PESONA: Allergic Masuk KFC Siap 2 Perkara <b>Di Keningau</b>. Posted: 01 Apr 2013 02:52 AM PDT Kadang ada kala terjerat dengan promosi hebat pada banner iklan yang gah terpampang di kawasan bulatan di Jalan Masak Keningau. Harga promosi RM 5.95 sen bagaikan mengajak untuk cepat datang ke permis itu. Pastinya hendak melayan selera yang tidak pernah nak puas ini. Kemudian menyatakan cadangan rancangan dan keinginan untuk membawa anak-anak ke permis itu. " Lapar lah..dah jam duabelas tengahari ni, kita singgah KFC lah, baru balik ke rumah.!" Inilah ajakan saya kepada anak-anak saya yang masa tu lima orang ikut ke pekan Keningau. " Tak mahu..bagus balik terus ke rumah, mama dan masak tu.." Ini kata-kata anak ke empat ( lelaki ) " Ala ayah mahu bawa ke KFC, marilah kita ke sana ...bukan selalu, kan ayah ajak tu.." Ini pula kata-kata anak perempuan yang keduadan anak ketiga. " Tak mahu..bagus ayah bawa ke restoran yang ada juadah nasi banyak lauk pilihan..kenyang lagi.." Agak tegas suara ini, saya fikir ada benarnya kata-kata anak ke empat. Kebetulan memang perut agak lapar kerana lama melayan anak-anak bawa saya pergi membeli keperluan di Servy Keningau dan di kedai buku Evegreen Keningau. Sesuai sangat makan nasi dengan lauk dan sayuran. Elok juga dilayan kehendak anak ke empat. Lastly bawa mereka ke Restoran Nurjana..memang banyak pilihan lauk pauk di restoran tu dan kalau tahap kebersihan restoran ni mempunyai kad A. Anak-anak makan pun selesa dan puas memilih lauk mana hendak di makan masa itu. Bila saya tanya, anak ke empat, dia benar-benar allergic kalau sebut KFC. Sebab itu dalam gambar kami di KFC ni tiada dia, tak mahu ikut walhal mama bagi green light nak ke KFC masa itu sekali sekala kan apa salahnya, niat nak bahagiakan anak-anak. Bukan selalu, kadang dua bulan baru sekali ke KFC. Apapun saya sayang semua anak-anak saya, yang punyai citarasa berbagai tu. Alahai anak.....)) Bolehlah menggugat selera..anak ke 4 tak ikut ke KFC..tak ada dia sini.. ini awal bulan Feb 2013... Tengoklah mama sampai tak sedar diambil gambar..entah apa pula yang dipandang oleh yag berbaju biru.. macam ada sesuatu ja.. nampak tak besarnya banner IKLAN RM 5.95 sen. ..jangan lupa lihat juga kayu manis tu.. Simbol di round about menuju ke Jalan Masak Keningau... Perkara 1. Permis baru KFC ke 2 di Keningau.. baru awal Feb 2013 dibuka.. Ada juga masuk dah sekali ke sini.. KFC dua tingkat..nampak pemandangan Kg. Masjid Keningau dan Padang Keningau.. Perkara 2. Deretan pintu-pintu kedai bangunan baru di Keningau..yang uniknya bangunan ini panjang hingga ke round about Jalan Masak Keningau.. Agaknya siapalah yang bertuah akan memiliki Nak tengok juga apakah jualan mereka.. Menurut yang saya dengar akan ada jualan kraftangan kat sini.. Tunggu dan lihat ja lah kan.. Masa ini belum ada yang dibuka atau digunakan.. semua pintu masih tertutup. Keningau kini..amat membangun.. Inilah anak ke 4 etuza yg tak suka KFC..harap tak marah dia..)) |
0 ulasan:
Catat Ulasan