10 di tawau - Google Blog Search |
- Kem PLKN <b>di Tawau</b>, Sandakan ditutup sementara – BorneoPost <b>...</b>
- Tiada bukti pengganas berbelanja <b>di Tawau</b> - The Borneo Post Online
- Terkini !! Letupan Kuat <b>Di Tawau</b> !! Foto | AAKJ
Kem PLKN <b>di Tawau</b>, Sandakan ditutup sementara – BorneoPost <b>...</b> Posted: 19 Mar 2013 04:49 AM PDT by Clarice Usopclater_2812@yahoo.com. Posted on March 19, 2013, Tuesday TAMPALURI: Dua kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di negeri ini, iaitu di Kem PLKN San Shui, Tawau dan Kem PLKN Bagai Budi, Sandakan ditutup buat sementara waktu bagi kemasukan pelatih PLKN Kumpulan 2 Siri 10/2013 yang akan diadakan mulai 30 Mac ini. Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Kementerian Pertahanan Malaysia, Dato' Abdul Hadi Awang Kechil berkata demikian dalam satu sidang media selepas menyampaikan ucapan dalam satu perjumpaan dan dialog bersama seramai 160 jurulatih PLKN Zon Barat di kem PLKN KK Di Bawah Bayu Tuaran. "Keputusan ini telah dimaklumkan kepada pengusaha kem yang terlibat, dan mereka faham keputusan yang diambil oleh jabatan adalah demi kepentingan para pelatih PLKN dan keluarga mereka," katanya. Seramai 142 orang pelatih dari Semenanjung yang telah ditempatkan di kedua-dua kem berkenaan ditukar ke lima buah kem di Selangor dan Melaka. "Seramai 846 pelatih dari kawasan keselamatan khas yang akan ditempatkan di kedua-dua kem berkenaan pula ditangguhkan latihan mereka ke Kumpulan 3 Siri 10/2013. "Manakala, seramai 516 pelatih yang ditempatkan di kem-kem di Semenanjung perlu meneruskan latihan mereka mengikut jadual," katanya. Menurut Abdul Hadi, keputusan itu dilakukan atas beberapa faktor, seperti latihan untuk para pelatih perlu diadakan dalam keadaan berkesan tanpa memikirkan masalah lain. "PLKN merupakan program yang melibatkan masyarakat setempat terutama Modul Khidmat Komuniti, yang mana para pelatih boleh mengadakan aktiviti bersama masyarakat," katanya. Katanya, ibu bapa dapat menghantar pelatih mengikut latihan tanpa sebarang kerisauan akibat daripada insiden di Lahad Datu. Selain itu, JLKN mempunyai pilihan sama ada menempatkan para pelatih ke kem-kem lain atau menangguhkan latihan kepada Kumpulan 3 Siri 10/2013 pada 12 Ogos tahun ini. "Sebaik kejadian di Lahad Datu, kita telah mengambil tindakan drastik. Pada peringkat awal, tentera telah ditempatkan di kem yang terlibat. "Para pelatih kumpulan pertama telah mendapat pengetahuan dan pengalaman yang cukup besar, mereka telah diberikan taklimat mengenai situasi di Lahad Datu," katanya. Beliau berkata, para pelatih dipilih secara rawak melalui sistem komputer yang mana senarai nama telah diberikan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Daripada jumlah yang dipilih, 60 peratus adalah bumiputera, 28 peratus Cina, 10 peratus India dan dua peratus lagi kaum lain. Terdahulu dalam ucapannya, Abdul Hadi berkata latihan yang sepatutnya bermula pada 16 April depan itu diawalkan kepada 30 Mac ini agar para pelatih diberikan pelepasan awal bagi memasuki IPTA dan matrikulasi. Menurutnya, langkah berkenaan adalah satu inovasi yang cuba diketengahkan oleh JLKN bagi menyelesaikan penangguhan latihan oleh para pelatih yang terpilih. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
Tiada bukti pengganas berbelanja <b>di Tawau</b> - The Borneo Post Online Posted: 15 Mar 2013 04:50 AM PDT by AMIR ANUAR. Posted on March 15, 2013, Friday TAWAU: Pihak polis menafikan desas-desus yang mengatakan kononnya wujud bukti pembelian barang makanan oleh sekumpulan lelaki yang disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas di premis beli-belah di sekitar daerah ini. Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besaar Dullah, hasil siasatan yang dijalankan mendapati pekerja ataupun pemilik premis yang dimaksudkan tidak melihat ataupun mengetahui kehadiran individu-individu berkenaan. "Kita tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan wujud pengganas ataupun pihak tertentu yang membeli barang makanan dalam kuantiti yang banyak untuk dibekalkan kepada pengganas di lokasi yang dinyatakan oleh orang awam," katanya. Awang berkata, pihaknya menerima maklumat yang mengatakan kononnya ada sekumpulan lelaki yang tidak tahu berbahasa Melayu dan mencurigakan dilihat berada di Batu 8 dan Batu 10 Jalan Apas di sini. Ekoran itu, beliau sekali lagi mengingatkan masyarakat supaya tidak mudah panik dan cuba menimbulkan huru-hara dengan menyebarkan khabar angin mengenai kehadiran pengganas di daerah ini. "Sekali lagi saya tegaskan, tahap keselamatan di daerah ini terkawal dan masyarakat diharap sentiasa berhubung dengan pihak polis untuk mendapatkan pengesahan berhubung sebarang maklumat terlebih dahulu," katanya. To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names. |
Terkini !! Letupan Kuat <b>Di Tawau</b> !! Foto | AAKJ Posted: 06 Apr 2013 08:31 PM PDT "Saya tak tahu apa sebenarnya berlaku, keadaan tiba-tiba menjadi huru-hara seperti tsunami selepas satu letupan disusuli gegaran kuat. "Beberapa saat selepas itu, rumah saya bergoncang kuat lalu ranap," "Sekalipun terperangkap, saya sempat melepaskan diri dan menyelamatkan empat anak jiran dan kami keluar dari runtuhan secara meniarap. "Nasib baik saya terdengar kanak-kanak itu menangis kerana ketakutan lalu mencari mereka dalam keadaan merangkak di bawah timbunan kayu. "Mujur ada satu tiang menghalang batu itu daripada terus menghempap mereka," kata Edy Lasuasa, 57, yang cedera di kepala selepas rumahnya musnah dihempap tiga bongkah batu gergasi yang bergolek dari atas bukit di Kampung Bukit Kukusan, Tanjung Batu, di sini, semalam. Kanak-kanak yang terselamat dikenali sebagai Mohd Hafiz Azizul, 9; Mohd Ajili Arwansyah, 6; Mohd Said Abdul Said, 5; dan adiknya, Norafdilah Abdul Said, 3. Menceritakan kejadian jam 11.30 pagi yang menghempap 11 rumah itu, Edy berkata, dia terdengar satu dentuman disusuli gegaran kuat sebelum bunyi kayu pecah. Menurutnya, ketika itu dia berehat di anjung rumah bersama empat kanak-kanak yang juga jirannya sebelum terdengar satu letupan dari kuari berhampiran. EDY bersama Mohd Hafiz yang terperangkap di bawah runtuhan rumah mereka. Dia yang bekerja sebagai nelayan berkata, letupan dilakukan di kuari berhampiran adalah perkara biasa tetapi tidak menyangka rumahnya dihempap bongkah batu akibat letupan itu. "Rumah saya musnah dan ketika kejadian berlaku (rumah ranap) saya terus pengsan. "Sebaik tersedar, saya terperangkap di bawah runtuhan, saya turut mendapat luka di belakang kepala akibat dihempap tiang rumah yang patah," katanya. Seorang lagi mangsa, Hula Igu, 58, berkata, dia bernasib baik kerana tiada di rumah ketika kejadian. "Pada masa itu, saya di pasar kerana menjual ikan. Saya menerima panggilan telefon daripada jiran mengatakan rumah saya runtuh dihempap bongkah batu besar yang jatuh dari atas bukit," katanya. Katanya, terkejut dengan perkara itu, dia bergegas pulang ke rumah. "Saya bimbang mengenai keselamatan tiga cucu, termasuk dua daripadanya kembar yang baru berusia sebulan, selain anak serta menantu di rumah. "Saya bersyukur kerana walaupun rumah musnah, semua ahli keluarga terselamat," katanya. Menurutnya, menantunya, Nisa Yusuf, 30, bersama bayi kembarnya, Noraisah dan Noranisah Fazlan berusia satu bulan dihantar orang ramai ke Hospital Besar Tawau untuk rawatan lanjut manakala seorang lagi cucunya, Mohd Khairul, 2, terselamat. Tinjauan di lokasi kejadian mendapati, satu bongkah batu sebesar rumah banglo manakala dua lagi sebesar kenderaan pacuan empat roda. Ketiga-tiga bongkah dipercayai bergolek dari atas bukit selepas letupan dilakukan pekerja kuari di kawasan berhampiran. |
You are subscribed to email updates from di tawau - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan