ads

Ahad, 26 Mei 2013

10 di sandakan - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sandakan - Google Blog Search


sabahkini.net: BEKALAN DIESEL MERUNCING <b>DI SANDAKAN</b>

Posted: 23 Apr 2013 01:10 AM PDT



MERAYU UNDI......Au Calon BN DUN Elopura bersama rombongannya merayu undi daripada pengundi Elopura di Pasar.
ELOPURA : Penyandang Kerusi DUN Elopura, Au Kam Wah berkata pegawai yang gagal menangani masalah ketiadaan minyak Diesel di stesen-stesen minyak di seluruh Sandakan perlu diambil tindakan tegas.
Au berkata kepada Sabahkini.Net sejurus selepas beliau membuat pertanyaan di Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguaan (PPDNKK) Sandakan di Wisma Persekutuan mengenai fenomena tersebut  dekat sini, kelmarin.
Au yang juga Calon Barisan Nasional (BN) bagi Kawasan DUN  Elopura semasa beliau turun padang untuk meraih undi beliau banyak menerima aduan dan rungutan daripada pengguna mengenai kekurangan bekalan minyak diesel di mana-mana  juga stesen minyak berkenaan
Au berkata, orang awam dihadkan untuk mengisi minyak dari RM10 hingga RM50 bergantung pada stesen minyak masing-masing sehingga ada sesetengah stesen minyak kehabisan minyak diesel pada waktu tengahari.
"Minyak Diesel adalah merupakan barang kawalan sepatutnya masalah sebegini tidak akan berlaku di stesen-stesen minyak tertentu," katanya.
Menurut Au, kemelut minyak diesel ini hanya berlaku di Sandakan sahaja pada pertengahan bulan selama 2 bulan ini. Masalah ini pasti ada masalah atau kemungkinan ada agenda tersirat dan insiden sebegini tidak boleh dipandang remeh.
Au menambah kata  masalah ini timbul kerana pegawai yang tidak bertanggungjawab dan gagal melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan Pegawai yang berkenaan perlu memberi penjelasan dan menangani masalah ini dengan segera.
"Sekiranya gagal berbuat demikian, maka pegawai bertanggung jawab yang terbabit dalam perkara ini harus diambil tindakan dengan setegas-tegasnya," kata Au dengan nada kecewa.
Tambah lagi Au, pejabat berkenaan sepatutnya mengambil tindakan segera sebaik sahaja mendapati maklumat masalah sedemikian dan bukan tunggu sehingga aduan dilakukan kepada mereka.
Kegagalan untuk mengatasi masalah ini dalam masa 2 bulan ini menunjukkan ketidak cekapan pejabat tersebut sehingga sering dipertikaikan dan menimbulkan kemarahan rakyat dan peniaga.
Dalam pada itu, Au dan rombongannya telah membuat kunjungan ke Pejabat PPDNKK untuk mengemukakan pertanyaan berhubung masalah kuota diesel yang tidak cukup di Sandakan kepada Ketua Pegawai Pejabat, Joe Azmi bin Jamil
Malangnya Au tidak dapat bersemuka kerana Azmi kini berada Kuching atas tugas-tugas rasmi. Bagaimanapun beliau dilayan oleh Penolong Pegawai Penguatkuasa, Rahman Sah bin Sukiran.
Namun Au tidak berpuas hati kerana jawapan yang diberikan adalah kawalan kuota minyak bukan di bawah potfolio atau kuasa pejabat mereka sebaliknya kuasa KPDNKK.
Pada masa yang sama, Au menegaskan pejabat tersebut untuk susuli (follow up) perkara ini dan pastikan masalah ini dapat diselesaikan dalam kadar yang segera.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved