10 di sandakan - Google Blog Search |
Senarai Hotel <b>Di Sandakan</b>, Sabah | Blog CutiSabah.My Posted: 03 Apr 2013 11:12 PM PDT Leave a Reply |
sabahkini.net: BN TERUSKAN KEUNGGULAN <b>DI SANDAKAN</b> Posted: 03 May 2013 10:09 PM PDT SANDAKAN : Calon-calon daripada Komponen Barisan Nasional (BN) antaranya penyandang kerusi Parlimen Sandakan Datuk Liew Vui Keong; penyandang kerusi Parlimen Batu Sapi; kedua-dua penyandang kerusi DUN Elopura, Tanjung Papat termasuk calon muka baru bagi DUN kerusi Karamunting, Charles Pang dijangka akan meraihkan kemenangan untuk mengekalkan kelima-lima kerusi yang disandang calon-calon daripada kaum Cina. Dalam tinjauan rambang Sabahkini.Net kelima-lima kawasan yang ditandingi oleh calon yang mewakili masyarakat cina di mana masyarakat Cina kembali memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bahagi kepada kerajaan BN di bawah pucuk pimpinan Perdana Menteri termasuk Datuk Seri Musa Hj Aman. Rata-rata masyarakat Cina di Sandakan mahukan pembangunan lebih pesat dan sosio ekonomi rakyat dipertingkatkan ini untuk keselesaan rakyat di Negara ini. Kata mereka lagi, kerajaan BN yang memerintah di Sabah yang bermula 1994 sehingga sekarang sekarang banyak pembangunan dilaksanakan bukan sahaja di kawasan bandar; bahkan di seluruh kawasan luar bandar mereka telah mengecapi kemudahan tersebut. Di Sandakan, sebagai contoh, kerajaan telah membina Hub pendidikan di Kampung Sungei Batang, Batu 10, Jalan Labuk yang bukan sahaja sebagai pusat pengajian tinggi untuk para pelajar daerah Sandakan; bahkan melibatkan para pelajar di luar Sandakan dan bakal memberi peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Datuk V.K Liew sebagai Mantan Ahli Parlimen Sandakan begitu juga Datin Linda Tsen di Parlimen Batu Sapi, walaupun baru satu penggal menerajui kepimpinan di kedua-dua kawasan tersebut; namun mereka telah berjaya membawa pelbagai kemudahan asas untuk rakyat di daerah Sandakan dan Batu Sapi. Sementara Au Kam Wah pula, sejak dua penggal lalu menjadi wakil rakyat Elopura, juga banyak menyumbang kepada kemajuan dan kemudahan asas; begitu juga dengan Datuk Raymond Tan yang sudah empat penggal menjadi ADUN Tanjug Papat; mereka tidak rasa bosan dan telah berkhidmat dengan cemerlang. Apapun, mereka telah mendapat sokongan padu bukan saja daripada pengundi-pengundi Cina, bahkan lebih 70 peratus pengundi Melayu yang mahukan kelima-lima calon Cina ini menang pada PRU-13. |
You are subscribed to email updates from di sandakan - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan