ads

Ahad, 19 Mei 2013

10 di ranau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di ranau - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di ranau</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Apr 2013 01:32 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di ranau</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Apr 2013 01:34 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Khadijah Nas: Sabah: Terpijak taik anjing <b>di Ranau</b>

Posted: 31 Jan 2013 12:51 PM PST

Dah la dah bebulan tak menulis sekali bila buat kemunculan kembali dengan tajuk macam ni. Hadoi ini adalah memori buruk untuk permulaan tahun 2013 yang kononnya diwarnai memori yang indah bercuti di Sabah buat pertama kalinya sekali tercalit jugak memori yang tak berapa nak indah. 
Percutian ke Sabah bukan lah percutian impian sangat, apa orang panggil "wishlist" kan. Sabah tak lah termasuk dalam wishlist aku tapi pernah jugak teringin nak ke Kundasang dengar katanya cantik, sejuk dan nyaman.
Bulan 10, 2012 kakak aku call ajak pergi Sabah masa cuti semester stay rumah kawan dia yang memang orang tempatan Kundasang dan selalu menceritakan keindahan Kundasang sampai kakak aku tergoda dan tergedik gedik ajak aku pergi sama supaya dapat pau aku dan support sikit sikit perbelanjaan di sana walaupun dia tak menyatakan niat nya tapi macam lah aku tak tau huh!
Kebetulan kontrak bulan kontrak kerja akan tamat telah di maklumkan pada awal lagi iaitu kontrak akan tamat penghujung bulan 12. Rancangan bercuti ialah di antara pertengahan hingga hujung bulan January 2013. Maka setelah difikir fikirkan, yelah daripada terus cari kerja baru, baik berehat kejap rela relax jalan jalan makan angin dulu kan. 
Tiket flight masa beli tu memang dah lewat dan padan lah dapat harga RM200++ penerbangan pergi balik itu pun kira habis murah dah memang la mahal kalau compare dengan orang lain yang dah order setahun yang lepas. Kakak aku la beli lambat sangat konon nak tunggu tarikh akhir final exam keluar la apa lah itu pun setelah aku mendesak desak bagi warning banyak kali baru diorang beli.
Berbalik kepada tajuk, di hari kejadian aku di ajak pergi ke Ranau saja saja jalan jalan ke rumah pakcik Fifi (Fifi ni anak owner rumah yang aku and buddies tumpang sepanjang di Kundasang) sebab pakcik dia baru kutip durian dari kebun so dia ajak la sedara mara dia datang rumah untuk makan durian. 
(Note: Dari Kundasang ke Ranau dalam 10-15 minit)
Majoriti orang area area Kundasang dan Ranau ni dari apa yang aku dapat tau diorang ni orang Dusun. Kebanyakkan nya Islam la tapi ada jugak Kristian. Huihh bersepah gereja dekat sana.
Bezanya Sabah Serawak dengan Semenanjung ni, dekat sana diorang akan rename orang tu berdasarkan puak kaum. Senang faham kalau kita dekat semenanjung ni, dia tu orang Melayu or China or India or Bangla or Myanmar or Indon or lain-lain. Kalau dekat sana pulak Dusun, Bajau, Bugis, Kadazan, Iban dan ada lagi Fifi bagi tau tapi dah pelik pelik namanya.
So rumah yang aku pergi ni family Dusun tapi maknya beragama Kristian. Anak anak ada yang masih Kristian dan ada jugak dah peluk Islam lepas berkahwin dengan orang Islam. So bila  maknya beragama Kristian eh aku call nenek la sebab dah ada cucu pun. So nenek ni bela anjing tau, halaman rumah dia memang bersepah anjing lalu lalang macam kalau dekat sini kucing yang sentiasa keluar masuk halaman rumah. Huih kalau kucing tak pe lagi tapi ni anjing kot yang bersaiz standard besar anjing dewasa. Memang dia tak kacau dan mengendeng ngendeng di kaki tapi still geli dan jakun dan kagum tengok relaks je anjing lalu lalang depan mata.
Masa datang tu naik van sebab ramai jugak yang pergi so time balik van parking dekat tepi jalan dengan gelap gelitanya dengan menggunakan laluan yang sama aku dan yang lain lalu di laluan rumput untuk nak ke pintu van. Bila dah dalam van, ada budak nama Aidil ni dan beberapa budak lain bising bau busuk kot adik dia Ain berak. Yang aku ni haram tak bau apa pun lagi. Tapi masa jalan atas rumput tadi memang dah rasa macam pijak benda lembik ingat kot selut tanah lembab ke.
Ceh sekali bila masing masing angkat kaki huh memang sah aku orang nya pembawa busuk bau taik tuh. Turun la balik van diorang suh lap kaki dekat rumput sambil lap lap taik yang lekat dekat lantai van. Itu pun masih berbau kuat dan perjalanan balik ke Kundasang tetap diteruskan sambil membuka kesemua tingkap van.
Semua guna laluan yang sama tuh macam mana aku sorang je yang boleh terpijak taik anjing yang lembik dan masih fresh huih!
Si Aidil dengan Si Azim ni la dok bising bau busuk adik dia Si Ain kot yang berak.. Haha
Disebabkan first time kena, so aku terfikir jugak eh kalau apa apa berkaitan anjing dan babi kan ke kena samak kan. So masa van berhenti dekat Petronas sebab Ibu nak beli buah mata kucing aku pun amik la kesempatan pergi basuh tapak seliper kejap sambil telefon ayah aku. Lepas bagi salam;
Aku: "Ayah, angah terpijak taik anjing tadi, kena samak ke?"
Ayah: "Ha lah kena samak"
Aku: "Macam mana nak samaknya?"
Ayah: "Ambil tanah campur dengan air, niat nak samak kemudian lalukan air tanah ke bekas najis dan    basuh dengan 6 kali air bersih"
So, bila sampai je Kundasang, jalan kaki sikit naik bukit menuju ke rumah sampai je halaman aku pun terbongkok bongkok la nak korek tanah eh keras pulak tanah dekat sini. Then jumpa tanah timbul bekas torehan tayar kereta, aku amik tanah tu dalam segenggam, pergi ke paip luar rumah. Mak Fifi tolong pegangkan getah paip, aku pun tadah sedikit air untuk lebik kan tanah sambil niat aku lumur tanah tu ke tapak seliper sampai la ke seluruh seliper sampai ke seluruh kaki juga penghujung seluar dan tangan jugak. Kemudian aku curah air dari getah paip tu ke kaki lama la jugak sampai tanah tanah tu bersih dari kaki dan tangan untuk cukupkan 6 kali basuhan.
Lepas dah selesai samak, Maria (salah seorang buddies sama sama dalam percutian) dengan Fifi pun nak samak jugak. Aku pulak guide diorang. So, lepas selesai samak hati terasa yakin sudah suci dari segala najis yang membusuk tadi.
Aku pun naik la atas nak berehat and solat lah, tapi bau najis tu macam terngiang ngiang di hidung mengekori aku ke mana sahaja macam ibarat sekali terpijak terus melekat dihati tak nak berpisah. Pelik jugak apasal la dok bau lagi. Aku pun masuk bilik air, cabut seluar huh bau hujung seluar memang sah dari situ la punca baunya. Rupanya hujung kaki seluar pun tercalit najis tu. So namanya kena la basuh sabun dan sentalkan bagi melengkapkan syarat tiada bau, rasa dan warna.

Pstt: Kalau tak silap proses samak cukup syarat dengan alirkan air tanah tapi biasa la first time konon nak meyakinkan tahap kesucian maka lumur tanah terus. Hah!
Lepas bau dah jadi bau wangian sabun cukup ke macam tu je? Mestilah tak aku rasa, so aku pun turun keluar rumah dan korek lagi tanah untuk mengulangi proses samak di seluar dan kaki again. Kali ni buat dalam bilik air so akibatnya penuh lantai bilik air denga tanah. Jenuh kot nak tolak dan bersihkan tanah tanah tu ke lubang pengaliran. Huh!
Aku pun kagum dengan orang Sabah terutama Islam, relaks je diorang anjing dok lalu lalang dekat sebelah. Huihh buleh depa hidup no..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved