ads

Khamis, 25 April 2013

10 di tawau - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di tawau - Google Blog Search


DUNIA ITU: Angota tentera maut nahas jalan raya <b>di Tawau</b>

Posted: 22 Apr 2013 04:31 AM PDT

JENAZAH anggota tentera, Mohd Idris Ibrahin, 26, yang terkorban akibat kemalangan jalan raya di Lahad Datu selamat sampai di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim dari Kota Kinabalu. FOTO Sharul Hafiz Zam


ALOR SETAR - Jenazah seorang anggota tentera yang maut akibat kemalangan jalan raya sewaktu bertugas di Tawau, Sabah semalam dibawa pulang ke kampungnya di Kodiang, malam ini.
 
Penerbangan yang membawa jenazah Lans Koperal Mohd Idris Ibrahim itu tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim pada 9.15 malam.

Mohd Idris, 26, berkhidmat dengan Pasukan 7 Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Kem Kukusan, Tawau.
 
Jenazah Mohd Idris kemudian dibawa ke rumah keluarganya Kampung Pida 2, Jalan Sanglang, Kodiang sebelum dikebumi di Masjid Paya, Kampung Pida 1.

Turut hadir di lapangan terbang adalah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

BN menyumbang sebanyak RM10,000 yang diserah kepada kakak sulung Allahyarham, Rohaya Ibrahim, 31.
 
Ahmad Bashah berkata sumbangan itu diharap dapat meringankan sedikit beban keluarga Allahyarham.
 
Mohd Idris, anak keempat daripada enam beradik, disifatkan sebagai seorang yang amat ceria oleh kakaknya.
 
"Kali terakhir kami jumpa dia pada bulan April tahun lepas. Baru-baru ini pada Jumaat lepas, dia ada telefon dan menyatakan hasratnya untuk bertunang menjelang Aidilfitri nanti," katanya.

Pegawai yang mengiringi jenazah Mohd Idris dari Tawau iaitu Leftenan Mohd Elyas Mohd Shafie berkata kemalangan melibatkan Mohd Idris berlaku pada kira-kira 8.30 malam.
 
"Dia berseorangan ketika itu, setahu saya, dia dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux ketika baharu keluar dari Kem Kukusan, Tawau (menaiki motosikal)," katanya.  - Bernama

21 Apr 2013

Lans Koperal maut nahas di Tawau

ALOR SETAR - Seorang anggota tentera yang terlibat dalam Op Daulat di Lahad Datu maut selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dalam perjalanan hendak membeli makanan di Simpang Jalan Kampung Jawa, Tawau, Sabah pada Ahad lalu.

Kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu mengakibatkan Lans Koperal Mohd Idris Ibrahim maut di tempat kejadian selepas motosikal ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyata Hilux ketika baru keluar meninggalkan Kem Kukusan, Tawau.

Menurut pegawai yang mengiringi jenazah, Leftenan Mohd Elyas Mohd Shafie, sewaktu kejadian, Allahyarham hanya menunggang motosikal berseorangan untuk keluar membeli makanan.

Jenazah Allahyarham kemudiannya dibawa pulang ke kampungnya di Kampung Pida 2, Kodiang untuk tatapan seluruh ahli keluarga terdekat buat kali terakhir sebelum dikebumikan di tanah perkuburan Islam, Masjid Paya Kampung Pida 1, Jalan Sanglang, malam kelmarin.

Allahyarham yang merupakan anak keempat daripada enam beradik itu juga dikatakan sempat menghubungi ibunya, Hasnah Ibrahim, 48, sehari sebelum kejadian meminta supaya dibelikan cincin yang lebih mahal untuk bakal tunangnya nanti.

Difahamkan, mangsa dijadualkan bertunang selepas hari raya Aidilfitri Ogos nanti.

Sementara itu, kakak Allahyarham, Rohaya Ibrahim, 31, berkata, Mohd Idris mula berkhidmat dalam pasukan 7 Rejimen Askar Melayu Diraja yang berpangkalan di Kem Kukusan, Tawau pada tahun 2009.

Dalam pada itu, Umno Kedah menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa.

Sinar Harian 23 Apr 2013

Wasiat beli cincin tunang

Kodiang: "Kalau boleh mak carilah cincin yang mahal sikit untuk bakal tunang saya nanti." Itu antara kata-kata terakhir Lans Koperal Mohd Idris Ibrahin, 26, menerusi perbualan telefon yang masih terngiang-ngiang di telinga ibunya Hasnah Ibrahim, 48.

Arwah yang berkhidmat dengan pasukan 7 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) berpangkalan di Kem Kukusan, Tawau, turut bertugas dalam Ops Daulat meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan di Tawau, Sabah, malam Sabtu lalu.

Difahamkan, dalam kejadian jam 8.30 malam, mangsa yang baru keluar dari kawasan kem menaiki motosikal untuk membeli makanan maut apabila terbabit kemalangan dengan kenderaan pacuan empat roda di Kampung Jawa, Tawau.

Hasnah berkata, kali terakhir menemui anaknya itu April tahun lalu manakala dan kali terakhir berbual menerusi telefon, jam 6.30 petang, Jumaat lalu.

Katanya, arwah sempat menyatakan hasrat mahu melangsungkan majlis pertunangan dengan gadis pilihan hati pada hari raya Aidilfitri nanti.

"Dia (arwah) kata dia mahu bertunang, malah antara kata-kata terakhir yang tidak dapat dilupakan apabila dia meminta saya membelikan cincin mahal untuk bakal tunangnya nanti.

"Saya tahu dia sangat teruja untuk bertunang tetapi saya beritahu, apapun kami akan tunggu dia pulang beraya untuk membuat semua persiapan itu bersama-sama," katanya di rumahnya di Kampung Pida 2, Jalan Sanglang, di sini, malam kelmarin.

Mohd Idris anak keempat daripada enam beradik dan disifatkan amat ceria oleh ahli keluarganya.

Terdahulu, penerbangan yang membawa jenazah Mohd Idris selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), Alor Setar, kira-kira jam 9.15 malam sebelum dibawa pulang ke rumah keluarganya, di sini.

Turut hadir, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharum dan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kayu Hitam, Datuk Ahmad Zaini Japar.

BN negeri turut menyumbang RM10,000 kepada keluarga mangsa yang diserahkan kepada kakak sulung Allahyarham, Rohaya, 31.

Rohaya berkata, arwah anak lelaki dalam keluarga dan dia suka bergurau dengan adik-beradik lain menyebabkan mereka pasti akan merasai kehilangannya buat selama-lamanya.

Menurutnya, adiknya memang bertugas di Sabah sejak 2009 dan kali terakhir mereka bertemu April tahun lalu ketika dia pulang bercuti.

"Saya terkejut apabila menerima panggilan daripada pegawai di kem tempat arwah bertugas pada jam 9.20 malam dan menerima ketentuan Ilahi dengan reda," katanya.

Sementara itu, Ahmad Bashah berkata, BN negeri mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan berharap sumbangan diberikan dapat membantu meringankan beban keluarga Allahyarham.

Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Paya, Kampung Pida 1.

myMetro 23 Apr 2013

0 ulasan:

Catat Komen

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved