Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
Hari ini merupakan hari kedua sempena acara 1st KENINGAU BIKE WEEK (KBW). Jika diikutkan dari tentatif program yang diedarkan semasa pendaftaran, jadual untuk semua bikers hari ini agak padat namun agak menarik juga jika dilihat dari acara yang telah diaturkan. Antara acara yang agak menarik adalah ride singkat ke Sook (salah satu daerah dalam Keningau) sejauh lebih kurang 60km, Sukaneka antara bikers dan penduduk tempatan, open grafity contest, acara tarik tali dan pertandingan slow rides. Baiklah.... Kawe akan cuba ringkaskan cerita kawe memandangkan banyak gambar-gambar untuk entry kali ini.
0700hrs - Pagi ini kawe bangun dengan agak bersemangat sama seperti rakan-rakan yang lain. Tanpa bersarapan, kami bersama Bro Ruly bergerak menuju ke Padang Bandaran tempat berlangsungnya acara KBW kerana kawe dimaklumkan acara senamrobik akan diadakan pada pagi itu.
Sampai di Padang Bandaran Keningau
Bergambar dengan Hj Zainal Presiden Aura Bikers (dua dari kiri) yang juga penganjur KBW
Bergambar beramai-ramai dihadapan banner KBW
Instruktor senamrobik bersedia untuk mengadakan senamrobik
0800hrs - Kerana kelaparan, kami mengambil keputusan untuk bersarapan pagi di Restoran Pak Kandar yang dimiliki oleh Saudara Zainal iaitu Presiden Aura Bikers terlebih dahulu tanpa bersenamrobik.
0930hrs - Bergerak semula ke tapak KBW kerana acara ride ke Sook akan diadakan.
Kedatangan bikers mulai ramai
Bike kawe... Diapit oleh dua V lain...
Bikers bergambar beramai-ramai
Bergambar dengan rakan bikers dari Kelab Motorsikal KEKAL Daerah Tutong Brunei
Semua bikers bersedia dengan jentera masing-masing
Spyder dari Smart Riders Labuan
Konvoi bersedia untuk dilepaskan
Wife kawe bergambar dengan wife Abe Mat Presiden Bintulu Bikers dan wife Presiden KEKAL
1000hrs - Konvoi mula dilepaskan untuk bergerak ke Sook. Konvoi dibantu oleh pihak dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan marshal dari pihak penganjur. Acara konvoi ke Sook ini telah mengumpulkan sekurang-kurangnya 300 buah bike.
Masing-masing sedia atas bike...
Sham (KLX250) editor dan penulis majalah permotoran WTR selaku media
Melintasi salah satu jambatan di Keningau
Pergerakan konvoi yang teratur...
Yang ni pula konvoi dibelakang kawe...
Berkonvoi memerlukan satu disiplin yang tinggi...
Zainess rakan dari NSBC...
BMW1200GS... Mungkin inilah yang pertama dan satu-satunya yang ada di Brunei...
Ini Paksu Kelantan Chopper Club datang dari Kelantan...
Konvoi dari Yamaha Riders Brunei (berbaju biru)
Melalui kawasan berselekoh menuju ke Sook
Haji Zainal Aura Bikers (GTR1400)... Orang kuat selaku penganjur KBW
Dengan kelajuan yang selamat sewaktu melayan selekoh...
Rakan bikers dari Yamaha Riders Brunei Darussalam
Cikgu Adi NSBC (Versys) dan FairulHisham orang Kelantan (SYMT2 kuning)
Yang ni pula Ustaz... Dari Tawau kalau tak silap kawe
Semua bikers memberikan kerjasama semasa kawe mengambil gambar... Terima kasih boss...
Wak Wasianto (CBX750 paling depan) peace yo...
Aki Anis dengan BMW GS1200
Jalan dari Keningau ke Sook sememangnya cantik dan salah satu tempat kegilaan para bikers selain dari jalan Kimanis-Keningau
Spyder dari Smart Riders Labuan
Konvoi dari Smart Riders Labuan
Kawe dibelakang konvoi Smart Riders Labuan
Kalau tak silap ini Datin Seri... Isteri kepada Presiden Smart Riders...
Jalan dipenuhi dengan konvoi..
Dr Saiful dari Tawau berasal dari Kelantan
Sentiasa dalam konvoi untuk keselamatan semua penunggang
Saudara Warni rakan dari Keningau
hati-hati boss... jangan terlebih speed..
Aksi ghairah Sham WTR... Kenapa bangg... Kaki panas yeee... Hahahaha
Keadaan sedikit sesak semasa konvoi berpusing untuk berpatah balik ke Keningau di Bulatan Pekan Sook kerana terdapat acara dari Ketua Menteri Sabah.
Konvoi berpatah balik di Bulatan Pekan Sook.
Rakan dari Yamaha Riders Brunei
Konvoi yang yang terakhir
Kawe berjumpa dengan DR Saiful bikers dari Tawau
1130hrs - Selesai acara Ride ke Sook dan peserta acara KBW berkumpul semula di Padang Bandaran. Kawe bersama terpaksa balik ke hotel tempat menginap kerana rakan-rakan dari NSBC yang baru bertolak awal pagi tadi dari Limbang baru sahaja sampai di Keningau kerana kawe dimaklumkan bike Cikgu Zakaria mengalami masalah kebocoran pada radiator. Ini Menyebabkan konvoi mereka sampai agak Lewat.
Rakan dari NSBC yang terlewat sampai. Sedia untuk balik ke hotel.
Hotel tempat semua ahli NSBC menginap
1140hrs - Sampai di hotel dan menguruskan urusan daftar masuk rakan-rakan yang baru sampai. kawe bersama Cikgu Adi dan Cikgu Zakaria bergerak ke bengkel yang berhampiran untuk menampal sedikit kebocoran tangki radiator pada bike Cikgu Zakaria.
1300hrs - Kami bergerak dari hotel dengan berjalan kaki untuk mencari gerai @ kedai makan kerana semua kami telah kelaparan.
Keluar mencari kedai makan kerana semua telah kelaparan
Wakil dari Kelab Z800 Borneo
Makan dikedai makan dihadapan tapak acara
1400hrs - Bermulanya acara perasmian 1st KENINGAU BIKE WEEK. Semasa perasmian diadakan pihak penganjur sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada golongan kurang berkemampuan sekitar 200 orang yang ada di Keningau. Bantuan yang disampaikan adalah hasil kutipan dari pihak penganjur hasil dari penjualan baju KBW dan pendaftaran peserta.
Acara perasmian 1st KBW. Ucapan oleh Haji Zainal Aura Bikers
Antara presiden kelab yang hadir. Kawe yang paling slim... hehehe
Golongan kurang berkemampuan yang akan menerima bantuan
Salah seorang yang telah menerima bantuan
Bergambar beramai-ramai antara semua Presiden Kelab yang hadir.
1500hrs - Bermulanya acara padang dan sukaneka antara penduduk tempatan dan antara bikers. Semasa acara padang dijalankan, kawe dan beberapa ahli lain terpaksa meninggalkan acara kerana kawe dimaklumkan oleh Cikgu Zakaria bahawa bike beliau masih terdapat kebocoran walaupun ditampal. Ini memaksa kawe mencari inisiatif untuk membetulkan sendiri masalah pada bike Cikgu Zakaria dengan dibantu oleh rakan-rakan yang lain.
Bikers bergambar beramai-ramai berlatar belakangkan banner KBW
Cikgu Adi, Jenal, Kawe dan Rosli
NSBC dan Tawau Big Bikers Owner Club (TBBOC)
Perserta dari Yamaha Riders Brunei
1630hrs - Sampai dihotel selepas menjelajah kedai untuk mencari Gam 2 Tan (boleh google kalau nak tahu lebih detail). Kami bernasib baik setelah setengah jam mencari akhirnya terdapat sebuah kedai yang menjual gam tersebut. Disini bermulalah acara kawe dan kawan-kawan yang lain menjadi makanik tak terlatih dalam usaha untuk membetulkan masalah pada bike Cikgu Zakaria.
ER6N Cikgu Zakaria yang 'merajuk' sebab cCikgu Zakaria ada cakap nak angkat Z800... Hahahaha
Kawe selaku mekanik tak terlatih.
Tangki radiator telah dikeringkan. Yohanis dalam proses menampal tangki Radiator yang bocor
1730hrs - Berehat di bilik hotel selepas membetulkan masalah pada bike Cikgu Zakaria. Setakat ini semua masalah dapat diselesaikan. Sekarang menunggu masa untuk acara seterusnya iaitu acara makan malam bagi menyambut semua peserta acara KBW.
1900hrs - Bergerak menuju ke Hotel Perkasa tempat yang akan berlangsungnya acara makan malam KBW.
Bersedia untuk menhadiri acara Makan Malam
1930hrs - Bermulanya acara makan malam selepas sedikit ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Zainal selaku penganjur KBW. Acara makan malam ini selang-selikan dengan karaoke, penyampaian cenderahati dan cabutan bertuah untuk para peserta.
Ucapan alu-aluan untuk semua peserta KBW
Kawe dan Bro Ali. Penyerahan stiker NSBC
Rock juga wife kawe ni... Hahaha
NSBC bersama otai dari KEKAL, Brunei
Kawe n Husin MNLG Bintulu.
Acara yang ditunggu... Acara makan
Kawe... Macam lapar sangat je...
Wakil Kelab Bersatu Bikers Brunei
Kalau tak silap ini dari TBBOC
Ini pun kurang pasti pulak kawe...
Ini dari kelab CBX kalau tak silap kawe
Keningau Big Bikers Club (KBBC)
Meja VIP dan pihak penganjur
Honda Riders Club (HRC) Brunei
Penyanyi pertama yang mendendangkan lagu. Saudara Ruly TBBOC
Lagu Anak Kampung. Semua naik menari
Otai dari Limbang Saudara Wong. Paling sporting masa acara karaoke
James wakil dari NSBC menyanyikan lagu Alleycars.... Terima Kasihhh....
Suara mantap menyanyikan lagu dari kumpulan Amuk... Wakil dari Semporna Bikers
Penyampaian cenderahati
Penyampaian sijil penyertaan kepada kelab
Penyampaian cenderahati kelab kepada pihak penganjur
Presiden Smart Riders Labuan
Saudara Yap. Presiden TBBOC
Presiden Ellapora Bikers Club
Penyampaian momento antara kelab-kelab yang hadir
Kelab Yamaha Riders Brunei menyampaikan momenta kepada Presiden Nortern Malaya Indian Bikers, Penang.
Penyampaian momento oleh Temburong Bikers kepada pihak Penganjur
Kawe menerima sijil penyertaan mmewakili NSBC
Penyampaian momento kepada pihak penganjur
Kepada Kelab Motorsikal KEKAL Daerah Tutong, Brunei.
Honda Riders Club (HRC) Brunei
Acara kejutan memmotong kek harijadi kepada semua bikers yang lahir pada bulan April
Rino... Tersenyum lebar apabila menerima hadiah cabutan bertuah
2330hrs - Selesai acara makan malam kami mula bergerak untuk balik ke hotel setelah semua kami kekenyangan setelah dihidangkan dengan masakan 3 ekor rusa yang dipanggang.
Wife kawe bersama lady bikers yang lain
Bergambar bersama rakan-rakan bikers sebelum balik
Pasangan romantik.... Cikgu Zakaria dan James...
2345hrs - Kami sampai di hotel tempat menginap dalam keadaan puas dan gembira dengan kemeriahan semasa acara makan malam yang direncanakan oleh pihak penganjur. Ternyata acara 1st KENINGAU BIKE WEEK ini benar-benar memberi kepuasan pada kami walaupun ada acara yang tidak dapat kami sertai kerana sedikit masalah yang tak dapat kami elakkan.
0 ulasan:
Catat Ulasan