10 di tuaran - Google Blog Search |
PRU13: Ansari tak tanding, tapi anak gadisnya bertanding <b>di Tuaran</b> Posted: 20 Apr 2013 09:47 AM PDT Persoalan sama ada Ketua Cabang PKR Tuaran Ansari Abdullah akan membuat kejutan dengan bertanding atas tiket bebas atau parti lain akhirnya terjawab pagi tadi setelah beliau tidak menghantar borang pencalonan ketika proses penamaan calon. Sebaliknya, anaknya, Erveana Ansari yang juga naib ketua AMK yang bertanding sebagai calon bebas bagi merebut jawatan ahli parlimen kawasan tersebut. Isu pencalonan Ansari sebagai calon PKR di Tuaran menjadi hangat baru-baru ini setelah beliau diketepikan daripada menjadi calon. Malahan, daripada tujuh nama yang dikemukan beliau, hanya seorang yang terpilih iaitu Jonathan Yassin yang akan bertanding di parlimen Ranau. Pada pilihan raya 2004 dahulu, Ansari telah memperoleh 8,555 undi walaupun tewas kepada pencabar beliau ketika itu, Datuk Wilfred Madius Tangau. Bagaimanapun, tindakan anak gadisnya itu bertanding dilihat oleh sesetengah pihak akan memecahkan undi PKR, kerana pengaruh Ansari. Empat orang diumumkan sebagai calon bertanding bagi merebut parlimen Tuaran. Mereka ialah Datuk Wilfred Madius Tangau dari Barisan Nasional (Upko), Datuk Seri Panglima Mojilip Bumburing@Wilfred (PKR), Samin @ Jasmin Dulin (Star) dan Erveana (Bebas). |
You are subscribed to email updates from di tuaran - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan