di negeri sabah - Google Blog Search |
Kunjungan Hormat kepada TYT Yang <b>Di</b>-Pertua <b>Negeri Sabah</b> <b>...</b> Posted: 01 May 2013 04:06 AM PDT
Tujuan kunjungan hormat tersebut ialah bagi memaklumkan berkenaan dengan Majlis Makan Malam Amal yang dijangka akan diadakan pada 26 Oktober 2013 di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu, Sabah.
|
Program Sastera <b>Di</b> Sekolah Sempena Bulan Bahasa <b>Negeri Sabah</b> <b>...</b> Posted: 17 Apr 2013 06:49 AM PDT Pada 11 April 2013 (Khamis) yang lalu, SMKA Mohamad Ali Ranau telah menghantar 10 orang pelajar ke Sayembara Menulis Cerpen dalam Program Sastera Di Sekolah Sempena Bulan Bahasa Negeri Sabah. Antara pengisian program ialah Bengkel Menulis Cerpen yang disampaikan oleh penulis yang tidak asing lagi di Negeri Sabah iaitu Yang Dipertua Badan Bahasa Sabah, En. Jasni Matlani. Bengkel Menggarap Puisi turut disampaikan oleh Cikgu Ramli AR juga seorang penulis Sabah yang terkenal. Dalam bengkel ini banyak input yang menarik dan sangat berguna telah disampaikan oleh kedua-dua penulis. Pelajar yang dipilih mengikuti bengkel ini pula rata-rata pelajar yang amat berminat dalam bidang penulisan dan telah menghantar karya masing-masing untuk dipertandingkan. Dalam pertandingan menulis cerpen ini, enam hadiah telah disediakan iaitu tiga hadiah utama dan tiga lagi hadiah saguhati berupa wang tunai dan sijil. Syabas dan tahniah kepada semua pelajar SMKA Mohamad Ali yang menyertai program ini kerana lima daripada hadiah ini telah dimenangi oleh mereka. Hanya tempat kedua sahaja yang dimenangi oleh pelajar dari SMK Paduka Mat Salleh. Tahniah kepada semua calon sekolah yang menang. |
You are subscribed to email updates from di negeri sabah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan