ads

Selasa, 7 Mei 2013

10 di penampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Sokongan kepada calon BN <b>di Penampang</b> meningkat | The Borneo <b>...</b>

Posted: 01 May 2013 11:32 PM PDT

May, 2, 2013 - 2:32 pm

bern02PENAMPANG: Selepas 10 hari berkempen, Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Giluk Dompok menyatakan keyakinan bahawa kerusi Parlimen Penampang dan dua kerusi dewan undangan negeri (DUN) di bawahnya akan kekal milik Barisan Nasional (BN) selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Ahad ini.

Beliau berkata keyakinan itu berasaskan kepada sokongan tidak berbelah bahagi daripada rakyat setelah melihat bukti pembangunan yang telah dan sedang dirancang oleh kerajaan untuk dilaksanakan pada masa hadapan.

"Selain itu, kempen parti untuk memberi penerangan dan penjelasan kepada rakyat juga berjalan lancar, sekaligus meningkatkan sokongan kepada semua calon BN di sini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kolej Komuniti Penampang di  sini, hari ini.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) Amir Md Noor, calon BN bagi DUN Kepayan Datuk Edward Khoo Keok Hai dan DUN Moyog Datuk Philip Lasimbang. Kepayan dan Moyog terletak di bawah Parlimen Penampang.

Kolej Komuniti Penampang akan mula beroperasi pada Julai ini di Wisma Malakun, di sini dengan menawarkan kursus sepenuh masa perakaunan dan kursus pendek hujung minggu sebagai permulaan.

Selain itu, Dompok yang merupakan calon BN bagi Parlimen Penampang turut membidas parti pakatan rayat yang lantang mengutuk kerajaan 'selalu tidur' tanpa memeriksa kebenaran fakta yang dibangkitkan.

"Contohnya, mereka kata saya tidur selama 28 tahun di sini (Penampang), tidak melakukan apa-apa. Tapi mereka lupa saya adalah Anggota Parlimen di Ranau selama dua penggal sebelum datang ke sini.

"Sejak empat tahun lalu, saya membuat kerja dan jelas kelihatan pelbagai projek melibatkan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), jalan raya dari Donggongon ke Papar dan Beaufort serta menyelesaikan masalah bekalan elektrik di kawasan pendalaman," katanya.

Selain itu, Dompok berkata, penubuhan Kolej Komuniti itu mendahului manifesto yang diuar-uarkan calon Parti Maju Sabah (SAPP) bagi DUN Moyog Danim@Aloysius Siap untuk mewujudkan kolej seumpama itu jika mendapat kepercayaan rakyat.

"Ini yang kita katakan, belum berjanji sudah beri…," katanya disambut gelak ketawa orang ramai.

Pada PRU13, Dompok yang mempertahankan kerusi Parlimen Penampang ditentang calon PKR Ignatius Dorell Leiking dan calon Parti Reformasi Sabah (STAR) Melanie Annol.

Pada 2008, Dompok yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuniti  menang dengan majoriti 3,063.

BLOG SABAH: 10 <b>di penampang</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Apr 2013 01:07 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di penampang</b> - Google Blog Search

Posted: 25 Mar 2013 01:38 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

UMNO Online - Pemuda UMNO <b>Penampang</b> Nyatakan Sokongan <b>...</b>

Posted: 19 Mar 2013 12:33 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Pemuda UMNO Penampang Nyatakan Sokongan Penuh Terhadap Dompok

PENAMPANG, 19 Mac – Pergerakan Pemuda UMNO Penampang hari ini menyatakan sokongan penuh kepada Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok sekiranya beliau dicalonkan semula di kawasan parlimen Penampang.

Ketuanya Hafiz Sua Abdullah berkata Dompok merupakan seorang pemimpin yang begitu lantang dan berani dalam menyuarakan dan memperjuang kepentingan rakyat Sabah, khususnya masyarakat Kadazandusun Murut (KDM).

Katanya ini termasuk peranan beliau dalam memastikan bahasa Kadazandusun diajar di sekolah sehinggalah bahasa itu kini diajar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan pewujudan Institusi Mahkamah Anak Negeri di Sabah.

"Selain itu, ketokohan Dompok juga terserlah apabila lantang mendesak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Menyiasat Masalah Pendatang Asing Di Sabah.

"Ternyata Dompok bukanlah calang-calang orangnya dan kami pemuda UMNO Penampang akan memberi sokongan padu kepada Dompok jika beliau dicalonkan semula," katanya di sini.

Pada 11 Ogos tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa RCI termasuk pelantikan pengerusi serta anggota RCI bagi menyelesaikan masalah pendatang tanpa izin di Sabah.

Hafiz berkata penubuhan RCI yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Sabah itu merupakan manifestasi kejayaan perjuangan Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) pimpinan Dompok.

"Sebagai seorang menteri Persekutuan, Dompok juga memperlihatkan kewibawaannya terutama dalam memperluas penanaman atau membantu pekebun kecil di negeri ini khususnya penanaman getah dan koko," katanya sambil menambah bahawa banyak lagi pembangunan lain dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN), terutama di Penampang yang mempunyai majoriti penduduk kaum Kadazandusun.

Hafiz juga menyangkal gambaran yang diwar-warkan pembangkang kononnya Penampang bukan lagi kawasan selamat untuk BN.

Sambil menyifatkannya gimik politik semata-mata untuk mengelirukan pengundi, beliau mengajak rakyat Penampang bersatu dan memberikan kemenangan besar kepada calon BN pada pilihan raya umum yang akan datang.

Hafiz yakin Sabah akan terus kekal sebagai kubu kuat BN, sekali gus memastikan kemenangan cemerlang BN sama ada di peringkat parlimen atau negeri.

Mengenai penubunan Kawasan Keselamatan Khas yang dikenali sebagai Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) dari Kudat hingga ke Tawau di bahagian pantai timur Sabah, beliau berkata ia merupakan langkah bijak dan tepat pada masanya yang seharusnya disokong oleh semua pihak.

"Saya berpendapat bahawa pewujudan ESSCOM ini memberi keyakinan kepada rakyat Sabah bahawa dalam soal kedaulatan negara, kerajaan BN akan melakukan apa sahaja bagi menjamin keamanan dan kedaulatan negeri Sabah," katanya.

Menyentuh cadangan penubuhan RCI bagi menyiasat dalang kepada pencerobohan Lahad Datu di Sabah, Hafiz berkata pemuda UMNO Penampang menyokongnya kerana RCI itu mampu menjawab segala persoalan yang dibangkitkan rakyat mengenai insiden berkenaan, namun ia perlu diteliti secara terperinci kerana ia membabitkan negara lain yang merumitkan siasatan.

Berita Bertarikh Pada 19 March 2013 3:33 PM

BLOG SABAH: 10 <b>di penampang</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Feb 2013 01:04 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Aktivis bimbang polis sekat perarakan Tambunan-<b>Penampang</b>

Posted: 19 Feb 2013 11:48 PM PST

Kumpulan aktivis yang merancang untuk mengadakan perarakan tiga hari bagi menuntut pilihan raya bebas dan adil di Sabah pada hujung minggu ini berkata acara itu akan tetap diteruskan jika polis mengadakan sekatan.

Aktivis, Anne Lasimbang berkata mereka bimbang sekiranya polis akan menganggap acara tersebut, yang turut membawa isu alam sekitar dan pengiktirafan hak Orang Asal, sebagai perhimpunan haram walaupun selepas mereka mematuhi syarat yang ditetapkan.

Pengarah eksekutif NGO Partners in Community Organizations (Pacos) itu berkata, mereka sudahpun memaklumkan rancangan tersebut kepada pihak berkuasa, yang meminta agar penganjur memohon permit bagi perarakan meliputi kawasan tumpuan utama negeri tersebut.

"Sama ada dapat atau tidak (permit) saya buat juga perarakan ini. Tak peduli. Tetapi polis ada bilang yang mungkin kalau tiada apa-apa masalah akan benarkan (perarakan).

"Tapi mungkin akan ada sekatan jalan raya dan mungkin polis akan cakap perarakan ini perarakan haram.

"Tapi kita akan teruskan juga kerana polis sekarang mereka tak kata apa-apa kerana kita tahu polis akan tiba-tiba cakap ini adalah perarakan haram," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Katanya, polis dari balai Keningau dan Penampang meminta agar penganjur mengisi borang untuk memohon permit bagi perarakan yang dijadualkan bermula di Tambunan pada hari Jumaat.

"Kita sudah maklumkan kepada polis tentang perarakan ini. Dan kelmarin (Selasa) polis telefon untuk minta kita isi borang permohonan permit untuk perarakan.

"Kerana polis kata perarakan ini bukan berarakan biasa dan ada tujuan jadi mereka suruh minta permit.

"Kita sudah isi borang dan faks kepada polis kelmarin (Selasa) juga," katanya lagi.

Bahan publisiti acara itu menyebut, acara jalan kaki yang dianggarkan meliputi jarak sejauh 60 kilometer merentasi banjaran Crocker itu dijadualkan berakhir di Dewan Pagansakan, Penampang pada hari Ahad.

Anne berkata, setakat ini seramai 20 orang sudah menyatakan persetujuan untuk mengikuti acara tersebut.
Katanya, mereka mengalu-alukan penyertaan daripada kelompok BN dan Pakatan Rakyat, namun hanya PKR dan DAP yang bersetuju untuk menarik penyertaan ke acara tersebut buat masa ini.

36 motosikal disita dalam operasi bersepadu <b>di Penampang</b> <b>...</b>

Posted: 17 Dec 2012 04:14 AM PST

Posted on December 17, 2012, Monday

KETUA Bahagian Kententeraman Awam dan Trafik Daerah Penampang, Inspektor Andi Baso Andi Mappangerang (dua kanan) menunjukkan motosikal yang disita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang kelmarin.

PENAMPANG: Polis merampas dan menyita 36 buah motosikal di atas pelbagai kesalahan dalam satu operasi bersepadu di Jalan Tambunan-Penampang malam Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Ratan Kumar Singh berkata seramai 25 anggota dan seorang pegawai terlibat pada operasi berkenaan yang dilaksanakan dari jam 2 hingga 5 petang.

"Operasi terbabit membabitkan 43 buah motosikal yang diperiksa dan kita telah menahan 36 buah motosikal kerana didapati terlibat dengan pelbagai kesalahan termasuklah menunggang secara berbahaya, mengubahsuai motosikal dan tidak mempunyai lesen.

"Polis turut menahan seorang lelaki tempatan yang berusia 20an kerana didapati positif dadah setelah gagal ujian saringan air kencing dalam operasi itu," katanya.

Ratan menambah, dalam tempoh yang sama, pihaknya turut mengeluarkan 41 keping saman atas pelbagai kesalahan.

"Objektif utama operasi ini adalah bertujuan menangani kegiatan menunggang motosikal secara berbahaya di lokasi berkenaan selain kesalahan yang lain.

"Kita ingin menasihatkan kepada orang ramai khususnya penunggang motosikal agar terus meningkatkan keselamatan ketika berada di jalan raya dan patuhilah undang-undang bagi mengelak kejadian tidak diingini," katanya.

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved