ads

Sabtu, 25 Mei 2013

10 di kunak - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di kunak - Google Blog Search


sabahkini.net: JANGAN LETAK CALON &#39;NASI BUNGKUS&#39; <b>DI KUNAK</b>

Posted: 13 Apr 2013 05:07 PM PDT



Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET
KUNAK: Pihak pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) harus lebih berhati-hati dan mendengar suara dari akar umbi, bukan hanya pada kekuatan melobi sahaja bagi menentukan calon di kawasan ini dan tidak lagi meletakkan calon 'Nasi Bungkus' (Tapau).
Ketua Cawangan Umno Kg.Nasip Kita, Basarun Gumpang memberi pandangan bahawa kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kunak haruslah diberikan kepada individu atau pempimpin masyarakat yang terbaik (winnable candidate) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) kali ini.
"Kami mahukan pemimpin yang berjiwa rakyat, sentiasa bersama kami di sini dan bukan hanya apabila ada sesuatu baru mahu datang dan jenguk kami bersama nasi bungkus. Kami juga mahu pemimpin yang disayangi ramai serta mampu menyelami denyut nadi kami," katanya.
Menurutnya, antara pemimpin yang boleh diterima pakai adalah seperti Haji Hussein Ibnu Hassan (gambar) yang merupakan pemimpin masyarakat yang paling berpengaruh di daerah ini; serta mempunyai pengikut yang ramai terdiri daripada ketua-ketua cawangan Umno dan parti komponen BN yang lain.
"Ini kerana beliau (Hussein) adalah seorang Ketua Pusat Daerah Mengundi Kunak Jaya, mantan Pegawai Pembangunan Masyarakat Kunak, Pengerusi YDP PIBG Gabungan 17 Buah Sekolah daerah Kunak, Pengerusi Koperasi Mampan Kelapa Sawit Kunak di bawah MPOB dan Pengerusi Pengakap Kunak," jelas Basarun lagi.
Katanya, ini semua jelas menunjukkan bahawa individu tersebut sangat diterima pakai dalam masyakarat daerah Kunak, selain daripada calon cadangan Umno Bahagian Silam, Balnama Kauluh dan Herman Rahim.
Tambahnya, beliau tidak menafikan ketidaksesuaian dalam pemilihan calon boleh menyebabkan kekalahan untuk BN pada kali ini.
"Kami sayang BN, sebab itu kami mahu Perdana Menteri dan Ketua Menteri mengambil keputusan untuk benar-benar meletakkan calon yang sesuai," jelasnya.
Basarun juga berkata, laporan prestasi mengenai calon juga harus dilaksanakan secara telus dan tidak diputarbelitkan.

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved