dan perlu diutamakan sekarang ini adalah keselamatan rakyat Sabah amnya serta kedaulatan negara yang begitu mudah diceroboh oleh penceroboh tentera SULU ini di Sabah.

"Keselamatan rakyat Sabah sekarang adalah lebih penting"

Sekarang ini pengganas yang merupakan tentera Sulu semakin mengganas. Semakin ramai anggota keselamatan kita yang terbunuh.

"Selesaikan hal yang lebih mustahak terlebih dahulu."

Andaikata benarlah seperti didakwa di mana Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang terlibat sama sehingga menjadi punca pencerobohan di Lahad Datu Sabah sekalipun. Adakah siasatan segera boleh menyelesaikan krisis pencerobohan Lahad Datu Sabah ini dengan cepat? Adakah keadaan akan kembali reda sedangkan penceroboh semakin mara melakukan kekacauan di sana?

Kami merasakan jika krisis ini berjaya diselesaikan dan kemudiannya samada mahu tubuhkan suruhanjaya siasatan, inkues, post mortem, mahu menjalankan siasatan kepada Anwar Ibrahim terpulang….

Sebenarnya, kami merasakan rakyat Malaysia umumnya dan rakyat Sabah amnya perlukan ahli politik berhenti menyalahkan antara satu sama lain dan menuduh antara satu sama lain menghasut serangan ini. Sekarang ini bukan masa yang sesuai untuk berbalah sebaliknya sama-sama kita bersatu tidak kira apa fahaman dan idelogi kita sekalipun semata-mata mahu melawan musuh bersama. Bukannya berbalah dan saling menyalahkan sesama sendiri.

  1. Untuk bincangkan apakah punca yang sebenarnya, masanya akan tiba juga
  2. Untuk menyiasat di mana silapnya pertahanan negara kita terutamanya di Sabah juga, masanya akan tiba
  3. Untuk menyalahkan dan mendedahkan pengkhianat sebenar juga, masanya akan tiba

berita lahad datu sabah

Hakikatnya sekarang ini bukanlah waktu yang sesuai untuk berbuat begitu. Perbuatan tuding-menuding sesama sendiri tidak membina dan tidak membantu pasukan keselamatan kita melakukan kerja mereka mempertahankan negara daripada sekarangan musuh. Sekarang ini, paling pentingnya menamatkan segera pertumphan darah di Sabah dengan militan Filipina yang terng-terang telah mencabar dan mencabul kedaulatan wilayah  dan undang-undang negara kita. Kita perlu untuk mendapatkan kembali keamanan dan keselamatan.

Jadi sekarang masanya untuk melakukan tindakan. Halau militan terlebih dahulu atau tahan mereka dan hadapkan dengan undang-undang Malaysia.

P/S : Yang kami peliknya bagaimana penceroboh dan pengganas ini boleh mendapat IC? Ini yang kami musykilkan sebenarnya. Adakah mereka ini serpihan daripada kumpulan projek (DI SINI).

PP/S : Harapan kami, kita semua baik pemimpin atasan harus pastikan pengorbanan anggota keselamatan yang telah dilatih untuk bertempur dan menjaga keselamatan serta kedaulatan negara "tidak sia-sia". Sekarang ini bukan waktu & tempoh sesuai untuk rundingan dan berlembut lagi….

PPP/S : Sama-sama kita doakan anggota keselamatan diberikan terus kekuatan untuk bertempur dengan militan Filipina sekarang ini supaya berita Lahad Datu yang tidak enak untuk didengar termasuk kematian rakyat Sabah & anggota keselamatan tidak kedengaran….


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved