ads

Ahad, 19 Mei 2013

10 di penampang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di penampang - Google Blog Search


Kolej Komuniti <b>Penampang</b> Dijadual Beroperasi <b>...</b> - Macam <b>Di</b> KK

Posted: 02 May 2013 01:36 AM PDT

PENAMPANG, 2 Mei - Kolej Komuniti Penampang dijadual memulakan operasinya pada Julai ini di Wisma Malakun di sini, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Amir Md Noor.

Beliau berkata sebagai permulaan kolej itu akan menawarkan kursus sepenuh masa akauntansi kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan juga kursus pendek hujung minggu kepada sesiapa yang berminat untuk mengikutinya.

"Kursus jangka pendek ini melibatkan pelbagai bidang kemahiran seperti pembuatan kek, seni hiasan kek, gubahan bunga dan bidang-bidang lain yang difikirkan sesuai atau diperlukan oleh masyarakat setempat," katanya kepada pemberita selepas ditemui pada majlis perasmian kolej itu di sini Khamis.

Majlis itu disempurnakan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komuditi Tan Sri Bernard Giluk Dompok yang juga calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Penampang. Turut hadir ialah calon BN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kepayan Datuk Edward Khoo Keok Hai dan DUN Moyog Datuk Philip Benedict Lasimbang.

Dalam ucapannya, Amin berkata penubuhan Kolej Komuniti Penampang menjadikan kini terdapat tujuh kolej seumpamanya di Sabah iaitu di Lahad Datu, Tawau, Semporna, Sandakan, Beaufort dan Kota Marudu.

Sementara itu, Dompok berkata penubuhan kolej itu menunjukkan Sabah tidak pernah ketinggalan dalam menerima arus pembangunan pendidikan kemahiran dan menyeru masyarakat Penampang merebut peluang yang diberikan supaya tidak ketinggalan dalam persekitaran yang semakin mencabar.

"Saya percaya kewujudan kolej ini akan menjadi hub pembelajaran sepanjang hayat tumpuan masyarakat setempat dan sebagai pengeluar modal insan yang mempunyai ciri-ciri keperibadian yang unggul di sini," katanya.

Beliau berkata pelbagai program transformasi dan dasar inovasi kerajaan seperti Pelan Transformasi Kerajaan (GTP), Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Model Baru Ekonomi (MBE) tidak boleh dicapai jika negara mempunyai modal insan yang lemah.

"Modal insan merupakan aset negara yang paling berharga dan negara yang mempunyai sumber asli minimum tetapi bijak mengurus modal insan akan mencapai kejayaan yang maksimum berbanding negara yang kaya tetapi mempunyai modal insan yang mundur," katanya.BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved