ads

Isnin, 8 April 2013

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


Keadaan <b>di tawau</b>, Semporna selamat dan terkawal - Rakyat Marhaen

Posted: 06 Mar 2013 07:08 AM PST


SEMPORNA, 6 Mac — Keadaan keselamatan di Semporna dan Tawau adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan keselamatan mereka, kata polis.
Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata kejadian berbalas tembak antara pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata hanya berlaku di tempat tertentu.
"Keadaan di lokasi serangan hendap iaitu di Kampung Simunul pada Sabtu lepas juga kembali normal dan penduduk telah pulang ke rumah masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna di sini  hari ini.
Mohd Firdaus berkata masih wujud persepsi dalam kalangan masyarakat tempatan kononnya anggota penceroboh berkeliaran di bandar ini, namun siasatan polis mendapati ia tidak benar.
Di TAWAU, Ketua Polis Daerah ACP Awang Besar Dullah mengingatkan orang  ramai supaya tidak cemas atau bimbang tentang keselamatan mereka kerana daerah Tawau berada dalam keadaan tenteram dan aman.
"Sejak pencerobohan di Lahad Datu, tiada sebarang gejala atau perkara luar biasa berlaku di sekitar Tawau," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata orang ramai di bandar itu menjalankan urusan harian mereka seperti biasa.— Bernama

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved