ads

Rabu, 5 Jun 2013

10 di keningau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di keningau - Google Blog Search


ulangtahun keuskupan <b>keningau</b> ke 20 <b>di</b> st. yohanes pembaptis <b>...</b>

Posted: 05 May 2013 07:33 PM PDT

SIPITANG – Pada 4 Mei 2013, Keuskupan Keningau telah menyambut Ulangtahun penubuhan Keuskupan yang ke-20 bertempat di Gereja St. Yohanes Pembaptis, Sipitang. Misa Kudus dimulakan pada jam 10 pagi dengan perarakan para paderi masuk ke dalam Gereja dengan diiringi oleh 20 orang penari sumazau yang melambangkan 20 tahun penubuhan Keuskupan Keningau, 20 tahun pentahbisan Uskup Cornelius Piong, peringatan 20 tahun penerbitan Katekismus Gereja Katolik, genap usia 20 tahun bangunan gereja st. Yohanes Pembaptis Sipitang dibina dan simbolik 20 org paderi yg melayani di Keuskupan keningau. Misa Kudus pada hari tersebut dipimpin oleh Bapa Uskup Cornelius Piong dan juga dihadiri oleh Uskup Agung Kota Kinabalu iaitu Uskup John Wong serta Uskup daripada Keuskupan Sandakan iaitu Uskup Julius Gitom.

Dalam homilinya, Bapa Uskup Cornelius Piong menyatakan " Dalam kesempatan rahmat ini, kita juga dengan rendah hati memohon agar bimbingan dan dorongan kuasa Roh Kudus menguasai perjalanan iman kita lebih-lebih kearah pemantapan iman yang kita cita-citakan sempena tahun iman ini dan kita menggunakan tema bagi kita di Keuskupan Keningau iaitu " Pemantapan Iman Umat Allah Komited Bersaksi bagi Kerajaan Allah.". Kita semua tentu menyedari perlunya dan mendesaknya supaya kita sentiasa beriman kristiani yang mantap agar kita tidak mudah terpedaya dan menjadi mangsa kepada ajaran-ajaran anti Kristus dan pengaruh-pengaruh budaya bunuh atau 'cultural death'. Dalam dunia era globalisasi ini, kita perlu membangun iman yang mantap. Dengan kemajuan dan kecanggihan teknologi hari ini, zaman ini kita murid-murid Yesus perlu sentiasa dikuasai oleh kebijaksanaan Roh Kudus supaya sentiasa bijaksana dalam membuat pertimbangan dan pilihan supaya apabila berhadapan dengan hal-hal yang melibatkan antara melihat dan mengikuti Yesus atau menyangkal dan meninggalkan Dia. Dalam menyambut tahun iman, kita diingatkan tentang 'Evangelisasi' iaitu peranan setiap kita memperkenal dan menghadirkan Yesus kepada sesama manusia kita supaya dia dikenali, dikasihi dan dilayani. Tanpa kesatuan yang akrab kita dengan Yesus; Identiti, misi dan destinasi hidup kristiani kita tidak akan pernah jelas. Apa lagi bila berhadapan dengan pengaruh-pengaruh kuat yang mengaburkan perjalanan iman kita ini. Sempena merayakan UTK 20 ini, marilah kita membaharui dan memantapkan komitmen Kristiani kita agar kita sentiasa berbangga dengan identiti, misi dan destinasi kita selaku murid-murid Yesus.

Selepas doa penutup, acara diteruskan dengan sesi ucapan yang disampaikan oleh pengerusi pelaksana iaitu Sdra. Romanus Piong. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan UTK ke 20 ini dan percaya kerjasama yang diberikan oleh semua pihak seperti para AJK Team pelaksana UTK 20, Paderi Paroki Fr. Lazarus Uhin, sisters dan umat telah membawa kesatuan yang teguh. Beliau juga mengucapkan selamat datang kepada yang jauh dan dekat. Dalam kesempatan itu juga, beliau mengungkapkan rasa syukur dan terima kasih kepada Bapa Uskup atas keprihatinan beliau dalam membantu pihak paroki mengubahsuai dewan paroki hingga siap sepenuhnya dan berjanji akan menjaga dewan ini dengan baik.

Seterusnya ucapan perasmian oleh Yang Mulia Bapa Uskup Cornelius Piong. Dalam ucapannya, Bapa uskup bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak kerana dapat menjalankan peranan masing-masing untuk merayakan ulangtahun ini dengan semua umat yang melayani. Beliau menyatakan bahawa, sempena UTK 20 ini, atas bisikan dan dorongan Tuhan, satu mesej yang sangat-sangat kuat beliau rasa adalah, tentang 'kesatuan' lebih-lebih lagi dalam tahun iman, apapun program yang kita adakan sama ada di peringkat keluarga, KKD, KUK, Zon, Paroki atau Mission haruslah kita sama-sama sedari pentingnya kesatuan kita dengan peribadi Yesus. Bapa Uskup juga mengumumkan bahawa Tuan Rumah bagi perayaan UTK ke 21 pada tahun hadapan ialah bertempat di Paroki St. Theresa, Tambunan dan disambut dengan tepukan sorakan oleh semua umat.

Setelah itu, Bapa Uskup memalu gong sebanyak 3 kali sebagai tanda rasminya perayaan UTK-20 dan seterusnya upacara peenyerahan panji kepada tuan Rumah UTK ke 21 pada tahun 2014 disusuli dengan sesi bergambar bersama Para paderi, Para pengerusi MPP dan AJK team pelaksana UTK20.

Acara seterusnya dilanjutkan di Dewan Paroki di mana dimulakan dengan upacara pemberkatan dan perasmian Dewan Paroki oleh Bapa Uskup Cornelius Piong dengan gimik perasmian iaitu dengan melepaskan 20 biji belon ke udara dan memotong reben di pintu masuk. Dewan paroki yang telah siap sepenuhnya ini dinamakan "Dewan Paroki Pope John Paul II". Acara diteruskan dengan doa makan oleh Bishop Julius Gitom. Seterusnya acara pemotongan kek dan gimik perasmian iaitu menampi padi ke dalam bakul oleh tiga org Uskup dan persembahan koir pembukaan oleh KBK St. Yohanes Pembaptis, Sipitang. Majlis diteruskan dengan acara pemberian cenderakenangan daripada tuan rumah kepada para paderi dan pengerusi2 MPP/MPM serta pemberian kasih kepada Bapa Uskup oleh setiap MPP/MPM.

Persembahan pentas daripada setiap paroki/mission diteruskan dengan pelbagai persembahan seperti koir, tarian sumayau tatana, tarian mangunatip, tarian rebana, nyanyian solo dan duet serta lagu-lagu tajaan yang diselangselikan dengan cabutan tiket bertuah.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved