ads

Selasa, 30 April 2013

10 di tenom - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tenom - Google Blog Search


sabahkini.net: PERTANDINGAN LIMA PENJURU <b>DI TENOM</b>

Posted: 19 Apr 2013 11:08 PM PDT



SAH....Calon-calon yang disahkan bertanding pada PRU13 bagi Parlimen Tenom, DUN Kemabong dan Melalap.
TENOM: Parlimen Tenom menyaksikan pertandingan lima penjuru antara Barisan Nasional (BN- Datuk Raime Unggi selaku penyandang); Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA- Mutang Dawat @ Sylvester 62); Parti Maju Sabah (SAPP- Jimmy Jawatah 50); Parti Keadilan Rakyat (PKR- Masdin Tumas 45) dan Parti Star (Azroy Hasmin Abdullah 33).
Bagi kawasan Dun Kemabong pertembungan empat penjuru antara BN- Datuk Rubin Balang (penyandang), SAPP Ensor @ William Datuk Tingkalor 44; Parti Star – Alfred Tay 47 dan Biou Suyan 56 (APS-PKR).
Manakala bagi kawasan Dun Melalap turut menyaksikan empat penjuru kebanyakannya muka baru kecuali penyandangnya Datuk Radin Malleh yang telah berkhidmat di kawasan itu selama 4 penggal, kini akan terus mempertahankan kerusi tersebut pada PRU13 atas tiket BN.
Beliau akan ditentang oleh kesemua muka baru golongan profesional dan ahli perniagaan menampilkan Roger Stimin 33, seorang Peguam atas tiket SAPP; Noritah Suab, 33, juga seorang Peguam atas tiket DAP dan Kong Fui Sen 52, dari Parti Star seorang ahli perniagaan.
Pegawai Pengurus Pilihanraya kawasan Tenom Siriman MF Basir mengumumkan pusat penamaan calon bagi kawasan Parlimen Tenom, Dun Melalap dan Kemabong yang berpusat di Dewan Sri Antanom tepat jam 9 pagi. Manakala pengumuman calon-calon bertanding yang disahkan bertanding tepat jam 10.50 pagi.
Semasa proses pencalonan itu berlangsung tidak ada sebarang insiden buruk berlaku kecuali berlaku sorakan tanda kegembiraan penyokong penyokong parti masing-masing ketika pengumuman calon-calon yang sah dan diterima untuk bertanding oleh Pengurus Pilihanraya.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved