10 di kota marudu - Google Blog Search |
- Mia - Memories of Mine: kejadian kereta terbakar <b>di Kota Marudu</b>
- Perlu dibina pusat Pemindahan Banjir <b>di Kota Marudu</b> - I LOVE <b>...</b>
- BLOG SABAH: 10 <b>di kota marudu</b> - Google Blog Search
Mia - Memories of Mine: kejadian kereta terbakar <b>di Kota Marudu</b> Posted: 26 Mar 2013 10:34 PM PDT Nak kongsi kejadian yang berlaku pada malam 25hb mac lebih kurang jam 8.00 malam....sebuah perodua kenari rentung terbakar berdekatan dengan jalan masuk ke rumah owner blog ni....nasib baik pemandunya sempat keluar....menurut cerita orang2 yang melihat kejadian tu, kereta tu sebenarnya sedang dibaiki di bengkel dan pekerja bengkel sedang memandu uji kereta tersebut...tetapi mungkin ada yang salah dalam pendawaian menyebabkan kereta tiba2 terbakar.....abisslah 'menangis' ownernya tu dan abisslah bengkel tu nak membayar ganti ruginya..... keadaan kereta yang terbakar.....aku sempat nampak letupan kecil daripada enjin kereta tersebut... Keadaan menjadi sesak sebab orang ramai takut untuk melintas, bimbang berlaku letupan lagi....termasuk kamilah tu sebab masa ni kami mo ke Pekan Goshen kiranya nak makan malam sama2 dengan family di kampung....15 minit kemudian bomba sampai untuk padamkan kebakaran..... Sekian laporan dari aku....cehh macam beritalah pulak.... Note : Tq Nuffnang sebab bagi satu lagi BE baru walaupun aku cuti dua hari.....sudi2 kliklah iklan Olay tu yek..... Terima kasih daun keladi.... (^_^) | |||
Perlu dibina pusat Pemindahan Banjir <b>di Kota Marudu</b> - I LOVE <b>...</b> Posted: 19 Mar 2013 05:27 PM PDT Bina pusat pemindahan banjir Oleh MABULMADDIN SHAIDDIN utusansabah@utusan.com.my KOTA MARUDU 13 Feb. - Banjir bukanlah perkara baharu bagi penduduk Kota Marudu yang saban tahun sebahagian daripada mereka dipindahkan ke pusat pemindahan mangsa banjir, khususnya di sekolah atau dewan serbaguna. Presiden Pertubuhan Kimaragang Malaysia (Kimaragang), Datuk Abdul Latiff Kandok berkata, sudah tiba masanya untuk kerajaan membina bangunan atau penempatan khas yang tetap bagi memindahkan mangsa banjir di setiap kawasan yang sering dilanda banjir. Katanya, cadangan itu berdasarkan kepada keadaan geografi Kota Marudu yang rendah membuatkan daerah itu mudah terdedah kepada banjir setiap kali hujan secara berterusan. "Keadaan pembangunan yang tidak terkawal juga menyumbang berlakunya banjir. Di negara-negara maju seperti Jepun yang sering dilanda tsunami dan gempa bumi, kerajaan mereka menyediakan tempat perlindungan khas dan penduduk diajar menyelamatkan diri pada bila-bila masa. "Tanpa menunggu arahan, mereka terus ke pusat perlindungan sekiranya gejala bencana alam dapat dikesan, apatah lagi jika terdengar siren dibunyikan," katanya. Beliau berkata demikian semasa melawat mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan, antara di Sekolah Kebangsaan (SK) Langkon, SK Ranau, Dewan Serbaguna Mosolog dan Pusat Komuniti Rukun Tetangga Kampung Salimandut, di sini baru-baru ini. Yang turut hadir, Timbalan Pengerusi Ikatan Sabah, Azahari Amit, Ketua Pemuda UMNO Cawangan Bombong 1, Japlin Asrakal dan Ketua Pemuda UMNO Cawangan Salimandut, Badly Tuyundo. Abdul Latiff berkata, bangunan seumpama itu mampu diwujudkan oleh kerajaan tetapi mestilah dibina di tempat sesuai dan lengkap dengan prasarana seperti dewan makan, tempat permainan dan pusat riadah bagi penduduk yang dipindahkan. Beliau yang juga bekas Pegawai Daerah Kinabatangan mencadangkan supaya agensi kerajaan seperti Biro Tata Negara dijemput untuk memberi ceramah kenegaraan sebagai salah satu pengisian selama penduduk berada di pusat tersebut. Sementara itu, Azahari Amit memuji komitmen kerajaan yang prihatin membantu mangsa banjir setiap kali fenomena itu berlaku dengan mengagihkan makanan dan keperluan asas. Namun demikian, katanya, melalui pemantauan yang dilakukan di pusat pemindahan banjir, keperluan seperti lampin kanak-kanak, tikar dan keperluan orang kurang upaya masih perlu ditambah baik demi keselesaan golongan itu pada masa depan. Banjir pada bulan lalu menyebabkan seramai 1,851 orang penduduk terpaksa dipindahkan ke 10 pusat pemindahan mangsa banjir di seluruh Kota Marudu. | |||
BLOG SABAH: 10 <b>di kota marudu</b> - Google Blog Search Posted: 28 Mar 2013 11:38 PM PDT Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
|
You are subscribed to email updates from di kota marudu - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan