ads

Jumaat, 26 April 2013

10 di sipitang - Google Blog Search


URL Sumber Asal :-

10 di sipitang - Google Blog Search


BLOG SABAH: 10 <b>di sipitang</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Apr 2013 01:14 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di sipitang</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Apr 2013 01:25 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG SABAH: 10 <b>di sipitang</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Mar 2013 01:16 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Colours Of Life : Hujung Minggu <b>Di Sipitang</b>.

Posted: 04 Dec 2012 04:52 AM PST

Agak senyap naz kan di hujung minggu? Actually naz berada di luar radar... luar area Kota Kinabalu time tu. Naz ikut kawan satu ofis balik kampung di daerah Sipitang.
Bertolak pada hari Jumaat, saja keluar awal dari ofis...singgah balik umah ambik beg, tukar pakaian sume..then naz drive ambik kawan naz. Kali ni, naz pakai kereta naz...Unser tu..besar dan lebih luas.
Actually offer dari kawan, untuk join dia balik kampung. Tengah musim buah sekarang. Woott Woot. Last week, dia ada bagi naz durian. Pergghh, soodap! So, kali ni naz join kawan naz...bawa Unser supaya senang nak angkut banyak-banyak durian dari Sipitang.
Gitu gini, jam 4.30pm camtu..baru bertolak dari umah Justina, sahabat naz tu. Jalan raya agak lengang..tak banyak kenderaan menuju ke Sipitang, tapi tak terlalu sunyi. Jam 7.15pm.. selamat sampai di rumah Justina :)
Sesampainya naz kat umah, mak Justina hidangkan durian. Hahaa..sabo jer la kan? ^_^
Esoknya, naz bangun awal sket..sebab nak gi kenduri kahwin sepupu Jus. Dekat jer ngan rumah. Pelamin simple, tapi tak sempat pun bergambar dengan pengantinnya. Naz, makcik Justina dan Justina jer sempat bergambar di pelamin. Jom layankan gambar :)

After dari majlis perkahwinan, kitaorang terus balik umah. Rehat jap..then tukar baju, masuk kebun yang ada di sekeliling rumah Jus...untuk pungut durian :)
Salah satu pokok durian depan umah. Rimbun kan buahnya? 
Sekitar rumah Justina. Penuh pokok buah-buahan
Agak best rasa memungut buah durian di kebun. Naz tak pernah lalui pengalaman ni kat kampung sendiri walaupun kampung naz kat Terengganu jugak ada kebun durian. Tapi, di sini...naz dapat merasakan pengalaman tu.
Dalam masa 20min, hanya disekeliling rumah..kami dah dapat banyak ni. Best. Then naz dapat jugak pengalaman mengikis durian, iaitu membuang daun2 dan tanah-tanah yang terlekat di duri-duri tu dengan menggunakan lidi yg dibuat macam penyapu lidi, tapi kecik. Penat, tapi best!
Esoknya Ahad, hanya duduk kat umah. Tidur jer banyak. Then petang tu..dah asing-asingkan buah nak bawa balik KK. Naz ambik durian jer, dalam 23kg.. ni naz beli la dari bapa Justina..tak bagus jugak kan ambik free2, sumber pendapatan diorg juga tu. Walaupun, mak dia mendesak untuk beri jer. Huhu. 23kg ni, dapatlah dalam 15 biji durian. Then mak dia tambah lagi free 4 durian. Kat Sipitang, durian hanya RM3 sekilo. Murah 2x ganda dari kat KK. Then bawa balik buah bambangan, rambutan, dan cempedak. Langsat tak sempat panjat..buah manggis fav naz tak masak lagi. Huhuh.
Naz balik ke Kota Kinabalu semula Isnin tu, after subuh. Jam 5.40am camtu baru bergerak dari umah Justina. Kali ni jalan raya betul-betul lengang, naz bawa dalam kelajuan 100-120km/jam. Sampai kat KK, hantar Jus ke rumah dulu...dalam jam 7.45am camtu...naz sampai kat umah plak dalam 7.55am...turunkan barang-barang, buah-buahan...then direct ke tempat kerja dalam keadaan tingtong. 

Pelancaran Jentera PRU BN Sindumin, Parlimen <b>Sipitang</b>. | Berita <b>...</b>

Posted: 12 Apr 2013 09:46 PM PDT

 SOKONGAN PADU…Konvoi motosikal BN mendapat sokongan padu generasi muda Parlimen Sipitang.
 MESRA…Sapawi bersama Kamarlin dan Ahmad bersalaman dengan penyokong-penyokong BN ketika menghadiri majlis tersebut.
 MANTAP…Sapawi bersama Kamarlin dan Ahmad serta penyokong-penyokong BN berarak menuju ke Esplanade Sipitang bagi majlis pelancaran Jentera PRU BN Sindumin.
 SEMANGAT…Sapawi melaungkan slogan 'Tatap BN' bersama penyokong kuat BN di majlis tersebut.

 SERIUS…Sapawi diperhatikan oleh Kamarlin dan Ahmad serta pemimpin-pemimpin parti kompenan BN ketika memberi kata-kata semangat di majlis tersebut.

SIPITANG: Manifesto merupakan aku janji Barisan Nasional (BN) bagi memastikan kesejahteraan berterusan kepada rakyat.

Ketua Penerangan UMNO Sabah Datuk Sapawi Ahmad berkata 17 aku janji dalam manifesto itu juga membuktikan keikhlsan dan kesungguhan BN demi kesejahteraan rakyat.

"Ia bukan semata-mata manifesto tetapi ia merupakan aku janji BN kepada rakyat," katanya ketika ditemui selepas pelancaran Jenteta Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sindumin di sini kelmarin.

Beliau berkata sebagai aku janji, ianya sudah pasti akan dilaksanakan meskipun ianya agak berat seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri.

Katanya aku janji itu mampu dicapai memandangkan perjuangan BN kepada rakyat adalah ikhlas dan telus.

Menurutnya BN mampu melaksanakan dan mencapai 17 aku janji tersebut "kerana BN bukan sahaja ikhlas dan telus tetapi sememangnya berkemampuan."

Beliau berkata rakyat tidak perlu merasa bimbang kerana aku janji itu bukan janji kosong seperti mana manifesto pembangkang,

Manifesto BN pada kali ini, katanya adalah yang terbaik dalam sejarah BN di mana ia merupakan suatu janji yang realistik yang ternyata mampu ditepati tanpa sebarang keraguan.

Secara keseluruhan manifesto BN ini merupakan suatu usaha kerajaan mencapai Wawasan 2020 dalam membawa Malaysia mencapai status negara maju dalam tempoh waktu yang ditetapkan, katanya,

"Oleh itu, rakyat perlu memilih kerajaan BN kerana kita mempunyai pengalaman dalam pemerintahan selain mempunyai ikatan yang cukup padu di dalam parti termasuk parti komponen BN, dan sudah semestinya dengan pencapaian yang telah terbukti selama ini dan ditambah dengan manifesto ini, kita dapat meyakinkan rakyat untuk terus memberi mandat kepada BN.
"Justeru, kita harus menolak pembangkang kerana mereka itu hanya mahu mengaburi mata rakyat dengan pelbagai janji kosong. Pembangkang juga bukan seperti BN yang diibaratkan langit dan bumi. Mereka tiada kesepakatan dan kesefahaman. Mereka sering bertelagah mengenai jawatan Perdana Menteri," katanya.
Sapawi yang juga Ketua Umno Bahagian Sipitang yakin rakyat dapat menilai yang mana kaca dan mana permata dan tidak memilih parti yang akan membawa kerugian dan kemuduran seperti yang belaku di kawasan pembangkang kini.

Mengenai program tersebut, Sapawi berkata ianya bagi menyedarkan jentera parti selain mempersiapkan jentera di semua peringkat termasuklah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sindumin dan Lumadan menghadapi PRU-13 nanti.

"Kita juga mahu memberi dan menaikkan semangat mereka yang sekian lama terpendam ini dapat disemarakkan semula selain mengukuhkan kesatuan agar mereka terus bersatu padu.
"Kita di Parlimen Sipitang mempunyai 28 Pusat Daearah Mengundi (PDM) dan setiap PDM akan terus menggerakkan jenteranya dengan memastikan persiapan kita ini benar-benar dapat dilaksanakan dalam menghadapi penamaan calon pada 20 april nanti," katanya.
Sapawi  turut menyarankan setiap PDM yang diaktifkan bekerja lebih kuat dan gigih bagi membantu calon-calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan selain membantu pengundi-pengundi BN pada hari pembuangan undi nanti.

Terdahulu dalam ucapannya, Sapawi berkata BN telah membawa banyak perubahan dan kemajuan di Sipitang meliputi semua aspek pembangunan, termasuk ekonomi, pendidikan, sosial dan kemudahan asas.
Beliau mengambil contoh bekalan air yang diberi tumpuan untuk diatasi, dan hingga kini bekalannya sudah pun sampai hingga ke pelosok kampung, sejauh Kampung Meligan dan Long Pasia.
Ini, katanya, membuktikan kesungguhan kerajaan BN membela nasib rakyat secara keseluruhan tanpa mengira tempat dan latarbelakang.

Hadir sama penyandang kerusi DUN Sindumin, Ahmad Bujang dan penyandang kerusi DUN Lumadan, Datuk Kamarlin Ombi , wakil parti-parti komponen BN termasuklah Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) Negeri Sabah, Senator Datuk Jamilah Sulaiman, Ketua Bahagian PBS Lumadan, Ruslan Muharam.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

BLOG SABAH

Copyright 2010 All Rights Reserved